Pukul Rata: Kenyataan Yang Tak Bawa Kemana

Pukul Rata Yang Dimaksudkan

Jadi Shai nak bawa ke poin seterusnya, iaitu bila tragedi Christchurch berlaku. Hanya kerana si laknat tu rekod dosanya dalam fb live sehingga nampak macam game FPS (first person shooter, mcm counter strike tu), terus keluar statment mufti kata haramkan PUBG.

Dan echoed by people yang samada:

  • Tak pernah main game
  • Anti game (khususnya genre FPS atau adventure ni)

Dan kutukan tu macam tahap yang main game tu dah murtad gamaknya. Belum kira lagi kecam dengan angkuh, semua benda pukul rata selumatnya.

Haruslah bila berlaku kecaman berat sebelah ni, akan dibalas orang yang main game n dengan kuat juga, tak kiralah jenis tembak ke jenis cute ka, mahupun sekadar main candy crush ja.

Tak rasional untuk pukul rata sebegitu. Sebab patternnya sama ja; kecam pukul rata dengan angkuh, dibalas dengan kemarahan, sudahnya selesai baik tak jadinya?

Tak Aci Lah Nak Pukul Rata

Tak dinafikan game FPS memang ada unsur violent, seperti dalam GTA dsbg sebab tu ada rating game tersebut.

Shai dok main Tomb Raider tu, dah berapa banyak menatang dan orang dalam game tu Shai tembak dengan segala macam pistol yang ada. Belum masuk lagi Shai main game Tomb Raider versi baru, siap panah dan pisau tentera lagi dia bagi.

It doesn’t make me violent. Malah ia melatih skill survival dan kognitif, sementara takda kesempatan nak berlatih sebegitu dalam setting luar, contohnya paintball. Dan itu yang Shai nak latih Naz sekali, dalam memanah, menembak dsbg.

Nabi pun nasihatkan kita belajar memanah, berenang, dan berkuda kan? Sebab akhir zaman kita akan gunakan skill tu untuk survive.

*cue orang kecam Dr Maszlee masa dia cadangkan budak sekolah belajar berenang

Gunakan Apa Yang Boleh Kita Handle

Cuma, dalam melatih Naz dalam skill tersebut, Shai tak bagi lagi Naz main game2 FPS tu, cukup dia tengok Shai main Tomb Raider, dan dia main game NES macam Pacman, Bomberman, Mario, malah game Didi, Thomas dsbg.

Sebab dia belum boleh handle lagi.

Dan itu lah kuncinya: kalau tak boleh handle, jangan main dulu

Shai tak nafikan ada yang taksub main game sampai emosinya haru, kerja/tanggungjawab terabai, mulut bercakap macam mintak dicabai, apalagi solatnya cuai.

Tu pastinya salah. Sebab apa sahaja yang sampai solat tak sempurna dosa besar satu hal, apa kita buat akan jadi tak berkat sebab dah belakangkan Allah. Noktah.

Bukan orang dewasa ja, tengok ja dari kecik dulu2 budak2 lepas sekolah lepak dekat cyber cafe, la ni budak2 main PUBG ke Fortnite dekat hp pun cukup.

Kesimpulan

Jadi balik semula ke poin solat tu lah. Tu ja.

Dan apa sahaja yang sampai terganggu poin2 tersebut, kira berdosa juga.

Tik tok bigo tak payah cakaplah (yang lagi bahaya mudaratnya), sampai ke game candy crush atau sekadar luxor dekat komputer kalau terganggu poin tu pun sama ja salahnya.

Atau mainan pistol senapang budak laki yang bersepah di kedai mainan dan pasar malam.

Jadi jangan pukul rata, apalagi salah game lepas tu lepas tangan tak rectify situasi.

Sebab yang komen berkongsi tentang anak, ahli keluarga; ibu bapa, kerabat paling tua gunakan kuasa autoriti untuk ‘haramkan’ terus apa yang melalaikan mereka. Gunakan kuasa tu sebaiknya, sebab tu kira kita buat tanggungjawab kita. Depa buat tak buat, lepas dah bahagian kita.

Jadi rasional dalam berpendapat, berbanding mengecam tanpa lihat keseluruhan pola cerita bantu kita cari penyelesaian/ilham sebaiknya. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge