Takda Nilai Kalau Isteri Yang Berkorban Buat Semua?

Kelihatan sedikit sebanyak kalau isteri yang lakukan semua tugas yang ada, takda nilai pun kerana ia memang sesuatu yang wajib dibuat, dah berzaman dibuat. Apa istimewanya tugas kita menguruskan rumahtangga dengan mak, nenek, moyang kita dulu?

Ideanya

Tergerak hati menulis post ini setelah baca novel tulisan Jane Hawking, isteri prof Stephen Hawking (yep, that astrophysicist). Dan membaca memoir itu pula datang dari movie lovestory (yang berdasarkan novel ini).

Novelnya, adaptasi ke movie Theory of Everything

Klik sini untuk baca review Shai tentang movie mereka. Serius sedih n sweet.

Suri rumah yang dulu ambil ijazah di Cambridge dan terpaksa korbankan masanya dengan urus 3 anak dan suaminya yang makin lama makin kurang upaya.

Tolak tepi part Cambridge tu, lebih kurang sama dengan situasi yang kebanyakan ibu dan isteri yang ada di dunia, hatta Malaysia ya?

Dan Shai baca novel tersebut, sampai 3 kali nak fahamkan jalan ceritanya.

Jane yang tahu dah keadaan suaminya lama sebelum berkahwin, dah bersedia mental dan fizikal nak handle segala macam 1001 apa yang suaminya kena buat. Dari suapkan makan, pakaikan baju sampai ke taip tesis dan jurnal.

10 tahun lebih.

Cuma tema yang sama kita perasan, dalam dia harungi urusan rumah, anak, dan kerjaya suaminya, dan still berusaha nak siapkan PhD dia, dan kurangnya support dari keluarga (sorang dok jauh, sorang tu pula macam angkuh) banyak keadaan dia cerita macam satu kebetulan.

Yang pada pandangan Shai juga ia adalah salah satu mercy dari Allah.

Balik dari convention US masa tu juga ada rumah kosong yang boleh disewakan, masa tu juga ada jiran hujung lorong boleh tolong tengokkan anak sementara hantar suaminya ke tempat kerja di Cambridge, ada kawan sekerja yang boleh tolong teman makan dan hantar balik ke rumah, ada student yang sanggup ikut dan tolong uruskan sekali bab makan mandi, malah ada orang asing out of nowhere sanggup tolong sampai ke bilik air sekali.

Ingat ya, zaman dia lalui ni masa tahun 1960-an gitu, mana ada internet nak meroyan menangis dalam support grup atau whatsapp minta tolong.

Tak tahu lah kalau kita tempat dia pun rasa bersyukur yang amat. Masa rasa sulit masa tu lah ada tunjuk jalan keluarnya.

Buat Shai terfikir, apakah benar kalau ibu/isteri selama ni dok kalut uruskan rumah (dan tambah ada kerja atau berniaga) takda nilai?

Kalau ya, kenapa mercy Allah tolong pada Jane (dan juga ibu dan isteri di luar sana) ada, dan berterusan berdekad lamanya.

Sama juga dengan kita kan? Pasti ada satu, dua, malah beberapa miracles yang Allah tolong, khusus untuk ibu/isteri.

Jadi, celah mana yang takda nilai apa yang ibu/isteri buat selama ni?

Kat mana?

Takda pun sebenarnya.

Sebab kita selama ni dibutakan dari dulu dan berterusan “yang bergaya, yang bekerjaya, yang nampak berkeyakinan” itulah yang ibu/isteri yang ideal sebenarnya.

Anything less than that, is nothing.

Bukan untuk downgrade mereka “yang bergaya, yang bekerjaya, yang nampak berkeyakinan” etc. Tapi untuk sound kepada mereka yang secara separa sedarnya menganggap ibu/isteri takda ciri-ciri sebegitu, adalah manusia kelas keempat.

Walhal, mereka tak “yang bergaya, yang bekerjaya, yang nampak berkeyakinan” sebab tak sempat, sebab nak dahulukan anak, rumah, dan suami, apatah lagi sebab duit dah habis untuk rumah dan anak.

Nak jadi “yang bergaya, yang bekerjaya, yang nampak berkeyakinan” pastinya memerlukan duit untuk start dan maintain semua tu. Siapa yang nak bagi? Siapa yang sepatutnya bagi?

That said, I’m pointing out here:

Instead kita secara separa sedar dah diprogramkan “yang bergaya, yang bekerjaya, yang nampak berkeyakinan” adalah aras mutlak untuk dicapai dan kita pandang hina mereka yang tak sebegitu;

Apa kata kita usahakan untuk dapatkan “yang bergaya, yang bekerjaya, yang nampak berkeyakinan” JIKA ITU YANG – suami, masyarakat – DIINGINKAN, melalui sponsor, share dsbg, pada masa sama tak pandang hina kepada mereka yang tak sebegitu (samada tak dapat peluang, takda rezeki, atau memang tak berminat).

Reaksi antara dua cabang ini, samada bersetuju (dan ambil tindakan) atau tak bersetuju (dan hanya sembang gebang semata).

You want to eat the cake but not the work to bake it. Rather, you just purchase it anything (anyone, more like) that looks good to you, superficially.

Terpulang. Sebab yang pasti Allah itu Adil. Dia kira semuanya.

Sebab apa yang berikan, adalah energi, vibration yang kita tunjukkan kepada Tuhan yang kita buat sekian-sekian. Jika baik, kita dapat baik, jika sebaliknya, macam tu jugalah melainkan kita bertaubat/minta ampun sebelum datang balasannya.

Barangsiapa yang melakukan suatu mudharat kepada orang lain maka Allah akan memudharatkan dengannya, dan barangsiapa yang menyusahkan maka Allah akan menyusahkan ke atasnya. (Riwayat Tirmizi)

Apa isteri kena buat tugas tu by right tak termasuk dengan apa yang diwajibkan dalam agama (melainkan dah dipersetujui bersama – cakap terang-terang satu persatu – sebelum kawin). Tapi kerana budaya dan kebiasaan, kita buat.

Dan apa yang dibuat itu juga dikira sebagai amal soleh.

Kerana budaya dan kebiasaan, kita buat. Kerana sifat kasih dan compassionate, kita buat. Sampai ke tahap belakangkan hal kita dulu, demi anak, demi ibu bapa, demi mentua, demi suami.

Yang masalahnya, bila orang bukan saja tak hargai, tapi gunakan semua tu untuk ambil kesempatan atas apa kita korbankan.

Sampai ke tahap dimaki, didera, diambil kesempatan, dikhianati.

Pastinya, nak laung lelaki semua sampah, keluarga aniaya dsbg sampai bila tak habis tanpa penyelesaiannya.

Jika mampu, kita laung pertahankan diri kita. Ambil tindakan sebaiknya. Jika tak, takda masalah. Allah ada. Allah ambil kira semuanya.

Tanya Allah apa kita perlu buat. Samada nak mereka dibalas dengan kita atau Allah sendiri yang hulurkan tanganNya. Sebab tiap satu lelah kita berikan khidmat kepada orang lain, Allah akan ganti balik samada sekarang atau di sana.

Sebab, sebaik-baik manusia adalah mereka yang bermanfaat kepada orang lain.

Kesimpulan

Post yang ditulis atas reaksi, yang dilihat macam banyak sangat buat tak baik dekat isteri/ibu yang beshe-beshe ni (yang asalnya dipandang tinggi oleh Allah sebab pengorbanannya).

Mungkin pada mereka berbaloi rasa bajet hot dan secara tak langsung melawan Tuhan bila buat begitu, melainkan terkena balik samada diri atau anak sendiri.

Moga sedarlah sebelum buat/dah terlambat, sebab Allah lindungi baik-baik these isteri/ibu dan anak mereka kot, tak kira mereka selebet mana sekalipun.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge