![]() |
macam mana nak kerja kalau letih camni.. Anak dok pakat nak berlari main je. |
Saya yakin sesiapa sahaja tak kira yang bekerja atau tidak, penat dan lelah berpisahnya tiada. Orang kerja pejabat ada letihnya, yang bekerja di rumah ada lelahnya, yang jadi surirumah yang humble lagi la penatnya (18jam kerja oke).
Begitu juga dengan saya dan suami. Walaupun berdua bekerja dari rumah tapi penatnya ya Rabbi.. tidur lewat bangun awal tu memang dah harus lah.
Malah dalam adat berniaga, apa-apa sahaja pun kebanyakan masa urusan perniagaan, penambahan ilmu, dan pelanggan mesti didahulukan.
Hujung minggu pula bila boleh rilek sikit, mata pun dah lebam, blur2 je tiap pagi. Heh heh..
Jadi saya pun curi masa google2 apa supplemen yang sesuai untuk buat maintain dan boost energy sikit (kalau boleh multitasking lagi baik!). Puas cari2 jumpalah Alfalfa Complex ni.
Apa tu Alfalfa Complex?
Orang kata Alfalfa Complex ni supplemen yang paling superb untuk diamalkan. "King of Foods" ini juga mengandungi macam-macam nutrien seperti vitamin penting seperti A, D, E, K; seluruh vitamin B, dan juga mineral seperti kalsium, asid folik (ni penting untuk mommys yang mengandung tau), zat besi, dan magnesium.
![]() |
Dari zahanis.blogspot.com |
Agaknya sebab tu ramai pakar herba mengesyorkan alfalfa sebagai supplemen asas sebab ada kepelbagaian nutrien, untuk merawat pelbagai masalah seperti dan juga untuk menambahkan tenaga.
Mula ingat nak beli sebab nak boost tenaga/melawan letih; alfalfa ni boleh jugak untuk detoks sistem dalam tubuh, cuci darah (lagi2 kalau berasid), dan juga untuk kacip fatimah (ehem2..).
Kira ok sangat sebagai supplemen multitasking saya dan en.somi nih.
Kesan Alfalfa pada kami
Dah Google2 fungsi dan kebaikan alfalfa ni saya cuba satu Alfalfa Complex dari Shaklee ni (supplemen pertama dicipta Shaklee pulak tu) kerana ia dihasilkan dari alfalfa yang dah matang, iaitu akarnya dah jauh menyerap ke dalam tanah untuk menyimpan khasiat seperti yang disebutkan sebelum ni.
![]() |
seronok sangat bila alfalfa ni sampai rumah :P |
Awal pengambilan kami berdua ambil 2 biji alfalfa, pagi dan malam.
Esoknya terus membuang. Hehehe....
Dalam tempoh 2 minggu saya dapati penambahan tenaga yang ketara. Walaupun kami hanya mengambil 2 biji sehari selepas itu, tetap tak rasa lelah sangat macam dulu dan badan rasa ringan sahaja nak buat kerja. Dan saya perasan juga mata suami dah makin kurang kuningnya (alfalfa cuci darah+cuci hati sekali lah tu).
Alhamdulillah. Nampak gayanya memang menjadi Alfalfa Complex sebagai supplemen harian kami.
Terbaikkk!
Alfalfa Complex ni ada dalam dua saiz: Saiz S mengandungi 330 biji dan Saiz M mengandungi 700 biji. Bergantung kepada pengunaan (maksimum 10 biji) harian, 1 botol alfalfa saiz S boleh bertahan sehingga 5 bulan. Kira harga yang ditawarkan amat berbaloi2.
Perhatian ya:
Alfalfa tidak sesuai diamalkan oleh sesiapa yang mengalami gout,sakit lupus, penyakit autoimunisasi, dan juga kanser yang berkait dengan hormon (seperti kanser payudara). Wanita mengandung juga tidak sesuai kerana alfalfa ni bersifat jamu (mengandungi phytoestrogen).
Untuk info lanjut tentang alfalfa saya rekomen anda untuk baca di sini:
