Tips Yang Perlu Dibuat Jika Sakit Gastrik Dan Berpuasa

gastrik berpuasa, sakit gastrik, tips puasa gastrik, sakit gastrik dan berpuasa

Amalkan tips yang perlu dibuat jika sakit gastrik dan berpuasa, kalau korang nak berpuasa dengan aman. Sebab nak dekat puasa ni banyak benda nak kena fikir, dan yang paling utama mestilah nak makan ye dok? Masa ni nak merasa pelbagai makanan hispter dan penuh cheese (hehe). Tapi kalau gastrik kena ambil kira sebelum nak merasa.

Jadi untuk elakkan gastrik korang datang ketika berpuasa (dan berpotensi terpaksa batalkan puasa korang), amalkan tips untuk yang sakit gastrik dan berpuasa.

terbakar pedih woo kalau gastrik. Yang tak kena tu bersyukurlah

Tips Untuk Melegakan Sakit Gastrik Dan Berpuasa

Berbuka Dengan Kuantiti Makanan Yang Sedikit

Ketika berbuka, mulakan dengan portion yang sedikit untuk elakkan perut mengah dan menyebabkan tekanan kepada lower esophageal sphincter (LES), yang boleh menyebabkan korang heartburn.

Sebab perut kita elastik; jadi apabila tak makan sepanjang hari ia akan mengecut slow2. Jadi bila kita makan sedepuk banyak mau tak expand perut kita dengan drastik? Kalau yang tak pernah alami gastrik pun boleh mengah dan sakit, yang tengah sakit ni acano?

Tips: mula berbuka dengan kurma dan air masak sebagai pembuka, dan amalkan makanan yang sesuai dengan gastrik korang (lain orang lain trigger gastriknya); sekadar sikit2 nak merasa bolehlah cuba kalau perut boleh tahan. πŸ˜€

Makan Dengan Perlahan

Elakkan untuk makan terlalu laju agar memberi peluang kepada sistem penghadaman untuk mencernakan makanan sepenuhnya. Keadaan ini juga boleh menyebabkan heartburn dan sebu perut.

Amalkan petua orang dulu dengan mengunyah 40x sebelum telan. Selain memberi masa kepada otak yang cukup untuk signal yang kita dah kenyang, makanan yang dikunyah sepenuhnya akan membantu perut mencernakan makanan dengan lebih efektif.

Elakkan Makanan Yang Menyebabkan Gastrik

Lain orang lain pantangnya dalam gastrik, namun umumnya ada beberapa kategori makanan yang menjadi asas punca gastrik berlaku kepada kita. Contoh makanan yang ada:

  • Makanan yang pedas dan berminyak
  • Daging yang tinggi kandungan lemaknya
  • Minuman bergula
  • Minuman yang terlalu panas
  • Minuman berkafein tinggi
  • Minuman bergas
  • Buah-buahan jenis tajam (oren, nenas)

Kenalpasti makanan yang menyebabkan korang gastrik, dan elakkan makanan tersebut sebaik mungkin.

Untuk mendapatkan senarai penuh makanan yang boleh diambil ketika gastrik dan guide konsultasi, klik sini.

Duduk Dengan Tegak Ketika Dan Selepas Makan

Duduk dengan tegak akan membantu tubuh agar asid dalam perut tak naik ke saluran atas dan menekan pintu LES, dan seterusnya menyebabkan pedih ulu hati, tekak perut dan masam, serta badan berangin.

Amalkan postur ini ketika dan selepas makan, untuk memberi peluang kepada perut untuk mencernakan makanan sepenuhnya. Inshaa Allah masa nak terawih takda masalah nak rukuk dan sujud, melainkan yang kes serius solat duduk lah ya.

Elakkan Mengambil Makanan Berat 2 Jam Sebelum Tidur

Tips ini membantu agar makanan yang belum habis dicernakan tidak menekan perut dan saluran LES ketika baring, yang menyebabkan pedih gastrik datang. Kalau korang dah ambil makanan sedikit waktu berbuka, bolehlah tambah sikit portion dalam sejam lepas tu, jika keadaan gastrik korang mengizinkan.

Satu hal pulak pedih perut dan nak kena tidur awal untuk sahur kejap lagi. πŸ˜€

Kesimpulan

Tips yang dikongsi ini pasti membantu korang untuk elakkan gastrik datang waktu berpuasa, atau kurang-kurang tak seberat mana kalau datang sekalipun.

Gastrik kalau dah terkena sekali, ia akan datang lagi kot. Melainkan kita uruskan gastrik yang dialami sebaik mungkin.

Semoga panduan dan tips ini membantu korang! Pakat-pakat share dekat sapa-sapa yang alami gastrik dan nak dekat puasa dah ni πŸ˜€

Kalau korang nak panduan lebih intensif dalam menguruskan gastrik, klik sini ya. πŸ˜€

Atau baca pengalaman Shai alami gastrik, sampai tak boleh puasa wuwu..

Sumber: 1,2, pengalaman sendiri

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge