Atkins ni sekali imbas agak leceh; kalau tengok benda yang boleh dimakan untuk fasa 1 pun boleh pengsan dan panik (atau korang akan panik dahulu dan kemudiannya pengsan?). Tak perlu risau lagi, kerana senang cerita, dalam entri ini disediakan contoh hidangan yang boleh dibuat dan lulus untuk fasa induksi. Barulah boleh mula ketosis dengan jayanya!
Menu Telur Untuk Atkins Fasa 1
Boleh kata telur ni jelah benda yang paling simple kalau tak nak pening mikir apa yang lulus ke tak fasa 1 ni. Tapi hari-hari makan telur rebus, telur goreng, telur separuh masak (mahupun telur mentah??) boleh muak kan..
Meriahkan sedikit menu telur anda dengan buat camni: 4 biji telur dengan sedikit keju (hati-hati dengan nilai karbo dia, berbeda mengikut jenama dan jenis)., mentega, herba pilihan, dan blend smooth dalam blender sebelum dimasak/dibakar mengikut kesukaan.
Ni ha, kredit to my dear friend, yang share kan menu ni. so cute nampak hasilnya,
Menu Ayam Untuk Atkins Fasa 1
Ayam goreng (kunyit pure, tanpa apa-apa filler tepung), ayam kukus, ayam bakar semuanya dibolehkan dan digalakkan.
Contoh menu untuk meriahkan sedikit resipi ayam: kepingan ayam yang digoreng seketika, diletakkan dalam bekas, buh telur (ikut suka), parutan keju, minyak zaitun, dan sedikit herba (oregano atau black pepper?). Bakar dalam oven dalam 5 minit gitu (suhu tinggi) dan siap!
Menu Ikan Untuk Atkins Fasa 1
Sama macam ayam, ikan boleh digoreng, dibakar (grill atau oven), dan direbus mengikut kesukaan.
Boleh juga dibuat sebagai salad (contohnya salad tuna).
Ni resipi asalnya dari Perancis, dipanggil sebagai en papillote (sebut n-papilo) di mana ia dimasak dengan letakkan bahan yang disukai dalam bungkusan dan dibakar. Resipi ni mudah ja, gunakan filet salmon atau ayam, letak sayur-sayur yang rendah karbonya, serta keju dan rempah sebagai perasa dan voila! Dah siap. 😉
Menu Sayur Untuk Atkins Fasa 1
Umumnya, sayur adalah sangat2 perlu dalam diet harian dan ia akan menjadi lebih daripada perlu kalau anda buat fasa 1 – kekurangan kandungan serat dalam pemakanan akan membuatkan anda membuang masa terlalu lama ketika membuang.
Dalam Atkins, sayuran tersebut walaupun wajib, masih perlu diperhatikan jumlah karbonya (sebaiknya dalam 5g gitu sekali makan) agar tidak lebih had dalam sehari. Apa-apa sayur bereh ja, cuma lagi hijau lagi baik.
Kalau malas/tak suka/kurenggg dengan sayur, korang kena dapatkan sumber serat dari lain pulak. Kalau tak naya je sembelit.
Makan sayur mentah sebagai ulaman juga sangat elok. Tapi kalau tak suka/boring, pelbagaikan dengan menu camni:
- Stir-Fried Zucchini Noodle : ada rupa cam pasta spaghetti tapi ia sebenarnya parutan zucchini.
- Salsa tomato: peberet saya sebab masam manis; hanya potong halus daun ketumbar, tomato, bawang, sedikit limau kasturi dan garam – gaul sehingga sebati (lagi best kalau sejuk2 je)
Tak boring kan tengok resipi ni, ala-ala gourmet gitu. Ambil resipi ni dan masukkan dalam checklist anda sebagai persediaan sebelum berAtkins, untuk diet dengan jayanya. 😉
Ada yang mahukan menu special untuk bulan puasa? KLIK SINI ya. Buku fizikal juga diberikan percuma, Shai yang sponsor. :D. Buku tu camni. Update: Buku ini telah pun ditamatkan penjualannya ya, jika anda berminat dengan sumber panduan Atkins Shai yang lain, KLIK SINI TAU.
Bole sy tahu brpa hari fasa 1…fasa 2 n seterusnya…
Boleh x emel kan sy makanan dr 1st day sehingga 2 weeks utk diet atkins… sy nk cube tp x tau mcmmane
Hi Kawsar. Mohon pm saya terus ke fb untuk menu2 tersebut? Kalau ikut komen sini, jenuh pulak😁Shai guide kan
Assalamualaikum, nak tahu jugak makanan dari hari 1st day hingga 2 weeks tu. fb Puan apa ya?
Kalau menyusu nak diet atkin mcm mn caranya ya puan?
Boleh puan Arifah. Takda masalah. Secara umum, perlu mula dari fasa 4 sementara bf lagi. Namun, ada beberapa keadaan tertentu yang membolehkan kita bermula dengan fasa lain, jika anak serasi.
Untuk maklumat tambahan, puan Arifah boleh rujuk di entri berkaitan ‘atkins ibu menyusu’ (gunakan keyword ini di kotak carian).
assalamualaikum…acu nk share resepi utk diet ni bole x?acu pn baru nak berjinak2 kn diri utk diet atkin ni…harap sangat berjaya dn atbah la….
acubaru je tulis Petua Menghilangkan Bulu/Misai Di Atas Bibir
kalau makan tomyam ayam sup dia kita boleh mkn tak dlm fasa 1? saya just letak perencah yg ada 2g carb je..
Takda masalah sis. Asalkan takda gula dan garam dalam resipi.
Nak jgk info diet atkins… Sy nak turun 10kg dlm mse 2 minggu. Agak2 brjaya x? Huhu
10kg agak laju tu sis. Hihi.. Namun ada ja mentee coaching saya pernah turun pada kadar yang sama sebelum ini (5kg dalam seminggu). Jika sis mahu, boleh pm terus ke fb saya (Shai Kesihatan) ya (icon fb di atas kanan) 😉
saya mula diet atkin 15.okt…baru ni…alhamdulillah dh turun 2kg…turun jugak walaupun lambat…aamiinnn…
Tahniah puan. Mesti rasa seronok sgt2 kan. 😀 Teruskan dan chaiyok!
Sya trruja dgn diet atkin dan ingin mencuba
hi awk, hari ni bermulanya saya diet. setelah tertangguh2.. cuma bila dah ada anak (seorang pemakan) dan suami yg suka makan nasi (jenis nak saya masak di rumah) buat saya confused nak masak apa. maksudnya yg saya tgh berdiet ni boleh makan dan suami serta anak pon boleh makan. mcm kawan saya, dia diet. habis satu rumah turut serta diet.. 🙂
rosesbaru je tulis Stroller Aldo Compatto 2015 Di Love Me Munchkin
hehe..habis anak suami kena diet sama. Boleh ja nak dikatakan diet tu namun saya rasa ia diet dalam erti kata pemakanan sihat, yang pastinya sesuai untuk keluarga. 😉
Hye sis…sy tgh on diet..hr ni hari ke 4…mmg x caya…turun 2 kg…nak kurussss sblm tunang bln 12 ni…huhu
Chaiyok2! Saya doakan cikpuan Nadia turun capai target dengan cepat sebelum bulan 12 ni. 😀
Sy dah start 1 minggu ada turun berat… masuk minggu ke 2 turun naik… dan sy menyusunkn anak… klu sy ikut menu diet ni boleh ke
Puan Izan, maaf ya kerana saya tak berapa jelas dengan soalan puan, saya perlukan beberapa info dari puan untuk saya nasihat dengan betul. Mohon pm terus ke fb saya?
sy nk start diet atkin..tp xpasti blh ke sbb sy masih mnyusu bayi umur 15bln..hrp blh bantu…
tahniah pada sis kerana mahu mulakan diet Atkins. Mohon sis lihat entri saya mengenai ibu menyusu dan atkins ya. 😀 Atau sis boleh pm terus ke fb saya (Shai Kesihatan) untuk saya bantu dengan lebih jelas dan mudah.
Nk tanye, klu akk nk cube diet ni..bolehke ganti sarapan dgn shake air… tu karbohidrat ke?
boleh ganti makanan apa sahaja dear..yang karbohidrat kena tengok pada kandungan nutrisinya 😀
Yg air 2 macam sedap ja..blh ajar cara nk buat..
mcmna nak buat minuman choclate tu, bole bg resepi yg detail?
bole minum setiap hari?
takda resipi dear, saya google out from web yang ada resipi specific untuk fasa 1. 😀
Sis chese jenama ape yg dibenarkan utk phasa 1, mohon bantuan tq
cheese jenama apa pun boleh dear. fasa 1, hanya 2,3 keping kerana nak jaga nilai had karbo harian. 😀
tolong saya bg menu untk diet atskin
Boleh Shaniza, mohon pm ke fb kita? lebih mudah dan direct. 😀
Sis saya nk resipi untuk fasa 1 boley
Boleh ja sis, pm ke facebook saya? Add lah juga jika sudi. 😀
salam kak, saya dah add akak kat fb. saya nak tau diet utk student yg dok kolej and kalau boleh 5 times a day ke sbb ada gastric hehe. fb saya tu aina nadhirah 🙂
Wassalam Aina. Hehe.. Diet student pun ada juga😁
salam, sy minat untuk buat diet ni. tp sy perlukan coach utk lead sy. sy juga mnyedari mmpunyai masalah utk pengambilan makanan kerana masih belajar di IPT. so, sy perlukan bantuan..
mohon pm saya terus ke fb? insya Allah saya boleh bantu dengan lebih khusus. 😀
Wahhh diet utk student duduk kolej ada ke sis ? Boleh share tak
Sy bru nak start bleh email x tuk fasa 1 dn seterusnye…thanksss for the info too..☺
Info lanjut mengenai fasa 2,3,4 ada dalam blog ii, memudahkan sis untuk memahami Atkins. 😀
Sy jg de msllh berat badan n ingin skli mncba diet atkin ni….blh bntu sy mcna nk mula kn diet atkin ni….tq
Untuk mudah, sis boleh pm saya terus ke fb saya (Shai Kesihatan) untuk tahu lebih lanjut, dan memberi penyelesaian yang lebih spesifik. 😀
huhuhu… macam tak kuat jeee nak mula ni… dah nak try banyak kali dah.. huhu tapi x kuat lagi ni..
Chaiyok2 dear. Awal2 nak makan benda2 yg impossible memang normal. Tapi lama2 nnt badan kita sendiri tak sibuk dah. Cer baca entri ‘senarai sebelum memulakan atkins’ untuk membantu sis utk lebih fokus (dan kurang kebarangkalian nak cheat!)
Dear sis, kalau nk buat coffee blended.. susu tu boleh gantikan dengan whippjng cream x? gula tentula pakai stevia? ade beza ke whipping cream dengan heavy cream?
Whipping cream is from heavy cream kan. dia whipped utk bagi udara n tesktur pada krim tersebut. hehe..boleh, tapi kebanyakan jenama tinggi karbo kan. malah, fasa satu (saya assume) tak boleh produk tenusu kan. 😀
Nak start diet ni..tp masih keliru cara,apa,bila bab makanan ni..bantuan
Boleh2. Saya emelkan info lanjut ke akak ya. terima kasih kerana berminat