5 TIPS + BONUS untuk melancong bersama anak kecil

Wahhh..cuti sekolah datang lagi.. masa ni lah nak spend masa dengan 1 keluarga dalam erti sebenarnya, kalau dulu takat selisih 5 minit sebab sibuk ye dok. Untuk mudahkan kerja mak ngan pak (especially mak, selalu diorang lah yang buat kerja semua ni) dan ada anak kecik2, ni dia 5 TIPS tambah BONUS untuk melancong dengan mudah bersama anak kecil tanpa pening kepala.

Oke, tidak dinafikan bila melancong dengan keluarga (lebih-lebih yang agak jauh) perancangan untuk ke mana dan bila sangat penting supaya jadual semua ahli keluarga boleh tally pada satu masa (dan takda yang kena tinggal..huk huk..).

Dan memandangkan ia membabitkan kanak-kanak, sebaiknya janganlah bergantung kepada chances atau memilih aktiviti/tempat secara spontan. Nanti kita pulak yang kalut kalau anak buat perangai (kesianlah kat bini nanti tu…).

images (3)

Pack extra khas untuk anak ketika melancong seperti

Baju/pakaian

Kadang-kadang ada anak yang tak berapa biasa dengan cuaca dan makanan yang ada kat tempat baru, takut2 mereka ada sakit perut ka, muntah ka..bawak baju spare just in case. Kita mungkin boleh jimat towel dengan hanya lap dengan baju yang dah dipakai, tapi baju nak pakai yang bersih mana nak carik kan?

Lampin/pull ups

Bawak juga lampin extra 1 beg kecik untuk kes-kes kecemasan. Bagi yang masih tengah potty training, bawak aja yang jenis pull-ups. Time melancong tak beberapa sesuai untuk tanya dengan betul2 ‘nak pee-pee’, ‘nak poo-poo’. Better be safe than getting yourself stinky.

Apps

Install lah apps2 pendidikan yang berguna untuk kanak-kanak jika mereka bosan atau mahu duduk diam2 sekejap (kalau lama-lama pun best kan?). Tak payah uolls nak mengharung 1 board saidina dalam kereta. Namun begitu, gunakan apps tersebut bila emergency anak tantrum supaya mereka boleh menikmati pemandangan dan memori indah ketika melancong. 🙂

Makanan

Bawalah makanan/jajan yang berkhasiat untuk 1 keluarga seperti biskut tiger, susu kotak, dan bar kacang. Yelah-yelah, jeruk dan asam mana boleh tinggal kan. Haha.. bawak je apa yang sesuai dimakan dalam perjalanan dan bleh dibuang dengan segera. TIP: Gunakan bekas yang mempunyai banyak compartment (walaupun sekadar bekas kiub air bertutup) untuk menyimpan makanan kecil/jajan agar mudah dicapai dan di pass ke depan belakang. 🙂

bekas makanan ketika travelling atau perjalanan jauh
bekas makanan ketika travelling atau perjalanan jauh

Pack ubat nyamuk

Jangan pulak uolls bawak yang Fumakilla lingkaran nyamuk tu (baygon pun boleh…haha). Ubat nyamuk yang dimaksudkan ialah ubat anti-nyamuk yang boleh dipakai untuk melindungi anak kecil dari kena nyamuk (cian tangan dia babam kena gigit muk-muk). Boleh gunakan lotion anti-nyamuk 21st Century tu ataupun Bugslock yang banyak dijual. Beli tau.. kalau anak kena gigit nyamuk tak tido mlm laki bini kang.

nyamuk
bugslock dan lotion anti-nyamuk sangat mudah masa travelling

Standby ubatan

Bayangkan, yang dewasa pun terseksa keracunan makanan kat India sebab nak carik jamban pun susah, apa lagi kanak-kanak. Sebaiknya pack sekali ubatan sekiranya berlaku demam/selesema ringan seperti vitamin C, paracetamol, pil cikiteon ka, cool fever, dan vicks.

Gunakan pengangkutan awam

Sekiranya keadaan tempat melancong anda mengizinkan, bawaklah anak-anak naik pengangkutan awam untuk menyelami gaya hidup sebenar masyarakat di tempat tersebut. Cara ini sangat menyeronokkan dan banyak benda boleh anak belajar. (Psst.. dan konfom dia penat, dan tidur awal.hehehe……)

Child locator

Sebilangan ibu bapa (lagi-lagi yang kaki travel) memang menyarankan ada gajet child locator ni untuk mudahkan track anak kemana-mana, demi keselamatan. Cuma gajet ni tak dijual di Malaysia maka alternatif terbaik adalah sediakan siap2 tali yang kuat dan tebal untuk diikat antara pinggan ibu/bapa dengan pinggang anak. Gunakan sahaja lebih-lebih lagi di jalan/tempat yang sibuk dan ramai orang lalu-lalang. Again, better be safe than sorry.

child locator

Tip BONUS untuk mudahkan ibu-ibu packing

Ini yang selalu saya buat supaya boleh keep control of anything bila travelling (hey, i’m a mother, it’s normal), dan tips di sini berguna untuk packing sebagai 1 keluarga. Masa packing mula-mula, sediakan list untuk setiap ahli mengikut kategori (cam baju jalan, etc, mekap2) dalam satu kertas SAHAJA (banyak2 kertas nanti hilang..takkan nak bwk file..hehe). tulislah perancangan kita dahulu apa dan berapa yang ingin dibawa. Tandakan 1 tick selepas selamat dipacking.

Ketika pulang, potong terus jika barang tersebut juga selamat dipacking. Di antara perjalanan, jika ada barang tambahan (cam ole-ole untuk ibu) tulis juga di kolum berasingan untuk mudahkan kerja ibu2 untuk buat inspection.

travel-is-the-only-thing-you-buy-that-makes-you-richer

Free printable ada kat sini. Comey-comey je dan boleh digunakan sebagai panduan.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge