Penafian

Pernyataan penafian ini dibuat untuk Shai address beberapa perkara/isu berkaitan dengan kandungan dalam blog ini. Jadi ia akan kelihatan macam lawyer yang berceloteh sikit dan agak panjang. Maka sebaiknya baca dan take note, supaya korang alert dengan pendirian Shai. Bukan penting pun, cuma tu lah, just be safe dearies. ^^v

Statement Penafian mommylotte.Com

Penafian ini menyatakan bahawa mommylotte.com (selepas ini disebut sebagai website) adalah satu bentuk perkongsian daripada pandangan/perspektif peribadi pemiliknya, Shai Ryan (selepas ini disebut sebagai pemilik). Perkongsian yang ada dalam website ini – merangkumi umum mahupun khusus, santai ataupun serius, dan lain-lain – adalah olahan peribadi semata-mata, dan tiada tujuan selainnya.

Pemilik website ini tidak bertanggungjawab terhadap:

Perkongsian Dan Posting Di Website

Perkongsian adalah berbentuk perkongsian semata-mata dan bukannya pandangan profesional, yang tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak kecuali dinyatakan sebaliknya. Dan ketika ini (sehingga ada perubahan), pemilik hanya ada kaitan dengan ebook Atkins untuk Ibu Menyusu, produk kesihatan Shaklee, dan juga program affiliate Lazada.

Untuk makluman, pemilik hanya bertanggungjawab dengan ebook Atkins untuk Ibu Menyusu dan produk Shaklee, jika pembaca mendapatkannya dengan pemilik website ini. (sila baca sini untuk kenyataan tanggungjawab dan konsultasi dengan produk Shaklee).

Potensi Kemalangan Atau Kecederaan (Harta, Fizikal, Mental, Emosi, dll)

Sebarang kesilapan/kemalangan yang disebabkan oleh pembaca mengamalkan tips/panduan/review yang dipaparkan di website ini adalah tanggungjawab pembaca sendiri (at your own risk clause) walaupun pemilik sedaya upaya memastikan tips/panduan/review yang dikongsikan adalah selamat dan di adakan di website ini selepas mencubanya sendiri. Maka dengan itu pemilik tidak akan berkongsi selepas mencubanya sendiri, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Dan pemilik berharap agar pembaca yang lebih berpengetahuan untuk kemukakan sebarang kesilapan yang ada dalam perkongsian tersebut, untuk manfaat dan saham akhirat bersama.

Affiliate Dengan Produk Lain

Affiliate dengan lazada.com.my (selepas ini disebut sebagai Lazada); Sebarang perkongsian produk dan tawaran daripada Lazada adalah perkongsian yang masih mengekalkan prinsip yang sama iaitu pemilik tidak akan berkongsi selepas mencubanya sendiri.

Dan pemilik tidak mendapat sebarang keuntungan daripada anda jika membeli produk Lazada, melalui advertorial yang terpapar di website ini, melainkan sedikit komisen daripada pihak Lazada sendiri.Sekiranya pembaca mengalami apa-apa masalah dengan pembelian dari Lazada, pemilik website tidak akan bertanggungjawab dan memohon pembaca berurusan terus dengan pihak Lazada sendiri, melainkan menawarkan sedikit konsultasi jika perlu.

Komen, Review, Dan Ulasan Pembaca Luar Dan Dalam Website

Komen dan ulasan di dalam atau luar website ini, walaupun dalam aspek komen pemilik sedaya upaya memastikan komen yang dipaparkan adalah sesuai dengan perkongsian yang diutarakan tanpa bahasa kasar/lucah atau seangkatannya.

Hak Intelek Dan Keseluruhan Kandungan Website

Pemilik website ini berhak untuk menukar sebarang kandungan yang ada di website ini (termasuklah Facebook Page, Instagram, dan Facebook group), tanpa sebarang notis kepada pembaca, dan sebarang perkongsian yang diambil dari website ini hendaklah dikreditkan kembali kepada website ini. Pemilik website juga sedaya upaya untuk kreditkan semula sumber kepada lama asalnya, untuk menjaga hak intelek bersama.

Penutup Disclaimer

Disclaimer/penafian ini perlu, untuk beri pandangan jelas pada korang di mana pendirian Shai. Sekiranya bermanfaat, sama-sama ja Shai ucapkan. 😉

Untuk ketahui prinsip dan tujuan Shai mengadakan website ini, klik sini.