Pukul Rata: Kenyataan Yang Tak Bawa Kemana

To be honest, bila kita dah penat kerja sepanjang hari mesti ada masa yang kita akan cari untuk masa sendiri kan? Tak kiralah kita kerja makan gaji ka, hustling dengan bisnes ka, mahupun surirumah sekali, masa untuk me time tu essential. Kalau tak, takkan lah dulu beberapa kali viral pasal me time untuk isteri ye dok? Kuncinya, bila korang dah penat kerja macam nak muntah, ada masa untuk legakan kepala sekejap adalah perlu. Itulah namanya hobi.

Hobi Itu Me Time

Dan Shai sendiri, dalam handle bisnes serta uruskan rumah dan anak, lambat-laun macam nak gak cari sesuatu untuk me time. Cuma tu lah, Shai ni used to be perfectionist, dengan meletakkan standard tinggi sampai nak dapatkan ‘kelulusan cuti’ sat pun akan talk myself out of it.

Tak bagus pun sebenarnya; bila korang betul2 burnout, masa cuti nak cari tune balik lebih lama dari rehat sekejap2 sebelum rehat betul2, malah nak dapatkan tune balik kerja pun lebih cepat dan mudah.

Game Sebagai Me Time Terkini Shai

Dan dalam fasa hustling ni Shai cari pelbagai medium untuk legakan sekejap kepala.

Mula-tu ada tengok runningman sambil bersenam (senak perut aku lagi2 hari abs kot), tengok movie/dokumentari, then ambil tune melukis ikut video Bob Ross sebab tema bukit, tasik, dan laut tu Shai suka, window shopping untuk masukkan barang yang ada dalam otak sebagai databs (daiso, kaison, diy hehe).

Dan last sekali, main game.

Macam painting ikut cikgu Bob Ross ni, soothing ja

Bukan game apa pun, sekadar nak relieving nostalgia balik dan tutup buku dekat game2 yang tak habis main.

Pertama kali arwah papa belikan kotak game NES, then, belikan PS1, PS2, adik pula ada PSP, selain PC. Jadi game2 dalam konsol tersebut ja yang kita main.

Bermula dengan jumpa game2 lama di online: game NES seperti Super Mario, Bomberman dsbg, sampailah game yang biasa main dalam PS1, PS2. Kita habiskan main, lepas tu lega

Hat game Galaga ni tok ayah kita suka main heh heh. Tembak lalat, rama-rama ni

Dan antara game paling melekat di hati sikit, Tomb Raider lah. Start mula main dari 1998, melekat sampai sekarang dengan hampir semua game nya, Shai main.

Sampailah dah kawin ada anak, game2 tinggalkan sekejap sebab masa tu takda duit walaupun konsol PS2 simpan elok2 (mana nak cekau beli controller, memory card, dan CD dia kot).

Tak macam la ni, boleh lah adakan sikit fulus ulang kembali mainan menggamit memori..cewah

Tambahan pula, Shai paling approve dengan trilogi Tomb Raider sedikit masa dulu, lepas diambil alih syarikat lain. Game nya tak berketak petak macam dulu, pemandangan pun lawa, nak main pun lebih intuitive dari dulu.

Dari kerketak sampai licin je kulit ko ek

Main Game Sebagai Cara Nak Beranikan Diri

Dan dalam satu trilogi tu namanya Underworld, Shai tak usik sejak pertama kali beli untuk konsol PS2 sampai lah la ni. Dekat 10 tahun kot.

Sebab apa?

Takut.

Takut tengok menatang hantu dalam tu, dan lokasi game tu Shai macam takut kacau jugaklah. I know it’s just a game, but still, masa main kita ambil feel, jadi takut tu datang lah haha

That said, tak tahu angin laut dan ilham mana mai, Shai decide nak main game tersebut. Dah tengok video walkthroughs dia untuk tahu kat mana arah dalam game ini, Shai beranikan diri nak main.

Antara lokasi yang dia p, kuil Hindu dekat Thailand pun ada

Memang takut. Lagi naik level lagi susah nak lawan menatang dalam tu (grafik pula makin realistik, gila takut kot) dalam Shai bising melatah pun, beranikan diri tembak menatang tersebut lah.

That’s it. Lepas habis game. Dah, takda apa nak takut pun rupanya.

In a way, I overcame the fear by playing the game, dan ia sebagai pengajaran untuk beranikan diri masa depan nanti.

*Klik page 2 untuk seterusnya

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge