
Bagai pucuk dicita ulam raja yang datang, dapatlah saya merasa ESP semasa beraya di rumah rakan Nurul Izaana. Heuheuheu..
Apa itu ESP
ESP (singkatan dari Energizing Soy Protein) adalah serbuk minuman dari (Non-GMO soya). Orang kalau carik2 makanan pelengkap protein memang carik ESP je. Saya pun curious jugak nak mencuba sekali, lebih2 lagi banyak khasiat dan kelebihan dari 1 jar protein ni.
Sekilas pandang ESP
![]() |
boleh tahan besar gak 1 jar ESP ni. |
1 jar ESP ni agak besar dan berat (agak2 dalam suku saiz lagi besar dari MealShake). Minuman ESP saya, hanya 1 sudu dicampurkan dengan air oren. Campur sket air batu dan goncang dalam shaker hingga sebati (tak boleh air panas yer nnnt rosaklah protein2 dlm tu..sayang je..).
Macam mana rasanya ESP tu?
Sebab dah dicampur dengan air oren, rasa mcm gula2 oren susu gitu (campur lagi air batu mmg layannzz). Paling ketara masa pertama kali minum ada serbuk2 soya yang boleh rasa ketika diminum (biasa ada dalam minuman soya). Aneh gak feeling minum ESP tapi kalau dah sedap teguk sahaja dengan senang hati. J
![]() |
rupa serbuk ESP |
Paling basic, kita boleh campur sesudu ESP dengan air suam sahaja tapi lama2 boleh jemu gk. Good news! ada banyak resipi yang menggunakan ESP ada dalam Google. ada yang list kan resipi seperti di sini:
http://inibelogmamairfan.blogspot.com/2014/03/resepi-esp-shaklee.html
http://inibelogmamairfan.blogspot.com/2014/03/resepi-esp-shaklee.html
Ada yang siap ada video demo lagi macam kegemaran saya banana strawberry seperti di sini:
Yang ni saya sangat rekomen sebagai minuman pemulih tenaga lagi-lagi selepas melakukan senaman berat.
Mungkin lepas ni boleh saya cuba dengan campuran yogurt strawberi? Nanti saya akan update apabila ada kesempatan ya. J

No comments:
Post a Comment