4 makanan yang boleh putihkan kulit

Dulu masa muda2 tengok cermin muka putih licin je, gebu, dan lembut je (flawless je lah senang cerita)..pakai apa pun no problem. Sunburn teruk lepas kawad untuk pertandingan kadet polis pun, dlm 2 minggu boleh cerah balik dengan fair and lovely je.. Sekarang, hambik!

Dah tua2 ni mulalah, terlebih manja kulit ni sampai lupa sehari dua pakai krim dah naik jerawat sebijik. Belum kira lagi kesibukan yg bagi stress secara tak langsung kt tubuh, habis jerawat tumbuh bak cendawan kt muka. Kalau suami tegur, memanglah kita buat tak endah pun, tapi dlm hati rasa bengkek gk..sapa suka ditegur benda gini ye dok.
teringat pulak, saat  ustazah kita yg perasan kulit kita nampak cerah, masa sekolah dulu.. ehem..
Sudahnya, penjagaan muka memang dah jadi perkara wajib dalam hidup. Umpama makanan, menjaga kulit ni bukan sekadar takat cukup syarat je sebab apa yang kita lakukan untuk kulit/tubuh, akan nampak hasilnya bila kita tua nanti.
Dan tak perlu yang mahal2 dear.. sebab kalau pandai cari yang sesuai dan berbaloi dengan keadaan kulit kita, memang akan jadi. Yang penting bahan yang ada dalam tu berfungsi untuk baiki dan maintain kecantikan kulit kita. Seperti yang saya cerita dahulu, kecantikan ni pun bagai harta kita juga, dijaga kelebihan ni sebaiknya mungkin apa yang diberiNya.
kecantikan itu harta
Nak kulit cerah dan glowing dengan mudah tak? Kalau nak cerita pasal produk apa sampai 3 muka pun tak habis.. cara paling mudah, ialah dengan makan makanan yang terbukti untuk dapatkan kulit idaman tu.
Mudah je, hari2 melantak lah makanan tu, kurang sebulan nampak hasilnya. (pengalaman sendiri semasa rela dalam terpaksa ubah cara makan dan gaya hidup.huhu)

Makan 5 benda ni untuk kulit glowing

Vitamin A untuk rangsang penghasilan kulit

Biasa dengar retinol kan, yang bersepah dalam produk anti-tua tu. Retinol ni sebenarnya berasal dari vitamin A– sangat power untuk membaiki struktur kulit, meningkatkan kitaran sel kulit (untuk kelihatan muda), dan membuang sel kulit mati yang termendap atas kulit kita tu.

Vitamin C untuk baiki dan cerahkan kulit

Tak heran lah, vitamin C memang orang carik kalau nak dapatkan kulit yang gebus gebass. Vitamin C ni salah satu trio antioksidan (vitamin A,C,E) yang berfungsi untuk melawan radikal bebas, bahan berbahaya dalam tubuh (ada yang terhasil secara semulajadi tau) selain membantu kulit menghasilkan kolagen dengan banyak untuk kulit anjal.
Selain oren, apa lagi yang kaya vitamin C? lada bengala, manga, kubis, dan brokoli juga.
Tip:  Vitamin C ni komponen paling asas kalau nak gunakan ia dalam kecantikan.
Testimonial-2BSet-2BD-2B-2BWajihah-2BRashid-2B1_
Kesan vitamin C ni pada kulit akak. Nampak gebu gebas flawless je kan? Klik untuk tahu apa amalan akak ni, untuk dapat kulit secantik camni.

Minyak ikan – pemulihan dari dalam secara maksimum

Tengok orang jepun, cantikkan kulit diorg? Rahsia kecantikan mereka datang dari diet yang banyak ikan dan pelbagai makanan laut sebab ia mengandungi asid lemak omega 3 dan 6.
Minyak ni sangat power untuk baiki kerosakan dalam tisu dan sel2 kulit. Contoh ikan yang kaya minyak ini seperti salmon, tuna, dan sardin.
Kalau tak dan/tak suka makan ikan, alternatif terbaik adalah sayuran hijau, tofu, kacang walnut, atau pun mengamalkan supplemen minyak ikan (lagi senang kan?).

Teh hijau untuk antioksidan

Tak ramai suka teh ni sebab rasa pelik. Teh hijau ni bermanfaat untuk mencantikkan kulit dari dalam kerana tinggi kandungan antioksidan dan polyphenols.
Teh hijau ni pun berguna untuk kurus tau. Kerana ia meningkatkan metabolisme anda. Klik sini untuk baca lanjut, bagaimana teh ini berguna untuk kurus
Minum sekurang-kurangnya 3-4 cawan sehari untuk nampak kesan segera (jangan lebih nanti tak tidur malam pulak kan).

Protein – komponen asas untuk sel kulit

Nutrisi dan antioksidan yang diambil, tidak akan berkesan jika anda kekurangan protein pada asasnya. Kerana protein – terdiri daripada blok-blok asid amino – adalah komponen paling asas dalam setiap sel termasuklah sel kulit.

Jika pengambilan protein pun tidak cukup, bagaimana nak hasilkan sel yang baik untuk seterusnya menyerap nutrisi-nutrisi yang disebutkan di atas? Malah 5 kesan seperti gambar di bawah pun anda tak dapat. Yang penting, topup nutrisi protein barulah nampak kesannya, malah dengan segera!

Klik sini, untuk ketahui bagaimana protein yang diperlukan untuk kulit gebu, flawless, dan semestinya putih.

Ya, hampir kesemua item yang tersenarai dalam artikel ini Shai sendiri amalkan. Yelah dah tua, dan bab kecantikan kulit ni Shai agak cerewet sebab nak pastikan benda tu berbaloi (mahal takpa, janji berbaloi. kalau tak memang siap le). Boleh lihat sini apa yang Shai amalkan juga, dan actually ia benda biasa2 ja dear. Cuma alhamdulillah serasi.

manfaat untuk kulit
Alternatif dari artikel ini, anda boleh whatsapp Shai aja di 017-9153260 jika anda mahukan solusi yang sesuai untuk kulit anda, yang mudah, berkesan dan tidak melebihi bajet anda. 😀
Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge