Mencari Solusi dan Khidmat Konsultasi yang Terbaik Untuk Anda

Kalau korang berada di page ini, bererti korang ada klik dari post yang korang mahukan penyelesaian terbaik untuk masalah yang korang hadapi asalnya kan?

Page ini khusus Shai buat untuk bantu anda berikan gambaran penuh bagaimana dan cara Shai berikan khidmat nasihat dan bantuan pada yang bertanya (dah macam wakil rakyat pulak hehe), semoga harapnya korang jelas apa yang korang akan dapat sepanjang tempoh konsultasi dan juga follow up.

Bagaimana Shai Nak Konsult Untuk Saya Ya?

Berdasarkan isu yang dihadapi dan korang whatsapp Shai untuk minta bantuan dan cadangan penyelesaian, Shai akan tanya beberapa soalan untuk carikan penyelesaian terbaik, dan kalau boleh paling perfect untuk situasi korang. Shai faham, lain orang lain masalahnya. Walaupun dalam isu gastrik dan/atau kurus (yang paling utama dalam blog ini) pun macam-macam pesen yang ada kan?

Dan dalam konsultasi, Shai akan tanya korang dengan terperinci tau.

Dan Shai suka kalau korang jelaskan kembali secara terperinci juga. Berjela-jela pun takpa. Malah lebih baik agar membantu kita dapat penyelesaian terbaik bersama, dan pastinya Shai pun akan berikan penyelesaian berjela-jela juga, demi membantu korang. 😀

Macam contoh konsultasi gastrik ni. Shai cerita memang panjang. Semua berkait aku cerita sekaligus senang XD

Isu Yang Penting Untuk Korang Maklum Dahulu

Dalam konsultasi, pastinya ada masa Shai akan kongsikan produk yang mungkin membantu korang (samada melalui ebook atau dengan set/produk berjenama Shaklee < sabo, jangan alergik dulu).

Dan Shai cadangkan kerana Shai yakin, produk tu membantu menyelesaikan masalah korang, sepertimana ia telah membantu ramai yang lain sebelum ini, malah Shai sendiri.

Shai tak rekomen produk kalau Shai sendiri tak yakin nak guna ya. Nanti kalau apa-apa jadi siapa nak bertanggungjawab pula kan. 😀

Kerana itu sebelum rekomen (atau hasilkan ebook yang Shai sediakan) Shai akan kaji sehabisnya dulu sehingga berpuas hati.

Staff dekat Watson/Guardian dekat rumah tahu lah Shai ni kalau belek satu produk memang sangat lama, sebijik2 ingredients’ list tu aku baca sampai puas hati hehehe.. Shai bgtau diorang siap2 jangan kacau sebab Shai nak tengok dulu, melainkan nak kepastian baru tanya. ^^v

Macam Nak Berkira Je Shai..Tanya Je Pun Tak Boleh Ke..

Bukan dear..tak kisah pun nak bertanya. Cuma Shai dapat banyak giler sangat whatsapp minta tolong (kalau yang gastrik ada sampai menangis tahan sakit) tapi lepas Shai bertanya ‘seen’ ja.

Shai nak bersangka baik juga, mungkin bateri kong dan terlupa nak reply tapi lusanya Shai follow up senyap ja. Blue tick kot.

Sedih tau.

Kalau korang tanya untuk sesuatu yang ada isu konkritnya dan/atau tiada dalam penerangan di blog post yang korang rujuk, don’t worry, Shai reply whatsapp korang ASAP punya.

Cuma minta tolak ansur juga lah ya.

Sebab ada yang minta bantuan Shai, dan mereka dapatkan produk dan/atau ebook selepas yakin dengan penjelasan Shai serta nak Shai bantu mereka secara berkala (macam penasihat kesihatan yang diyakini gitu :P) dengan eksklusif dan masa khusus untuk mereka.

Jadi tak adil untuk mereka jika Shai habiskan masa memberikan solusi berjela-jela pada yang hanya ‘seen’ saja.

Kalau korang macam mana? Ha..

Ada yang bertanya harga (walhal tertera jelas di blog post tersebut) serta mukasurat setiap ebook. Aduhai..nak bahagi kira berapa harga satu muka surat jugak dia. >.< Nilai ilmu tu nak kira macam mana.

Shai hanya nak bantu korang dengan memudahkan melalui solusi yang dicadangkan ja.

Ikut keutamaan, ikut bajet. Takda upsell atau paksaan.

Banding kalau korang g jumpa doktor kalau dapat sekadar ubat tahan sakit (panadol) pun kena bayar juga konsultasi dia kan?

Jadi jangan risau, kalau korang tak perlukan ebook/produk tersebut takdanya Shai rekomen. Sebab tu awal-awal masa whatsapp, Shai akan tanya habis-habis.

Orang Lain Saya Jumpa Bagi Khidmat Nasihat Ok Jer Shai

Kalau nak bandingkan dengan orang lain yang boleh konsult dan habiskan masa pada korang buatlah, Shai tak reti cara lain melainkan membantu sehabis baik. Contohnya nak attend satu-satu yang dekat 6.2 juta daripada yang menghadapi masalah kegemukan/diabetes melalui whatsapp memang tak dan lah.. (sekadar contoh ekstrim sikit hehe. Tapi sajalah nak korang dapat ideanya).

Dan apa yang Shai sediakan, dah tertera untuk mudahkan urusan korang selesaikan isu tersebut yang sedang dihadapi.

Peace ya. Shai hanya nak bantu korang. Kalau dikata nak berkira, ya, Shai berkira kerana nak jaga hak dan kelebihan pada yang jadi amanah Shai (client baru, client isu berat, yang pernah beli dengan Shai sebelum ini dsbg).

Dan anggap sahaja page ini sebagai satu makluman dan penafian, bagaimana Shai sediakan khidmat konsultasi untuk korang.

Kalau mereka yakin dan memilih untuk Shai konsult mereka, serta terima dengan cadangan/solusi yang Shai berikan; Inshaa Allah, pasti korang pun berpuas hati sebagaimana mereka suka dan terima dengan konsultasi Shai. Sebab dah memang minat Shai dalam bidang kesihatan pun

Kesimpulannya

Selepas baca ini dan korang masih nak Shai konsultasi dan carikan penyelesaian untuk korang, whatsapp saja Shai di link nombor ini ya 017-9153260. Siap sedia dan caj hp siap-siap sebab Shai akan tanya habis-habis kat korang (rahsia korang dijaga sampai akhirat, jangan risau. Amanah kot).

Yang azab dengan gastrik: Kod “SELESAI GASTRIK”

Yang ibu2 nak berdiet atkins: Takda kod, hanya pastikan memenuhi kriteria yang Shai nyatakan siap2 di page Ebook Atkins untuk Ibu Menyusu Finale, (sebab tak semua ibu sesuai nak amalkannya) kemudian whatsapp ya (nombor pun ada kat situ).

 

P/S: Ni tak valid kalau yang bertanya untuk item sekian-sekian dan mengadu2 dekat 5 jam lepas tu beli dekat sepupu dia punya mak dia punya biras. Yang tu, korang faham-faham lah sendiri. Shai sendiri, takkan berikan konsultasi jika korang dah dapatkan produk yang sama, dari seller lain. rasa berdosa lah wehh.. >.<