Jujurnya lepas beranak, masa pantang lah yang paling saya kureng.. yelah, makan dan segala macam benda kena pantang.
Mujur gak saya lepas gian siap2 sebelum due beranak sekali nah…3.4kg yg keluar. Hehe…
Kerana saya mengandung kali pertama, saya agak blur dalam pengetahuan dan apa yang perlu dibuat selepas bersalin. Sekadar pengetahuan umum aje lah, yang lain diuruskan mama saya.
3X kasihan lepas beranakkan Ryan
Kasihankan anak saya juga kerana sebaik sahaja keluar, anak mengalami kekurangan gula dalam darah/hipoglisemik (jenuh nak jawab ramai nurse tanya saya diabetes ke tak..aiyo.).
Suami pun ada nampak tangan anak mengigil semacam, sudahnya terpaksa bawak naik ke wad NICU. hu.hu.hu..(dah macam lagu..)
Tambah lagi sakit kuning..cian lah anak saya sorg2 kena dok dlm wad. Lepas saya discharge (sehari selepas bersalin, Alhamdulillah), saya dan suami ulang alik ke hospital Seremban untuk teman, belek2, dan susukan anak. Untuk orang takda pengalaman macam saya, memang mencabar sebab kadang2 apa yang kita baca dari buku tak sama dengan apa yang berlaku.
Nurse pun ada kasihan tengok kami, dia offer nak save tempat untuk saya di wad NICU, boleh baby dok sekali. Syukur lagi sekali, dapat katil hujung, sebelah tingkap, bolehlah suami tengok2 sekali dari luar.
Saya dok di wad NICU dengan Naz dalam 5 hari, sepanjang tu lah suami temankan saya dengan tidur 2,3x di bilik menunggu bersalin di tingkat bawah. 🙂
Cara saya berpantang di rumah, ala kadar aje
Balik rumah selepas tu, bermulalah fasa pantang saya di rumah. Awal2 saya fikir berpantang seperti biasa – ada jamu, bengkung, tungku, dan pilisnya – tapi sayang tak seperti yang diharapkan.
Makan jamu memang tak boleh sebab anak kuning (cirit2 jadinya), dapat pula tukang urut dari Indon (biasa mengurut mama saya), dibaginya homemade jamu Indon-formulated yang power, anak pula jadi mangsa dengan tercirit dengan banyak. Kesian tengok, saya terpaksa stop.
Pantang pun sekadar bengkung, tungku2, mandian herba, dan pantang makan.
Itu pun tidak cukup sebenarnya.. kerana para ibu memang sangat2 letih selepas proses kelahiran (ditambah pula dengan tenaga yang habis hanya untuk menghasilkan susu badan) – jadi sampai tengah hari memang saya terbungkang atas sofa lepas dodoikan anak tdur..
Kesian kat saya lagi, mama belikanlah jamu Mydin (botol pink yang 3 RM10 tu), sebab dia agak mild, saya cuba sedikit dan syukur, ada tenaga sedikit untuk buat macam2 kerja (saya kira start balik kerja freelance saya 2 minggu lepas bersalin).
Sekarang ni anak dah umur 2 tahun++ baru tau pasal set bersalin Shaklee. Waaaaaa…….