Belakang tabir MommyLotte.com

Jika anda nak cari maklumat seperti:

  1. info pengurusan rumah dan anak,
  2. tips kesihatan dan kecantikan,
  3. cara yang sesuai untuk kurus,

Di sini lah tempatnya. mommylotte.com yang diuruskan oleh Shai. Apa khabar. 😀

Kenapa Cam Besar Sangat Niche Yang Ada Shai?

Ia dari perspektif dari Shai sendiri. Jika ada sesuatu yang berlaku atau idea datang menjelma, pastinya Shai akan menung mikir dalam diam (brooding orang kata). Dari dok diam sebegitu, apa salahnya Shai terjemahkan idea tersebut dalam blog post yang mudah dibaca ye dok.

Dan bagi Shai, apa sahaja yang Shai tahu, apa salahnya berkongsi untuk kita tahu sama-sama. Jadi insya Allah, setiap perkongsian yang ada di blog ini bukan sekadar syok sendiri tetapi lebih kepada info dan kajian yang padat, dan dimudahkan sebagai perkongsian.

Add value orang puteh kata.

Okeh, secara khusus mengenai Shai yang korang boleh tahu:

Shai suka tolong orang. Simple😊

Apa Kebaikan Yang Saya Dapat Dari Blog Ini?

Tips Pengurusan Rumah Dan Cara Jimat Masa

Dan dengan kesibukan yang ada ni, harapnya melalui blog sebagai medium untuk Shai bantu orang.

Sibuk dengan urus blog ini serta 2 projek lain, selain urus anak dan rumah – memang makan masa sampai diri sendiri takda.

Contoh nya, seperti tips penuh pengurusan rumah tangga yang Shai sendiri amalkan, yang tersusun dalam masa singkat. Klik sini

Jadi anda akan perasan banyak juga perkongsian tips yang menjurus kepada jimat masa. Segala hacks untuk pengurusan ke apa memang akan di cuba jaya, dan hasilnya Shai tulis di blog ini.

Alhamdulillah, setakat ini menjadi. Jadi kalau korang nak baca tips2 berkaitan jimat dan urus masa klik sini.

Bila jadi ibu gini la. Masa itu satu komoditi terhad. Lelaki apa tau? 😝

Info Kecantikan Dan Kesihatan

Selain itu, pengalaman menulis secara freelance selama 5 tahun (and counting) dalam bidang health and beauty menjadikan Shai agak biasa dengan bidang ini. Jadi Shai alert dengan info yang ada dan agak cerewet dalam memiliki sesuatu benda.

Ini sebab majoriti personaliti Type A yang ada dalam diri hihi.

Serius cerewet. Nak beli satu benda Shai akan baca kaji habis2 dulu bahan serta review orang lain sebelum guna. Tak suka kalau benda dah beli tak dapat guna (kalau memang bukan rezeki tu lain lah), apalagi main taram beli lepas tu terbiar.

Sebolehnya alah membeli menang memakai giteww..

Info kesihatan klik sini. Kalau yang nak cantik, ke sini ya.

Fokus Kurus

Dan semestinya bila dah lama berkecimpung dalam penulisan freelance, Shai dapat menimba ilmu, khususnya aspek kurus. Apatah lagi Shai jenis berat cepat naik dan mengalami struggle juga nak kurus (lagi2 lepas beranak. Huwaaa), maka Shai cubajaya pelbagai cara sampai jumpa sistem yang Shai pakai sehingga sekarang.

Dulu gini lah. Emotional overeating. ergh

Apatah lagi dalam aspek kurus pada Shai, adalah kerana nak sihat juga. Ia berbalik kepada isu badan cepat naik selain sibuk. Jadi makan pun kena cukup tenaga sahaja.

oh Naz yang berpipi labuh.. la ni dah jadi lanky and tinggi, pipi labuh pun hilang.. huhu..

Dan update terkini, Shai berjaga-jaga sekarang ni kerana ditakuti ada Type-2 diabetes (kerana keturunan). Jadi pemakanan sihat adalah caranya. Perkongsian pelbagai aspek dalam kesihatan/kurus klik link ini.

Boleh juga dapat info terus dengan join access di grup support kurus yang Shai jaga (WANITA JA). Klik sini.

Ni juga salah satu sebab kenapa banyak artikel tentang diet dan kurus dalam blog ini, dan Shai hasilkan satu ebook khusus untuk itu. Bukan sebab kurus, tapi sebab nak kita sihat (dan cantik) sama-sama.

Hidup wanita! 😀

*Ebook Atkins untuk Ibu Menyusu dari edisi kedua telah digantikan dengan edisi ketiga (dan terakhir). Dengan info lebih lengkap dan senang untuk ibu2 sibuk nak kurus. Klik gambar ini untuk info lanjut

Bagaimana Dengan Shaklee Yang Ada Ni Shai?

Produk yang ada tu sebagai perkongsian yunk. Jangan rasa terpaksa nak korang nak beli ya.

Ia berbalik kepada point sebelum ni iaitu Shai cerewet sebelum beli barang. Jadi shaklee ni pun salah satunya juga. Memanjang cari jurnal kesihatan (kerja freelance Shai memang ada guna jurnal, jadi dah biasa cari hehe) yang berkaitan Shaklee ni untuk semak betul2 dengan testimoni yang ada.

Lepas tu baru Shai test dan kongsi.

Bukan main taram tau. No no.. Sebab apa-apa jadi nanti siapa nak tanggung?

Jadi kalau korang nak tanya lebih lanjut mengenai produk sekian-sekian, siap sedia lah Shai tulis berjela2 info yang berkaitan untuk bantu korang decide sendiri nak beli ke tak, hasil dari pembacaan dan kajian jurnal tersebut.

Shai juga ada tulis sekali info lanjut tentang sistem/servis konsultasi Shai, korang baca di sini.

Fun Fact (kalau menarik bagi korang)

Antara cebisan info yang boleh korang tahu hehe:

  • Dulu nak ambil Chemical Eng, namun maintain dengan minat dan belajar Sains Nuklear di UKM (no, I don’t make bombs) sebab masih selari dengan impian nak jadi consultant Safety & Health dalam O&G
  • Minat sains dalam pelbagai bidang (perubatan, alam sekitar, astronomi, dan subjek kegemaran adalah Matematik Tambahan, Quantum Mechanics. yes, heavy stuff)
  • Politik, masalah sosial, ekonomi dan isu berat minat
  • certain passion for helping woman in need (sebab tu salah satu caranya dengan blog ini)
  • A self-professed nerd and proud of it. I still play NES games (Mario, Bomberman, Start Force dll). The Sims pun masih Sims 2, serta siri Tomb Raider (sebab boleh tengok pemandangan cantik sekali)

  • Otak orang lama, namun tidak menghalang untuk enjoy alam ni. Bungee jumping ada je dalam wishlist.
  • Suka tempat yang boleh menikmati alam sekitar seperti di Washington, Norway, dan New Zealand
  • Shai suka a good coffee (Kopiko brown sugar tu best), suasana hujan, buku, gadget menarik – traits orang Seattle. Makes sense since I was made there. heh heh

itu jelah kot. 😛

Akhir Kata

Terima kasih kerana baca sehingga akhir. Salam perkenalan!

Semoga ilmu yang ada di setiap blog post ini jadi manfaat pada korang semua. Kerana itulah tujuan asal Shai tulis di blog ini, tanpa jemu.

Ada salah silap, mohon maklumkanlah untuk diperbetulkan (janganlah screenshot, buat viral ke apa pulak hehe).

Semestinya yang silap dari Shai, yang betul dan benar dari Allah swt.

Untuk makluman korang juga, segala produk digital yang ada di blog ini (yang Shai buat) harganya adalah berbaloi dengan apa yang dibayar (ni bagitau siap-siap). Tak mahal, tapi berbaloi.

Janji.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

*Ebook atas tu percuma, sehingga puasa. Whatsapp 017 9153260 dengan kod EBOOK EDISI KETIGA untuk dapatkannya.

UPDATE!

Laman web rasmi khusus untuk kesihatan ibu dan wanita dilancarkan dengan rasmi. Korang klik gambar ni untuk ke sana ya. Mohon like page fb rasminya sekali tau, agar update dan info terkini terus dekat fb news feed korang.

Let’s connect!

Link akaun media sosial yang Shai ada sekarang ni. Klik kat link tersebut.

Facebook personal

Facebook Page

Facebook Group (Kelab Fitness Ibu Muda Malaysia KIMS)

Insta

Pinterest

Assalamualaikum! 🙂

4 Comments

  1. Assalam, saye baru berumur 14 tahun saye mndapat gastric bulan lepas semasa saye check kat klinik. Kalau kite rasa sakit perut berterusan walaupun dah makan ubat gastric mcm mne nak legakan gastric ini secepatnye?? Pernah sekali gastric saye sampai 6 jam hari tu saye pun dah tk tau nak buat ape muntah² aje… Tolong ye

  2. Asslm shaima

    Ade lagi x 2nd edition ebook utk bfeed tu? Maaflah br je terjumpe blog ni.

    Hope blh emailkan tqia

    • Assalamualaikum dan salam sejahtera sis.

      Saya minta maaf sangat2 kerana lambat membalas pm sis, kerana terlalu sibuk bebrapa ketika ini.

      Saya telah emelkan ebook tersebut, mohon check ya.

      Saya doakan sis mendapat manfaat daripada ebook ini, dan maintain berat ideal sampai bila-bila. Insya Allah. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *