Ke Ikea 4 Nov

“Asyik-asyik g ikea je…” apa yang mama cakap masa kita bgtau p mana. Heh heh.. sejak duduk di luar kawasan KL ni, Ikea ni lah jadi salah satu tempat jalan-jalan untuk 1 family (selain itu, pool kat depan KLCC tu).

Memandangkan hari Ahad ini kena menghadiri bengkel nutrisi + weekend ni memang Naz tak dapat nak p mana-mana + kawan-kawan ada mengirim barang dari Ikea = bolehlah buat semua benda sekali harung. Hehe..

Orang macam kami dua ni, seronok lah p ikea; konsep minimalist, praktikal, dan maksimumkan ruang sebanyak mungkin yang buat kita teruja nak tengok dan belek-belek barang depa (Bolehlah, banyak nama key furniture depa kita dah hafal).

IMG-20141105-WA0019

 

Naz, as usual, oblivious to these things, prefer to panjat sofa, baring kat end sofas dan katil.. Yang kelakarnya, pandai pulak dia pilh yang empuk dan sedap diduduk.

Kias baik kat abah suh beli ek..hehehe…

Yang best kami pergi ni time weekdays, lengang takda orang sangat jadi tak kalut kalau nak memilih/membelek barang-barang yang ada. Naz pun suka lah dia, ada mainan yang display kat situ pun dia tak berebut sangat.  Ummi pun tergoda tengok mainan dan bahan-bahan painting yang ada kat situ..huhu..

Nak beli mainan untuk dia pun kena fikri 2,3 kali.. Naz suka sangat yg tren2 tu (he loves Thomas and Tayo) tapi kalau beli pun, dia susun2 je, tak minat sangat nak mainkan tren tu atas track dia.hehe.. tunggu birthday Naz ummi belikan ya..

IMG-20141105-WA0015

Sebelum masuk ke Ikea, kami biasanya akan ke food court di bawah untuk makan. Hehe.. makan biasa-biasa je, hanya nasi lemak+kuih+minuman panas (Naz haruslah milo ais, dan ummi boleh cilok sket) for a quick energy reserve untuk mengharung dalam Ikea tu. 1 shaker protein chocolate+madu shake saya bawa tiap kali keluar, untuk continuous energy .

Ni p Ikea mesti bawak – jalan 1 Ikea pun dah penat, apatah lagi kena follow Naz explore macam dah tawaf Ikea extra round. Letih weh…

Syukur gak kebetulan mai Ikea, rak Hyllis tu ada. Saya dah lama kemaruk dengan rak ni. Sebab rumah kami belum ada almari lagi, dan rak besi ni lebih dari cukup untuk letak kain baju/pakaian kami (of course, bahagian untuk mommys mestilah 70% dari jumlah area almari tersebut). Dan rak ni cuma harga RM34.90 ja. Kukuh pun kukuh rak Hyllis nih.

hyllis-shelving-unit__0217710_PE374967_S4

Tengok kat shopping list dalam website Ikea memang ada tapi tak jumpa kat bahagia storage (bahagian sebelum ke kaunter). Pusing2 baru jumpa staf senior yang kebetulan free.. sebut je Hyllis, dia tau dah apa benda tu.hehe..

Alhamdulillah, pergi dan pulang dengan penuh smooth je. Naz puas dapat jalan, kita pulak puas dapat rak idaman tuh..hehe..bunyi cam taksub betul.

Kalau yang membaca post ni, do leave comment! Curious nak tau apa makanan yang special kat restaurant atas tu? Berbaloi tak dengan harga dan of course… macam mana nak beli? Tak tau… 😛

Disclaimer: saya bukan dropshipper Ikea ek.. saja tolong member.haha

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge