Minuman protein shake perlu sebelum ke selepas senaman?

Before or after? Benda yang agak mengelirukan dan semestinya menggusarkan bila memikirkan yang mana yang terbaik untuk maksimumkan potensi workout kita. Kalau dulu biasa kita dengar mesti minum selepas workout kan?

Sebenarnya nak minum sebelum dan selepas, dua-dua molek. Cuma menurut kajian paling up-to-date, minuman protein shake yang diambil sebelum workout didapati memberikan banyak manfaat kepada tubuh kita.

Dan di sini disenaraikan 5+ 1 sebab mengapa anda perlu minum sebelum memulakan rutin senaman anda.

Kebaikan minum protein shake sebelum workout

Sebagai sumber tenaga kepada otot

Makanan/minuman protein sebelum workout, (khususnya branched chain amino acids (BCAAs), akan menjadi sumber tenaga segera kepada tubuh sebab BCAA ni lepas masuk perut terus diserap ke otot melalui salur darah.

Sekaligus langkah ini juga mengurangkan kadar otot anda yang mengandungi BCAA tu sendiri dari diganggu untuk dijadikan sebagai sumber tenaga. Biar dia dok diam2 untuk jadi solid gitu.

Chup, apa itu BCAAs?

Branched chain amino acids adalah kumpulan asid amino yang asas dan sangat penting (khususnya valine, leucine, dan isoleucine). Ia penting sebab asid ni perlu diambil dari sumber luar iaitu melalui makanan/minuman. 

amino-molecular-structure
Rupa molekul BCAAs

Menambahkan penghasilan protein

Minum protein shake sebelum workout akan membantu tubuh untuk menghasilkan protein ketika sesi workout berbanding selepasnya. Ia meningkatkan asid amino untuk digunakan otot ketika senaman.

Of coz, secara tak langsung tak kaco otot asal anda!

Membakar lebih banyak kalori

Berbanding protein shake diambil selepas (atau tak ambk langsung), pengambilan sebelum akan meningkatkan kadar kalori untuk dibako secara berterusan selama 24 jam.

Kesan “Carryover”

Kebiasaanya selepas kita makan benda2 yang berprotein, penghasilan protein di otot akan berlaku lebih kurang dalam 3 jam.

Ambil ini sebagai tip: minum protein sebelum workout akan

1) membantu menambah asid amino semasa workout (lihat point 1) yang menghalang otot dikacau dulu (muscle breakdown)

2) membantu asid2 nih berlegar2 dalam tubuh selepas senaman untuk pemulihan otot, dan juga

3) menghalang untuk muscle breakdown yang berlebihan, selain menghalang hormon cortisol dari mentedarah otot2 yang sedia ada.

Bakor lagi lemak

Khususnya yang sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat (yang pantang nasi putih, roti putih ka..atkins ka) yang tahap gula dalam darah generally low; minum protein shake sebelum senaman akan membantu peningkatan kadar pembakaran lemak, khususnya ketika senaman yang intense contohnya High Intensity Interval Training (HIIT), Tabata, dan juga senaman ‘metabolic resistance’.

usop bakar lemak

Oh ya,  ia juga membantu kurangkan kadar muscle cramp. Hehe..takdalah komplen2 lenguh kaki esok ye dok.

branched-chain-amino-acid-study-graph2
Beza dan tahap skit cramp dengan pengambilan BCAAs atau tidak (plasebo)

Semoga artikel ini membantu anda dalam menghilangkan kekeliruan anda. 🙂
Minta diri ya, saya nak prepare saya punya pre-workout protein shake.

“sumber apa yang mengandungi cukup jumlah BCAA?” KLIK SINI untuk tahu dan buat sendiri. 😀

Sumber rujukan dan adaptasi di sini.

Jika anda ragu-ragu/risau dengan kemungkinan terlebih protein, baca sini untuk info lanjut ya.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

10 Comments

  1. Salm minta pndapat,, kalau dh buang appendix,,, adakah sye maseh buleh bina badan dan otot sye untk daptkan bentuk badn yg tegap dgan kata lain sado??

    1. Wassalam. Boleh takda masalah. Ketiadaan apendiks hanya bermaksud kita perlu menjaga pemakanan dan sistem penghadaman dengan lebih teliti sahaja.

      1. as’salam bro..biasanya kena tunggu berapa minit baru boleh workout lepas minum whey protein??
        selepas workout pon kena minum whey protein lagi??

        1. Wassalam. Saya puan lah.

          *tak pepasal dapat bro. haha.

          pre-workout shakes dalam 30 min boleh dah nak workout. ya, lepas workout pun sebaiknya kena, sebagai post-workout foods, supply protein untuk tisu otot yang ‘tercedera’ (minor tearing) sewaktu workout, seperti protein shakes yang mengandungi BCAA, atau simple seperti telur hancur, susu. Pisang juga, untuk bekalan potassium. mesti makan untuk nampak hasil., dalam 30 minit. semoga membantu.

          1. Assalamualaikum,,, maaf ye sye tak tahu perempuan… Maaf sangat, ape ape pun trima kaseh ye…
            Sngat membantu

  2. Mommylotte..tq 4 ur info..sy suka sgt bc blog mommylotte sbb berkaitan dgn diet secara healthy..sy skrg mmg tgh mengamalkn diet atkins+workout aerobic+jogging

    1. Cool! What kind of protein shake you take? 😀 Apparently my current shake have BCAA so I gotta take it before, during, and after a workout session.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge