Tuesday, 22 July 2014

8 tip genius dan mudah untuk packing barang raya ini

Yeay raya dah nak dekat dah ni. Time ni lah kita mula kalut fikir nak bawak barang apa nak balik kampung ni ye dok. Lebih-lebih lagi untuk kaum ibu yang lagi pening memikir untukkemas barangan diri, anak, suami, dan untuk saudara mara kat kampung nanti.

Gunakan sahaja 8 tip genius ini untuk mudahkan tugas anda ketika packing barang, pasti boleh siap kurang sehari. ;)


1) Sediakan senarai untuk setiap ahli keluarga

Buat satu senarai untuk setiap ahli keluarga dalam satu kertas A4 untuk setiap ahli keluarga (longgok sekali pun boleh aje kalau muat dan tulis barang yang ingin dibawa ikut kategori (contohnya pakaian, alat2 mekap, dan makanan).
Contohnya seperti senarai yang biasa saya buat seperti dalam gambar ni. 3 beranak je kami, jadi cukup sekeping kertas aje.hehe..

Tip: simpan senarai ini sehingga sebelum pulang ke rumah untuk check kalau2 ada yang tertinggal (naya je kalau kampungnak balik tu jaraknya 50km++).

2) Lipat dan gulung baju dalam beg

Gulung baju yang ingin dibawa dan bukan sekadar lipat sahaja. Lagi mudah untuk tengok sekali imbas dan ambil dari menyelongkar sampai ke dasar beg, takut kacau baju lain yang dah dilipat cantik. Malah menggulung baju pun amat menjimatkan ruang. 



Untuk baju yang mudah berkedut (biasanya baju raya perempuan), gosok dahulu baju cantik2 dan simpan dalam baju pelindung plastik sebelum dilipat kemas. Plastik itu akan melindungi baju dari sebarang kedutan yang menjengkelkan. 

3) Barang kemas dan produk kecantikan disimpan dalam bekas kecil


Pengunaan bekas kecil memang menjimatkan ruang dengan banyak. 
Bekas yang mempunyai banyak bahagian (contohnya bekas ubat) adalah yang terbaik untuk mengasingkan barang kemas dari tersimpul dan hilang dicelah2 beg. 

Takdalah pin2 yang hilang bila nak bersiap untuk raya ni. hehe..

Gunakan juga bekas yang kecil (travel size orang kata) untuk simpan produk yang berbentuk cecair seperti syampu, pelembab, dan BB cream. Sebab ia dalam bentuk cecair, sebaiknya guna bekas yang pentupnya tutup rapat (lihat gambar). 


Tip: kalau ada je bekas2 yang kecik terus bersihkan dan simpan. Boleh guna masa2 kritikal mcm ni kan?

4) Simpan pencukur dengan selamat

Gunakan klip fail seperti gambar untuk melindungi tangan ketika mengambil pencukur dalam beg. Tip ini amat penting lagi2 kalau ada anak yang kecil lagi. Anak saya dah terkena, tobat lah terus guna tip ini dalam rumah sekalipun. 

 5) Balut barangan berkaca dengan kain

Barangan berkaca seperti pewangi dan deodorant kalau berlaga kuat boleh pecah (lagi2 yang bentuk cecair, habis bercampur bau dan rosak fabrik baju). Sebaiknya balut barangan tersebut dengan kain dan diikat kemas dengan getah atau lagi mudah, guna aja stokin lama dan sumbat terus sebelum disimpan dalam beg (basuh stokin lama dulu ye) 

6) Gunakan bekas yang lutsinar untuk mudah dilihat

Bekas lutsinar yang berzip seperti dalam gambar sangat mudahkan kerja kita dari membazir masa mengorek satu persatu kan? 
Kotak keras atau plastik ziplock juga boleh dijadikan alternatif, janji dia lutsinar. :)

Labelkan juga bekas2 tersebut untuk memudahkan anda mencari barang,

7) Sediakan ruang penyangkut untuk barang keperluan dalam perjalanan

 Simpan sahaja apa yang diperlukan oleh ahli keluarga dalam ruang penyangkut ini (biskut kudapan, botol air). Malah sedikit mainan anak juga boleh disimpan untuk membantu anak mengisi masa dan mengelakkannya dari bosan.  

Tip: Ia sangat berguna lagi2 jika ruang dalam kereta adalah terhad kerana penyangkut ini boleh memaksimumkan ruang.

8) Simpan makanan dalam bekas KHAS sahaja

Makanan kalau dah dibawa masuk dalam kereta pasti akan bersepah. Elakkan dengan menyediakan bekas khas untuk makanan sahaja.
Dengan bekas ini lebih mudah, hanya perlu pass bekas sahaja tanpa risau tertumpah/meleleh keluar. 

Tip ini juga berguna dengan menyediakan bekas/plastik khas untuk sampah di dalam kereta. 





Monday, 14 July 2014

5 manfaat utama yang anda akan dapat dari bersenam secara berkala

Sebut aje tentang bersenam ekspresi muka dah semacam je.. Hati spontan berkata:

“nantilah..lain kali lah..”
"nantilah..lain kali lah.."
Hehe.. Tetapi saya boleh jamin perubahan positif dapat dirasai walaupun senaman hanya sekdar 10 minit sehari.


Ini dia 5 manfaat paling utama yang boleh kita dapat dengan mengamalkan senaman secara berkala (tu bukan bermaksud sebulan sekali ye..). 

#1 bersenam mengawal berat badan

Ni memang paling jelas dah – senaman secara kerap memang bermanfaat untuk mengurang, mengawal DAN me-maintain-kan berat badan dengan berkesan.

Walaupun ada cara dan seni untuk melakukannya, kita tidak perlu menghabiskan wang dan masa ke gim sebab boleh juga dilakukan di rumah. Ataupun untuk lebih mudah, pilih cara yang membantu kita untuk aktif seperti menaiki tangga dari menggunakan lif, berhenti satu perhentian bas dan berjalan kaki ke rumah (jangan pulak buat time mlm2), all-out kemas rumah, atau berdiri hampir setiap masa untuk melakukan kerja.

#2 bersenam melindungi diri dari penyakit

Obesiti, sakit jantung, darah tinggi, kanser, malah kemurungan boleh dicegah dengan mengamalkan senaman secara berterusan kerana ia terbukti untuk meningkatkan jumlah kolesterol ‘baik’ dan mengurangkan kolesterol ‘tidak baik’ pada masa sama.

#3 bersenam membantu kita ceria

Lepas ni kalau boring sorang2 kt rumah terus sahaja lakukan senaman ringan untuk up sikit mood. Senaman mudah seperti berjalan laju meningkatkan hormon ‘gembira’ dalam otak seperti serotonin dan dopamine ke sel-sel tubuh dan seterusnya mengurangkan perasaan negatif (murung, boring, sedih2..).
Di lakukan secara kerap, senaman juga membantu kita untuk awet muda!

#4 bersenam akan melindungi minda dan memori

Ini adalah yang sebenarnya berlaku – semakin kita meningkat usia, minda kita juga akan menjadi tua jika tidak sentiasa berada dalam keadaan aktif. Penyakit tua seperti Alzheimer’s (nyanyuk)boleh datang dengan membunuh sel otak (dan tak bagi berhubung. J) dan mengecutkan saiz otak.

Untuk mendapatkan manfaat senaman dengan maksimum, sebaiknya mulakan dari awal untuk menjaga kesihatan minda kita supaya sentiasa aktif.

#5 bersenam meningkatkan tenaga

Kurang seminggu selepas anda bersenam pasti anda akan rasa lebih kuat untuk melakukan kerja2 ringan. Kenapa?

Apabila kita bersenam, kita akan memaksa otot kita bekerja dan mempengaruhi otot2 tersebut untuk bekerja dengan lebih efisyen (kurang tenaga diperlu
kan untuk kerja2 ringan), dan seterusnya meningkatkan ketahanan diri dan kekuatan otot.
Kira lepas ni takdalah semput angkut 5 beg plastik penuh tesco bawak masuk rumah. J

Berapa kali kita membawa 5,6 plastik tesco
yang penuh dalam seminggu?

Maintain kurus, ceria, aktif bertenaga, dan bebas penyakit adalah antara manfaat utama dengan senaman dengan kerap. Pilih sahaja senaman yang sesuai dengan diri, yang penting, kita buat walaupun cuma 10 minit sahaja. 

Sunday, 13 July 2014

Bersenam ketika berpuasa - apa manfaat dan bagaimana melakukannya

wow..slim macam ni yang jadi
idaman org untuk raya ni kn?

Dahlah puasa, nak bersenam lagi ke?


Semestinya lepas seharian berpuasa senaman adalah benda yang terakhir kita akan fikir (lagi baik kita fikir2 kuih apa yang nak beli kt bazar depan rumah kn?). Sebenarnya ada manfaatnya untuk kita. lagi2 pada yang sibuk nak kurus last minute before raya ni.

Kaedah ini telah mula menjadi trend di US iaitu dengan bersenam ketika perut kosong/dalam keadaan berpuasa kerana ia terbukti meningkatkan kadar pembakaran lemak.

Bagaimana proses pembakaran lemak berlaku


Bersenam ketika perut kita kosong/dalam keadaan berpuasa meningkatkan potensi untuk kurus kerana proses itu memaksa tubuh kita membakar lemak dan glikogen (gula dalam darah) dan seterusnya menurunkan jumlah berat badan DAN  lemak yang tersimpan.

Proses ini juga menghasilkan tekanan oksidasi yang tinggi dalam one shot dan juga glutathione (iye..benda yg sama org dok angau untuk putih menawan tu.. :)) yang sangat membantu tisu otot untuk lebih kukuh dan fleksible (jadi kuranglah sikit kebarangkalian nak lenguh2 badan atau terseliuh gitu).

Otot yang lebih kukuh juga bererti tubuh anda akan bergerak dengan lebih efisyen, menjadikan otak dan minda lebih alert, dan anda juga akan rasa kurang letih malah lebih ceria bertenaga.

Pendek kata, bersenam ketika berpuasa ini sangat membantu anda untuk kurus, awet muda, serta menghilangkan kesan-kesan penuaan.

Wow.

Kebiasaanya mat saleh menggunakan cara ini dengan bersenam di waktu pagi sebelum bersarapan, ketika perut kita kosong dalam 10-11 jam (atau skip terus ke makan tengahari). Menggunakan teknik yang sama ketika berpuasa ini juga memberi kesan yang sama untuk tubuh kita. J

Video ini menunjukkan apa kata jurulatih kecergasan Kevin Zahri tentang bersenam di bulan puasa.


Apa cara untuk bersenam ketika berpuasa?

Apa-apa senaman pun ok asalkan anda bergerak dan mengeluarkan peluh (nak melompat Gangnam Style pun boleh!). Jika tidak mampu, senaman impak rendah adalah lebih baik kerana anda melakukan gerakan dengan perlahan dan masih boleh memaksimumkan kadar pembakaran lemak.

Biar sedikit senaman dari tiada langsung!

Saya rekomen senaman seperti Pilates dan Barre yang hanya memerlukan anda untuk menumpukan gerakan dengan perlahan. Tak lama, kurang 20 minit sahaja.
Untuk yang pertama kali cuba, saya gerenti anda akan berpeluh tapi sangat puas  hati.

Senaman Barre secara total untuk 15 minit 




Senaman buang stress Pilates secara total untuk 10 minit




Apa yang perlu anda lakukan selepas bersenam

Lepas bersenam adalah amat penting untuk topup balik tenaga yang telah digunakan, sekurang-kurangnya 30 minit selepas bersenam. Makanan yang sangat elok ialah yang mengandungi protein tinggi seperti telur, susu (kedua-dua makanan ini cepat diserap untuk baikpulih tubuh), dan juga protein shake.

Hati-hati jika anda rasa pening/loya/sewaktu dengannya ketika bersenam dengan perut kosong kerana tidak semua orang sama reaksinya. Jika anda mengalami keadaan seperti itu, berhenti dahulu dan cuba semula esok. J


Sunday, 6 July 2014

Apa yang sebenarnya berlaku ketika berpuasa


Dulu time kecik-kecik bila puasa rasa macam nak mati je bila dah tengahari.. Sudahnya waktu tidur dah terabur tiap kali masuk Ramadan; stay up dari waktu buka hingga sahur (surf2..chatting, main game dgn adik), then tidur lepas subuh sampai pagi..hehe..

Kini tidak lagi..

Sekarang dah lebih kepada healthy living, kita tahu puasa ni banyak baiknya: Doa,semayang,ngn zikir sume double triple pahalanya.

Selain tu, puasa sebulan penuh dalam setahun ni pun boleh dikira sebagai maintenance tahunan untuk tubuh kita. Tiap2 minggu ada je proses pemulihan yang dilakukan, supaya jadi molek beransur-ansur. Klik n tengok gambar ni:

Bakar lemak pun ada tu, kan boleh jadi kurus tu? :D

Salah satu hikmahnya kenapa puasa kena sebulan. Akhirnya kita tahu sebabnya secara saintifik.
Klik gambar ni untuk tengok lebih clear. Boleh print aja and tengok hari2 buat motivasi. :3