Review Fabulous App: Catat Amalan Harian Dan Capai Target

review app, fabulous app, app produktif, tips produktif

Korang ada rumah bersepah, berat badan susah nak turun? Serius, app Fabulous ini adalah jawapan untuk sapa-sapa yang asyik (suka?) nak bertangguh-tangguh apa yang sepatutnya dibuat. App ni bukan sekadar ingatkan kita ja; cara dia ingatkan rutin kita pun dah membantu untuk kita sentiasa ikut rutin utnuk capai apa yang kita nak.

Dan Shai dah gunakan app ni sejak masa ada lenovo, sampai ke ipong sekarang ni. That’s how good this app is.

Tentang Fabulous App

App ini direka untuk bantu kita ikuti rutin yang kita set dengan tetap tapi dengan twistnya, display dan interface ini direka untuk tarik perhatian kita: warna yang terang, ikon comel, dan ausio yang soothing, macam ala-ala spa gitu.

App ini menggunakan prinsip yang sama dalam psikologi (Pavlov experiment namanya), dengan menggunakan cue/signal tertentu untuk kita otomatik follow rutin yang kita dah set. Dan dengan bantuan app ini, ia bantu kita buat rutin tersebut berulang-ulang sampai kita dah terbiasa dan melekat buat. πŸ˜€

Bagus kan?

Dan dalam app ini apa sahaja rutin yang kita nak fokus, dia ada (kalau takda boleh je buat sendiri punya. Macam Shai buat rutin homeschool, solat sunat etc).

Rutin-rutin yang disediakan dalam app juga ada termasuk dalam goal jangka panjang yang tertentu, yang dinamakan Journey. Contohnya Journey seperti Sleep better, Lose weight, dsbg.

Contoh Journey yang ada (kiri), rutin yang disediakan dengan sub-rutin yang ada (tengah dan kanan). Sumber: https://www.macobserver.com/

Bottom line, korang yang tentukan target korang nak capai (dan pukul berapa, berapa lama nak buat dan kekerapan nak buat) dan ada rutin/journey yang disediakan.

Review Shai menggunakan Fabulous App, Berbaloi?

10/10.

Shai gunakan app ini untuk mudahkan kerja, sebab dia dah set rutin jadi tak perlu nak bazir masa memikir nak buat apa. Dah set alarm dia akan trigger, dan Shai terus start buat tak payah fikir apa-apa.

Lagi-lagi pagi lepas hantar Naz ke sekolah balik tu blur kejap, masa tu melalut tengok youtube lah, insta lah sampai kerja tak jalan. Lepas tu frust. Lepas tu esok buat balik.

Nampak tak pattern orang procrastinate ni XD

Termasuk juga apa sahaja rutin yang kita tak teringat bila dah sibuk, app ini membantu untuk kita on track dengan ingatkan rutin tersebut. Contohnya homeschooling Naz lepas sekolah, kadang-kadang terlupa kita pulak frust, anak seronok lah asyik main ja hehe..

fabulous app, morning routine, produktif, productive
Rutin pagi Shai. Dari sarapan sampai ke buka planner tengok kerja apa. Timing alarm tu boleh set sendiri

Dan untuk Shai personally, selain untuk orang yang asyik bertangguh, Shai amat rekomen app ini untuk mereka yang alami masalah tekanan, anxiety, depression untuk bangun dah bergerak; kurang2 alarm dia pun dah soothing macam nak encourage/memujuk, untuk bagi badan kita terbiasa dengan rutin – Shai fikir app ini membantu untuk therapist korang check juga apa korang buat di rumah. πŸ˜€

Tip Penggunaan App Ini

Ya, tip Shai nak share untuk korang nak set rutin ialah mulakan dengan paling simple, paling utama, dan tak lebih 3,4 ja.

Buat banyak-banyak nanti korang penat pula. Mula sikit-sikit dulu, dah biasa baru tambah; atau mulakan terus dengan Journey yang disediakan (atau app yang cadangkan) untuk dia guide setiap rutin.

Harganya?

Pastinya, walaupun menggunakan yang versi percuma pun dah cukup bagus untuk keep track rutin kita. Set rutin boleh set sampai 4 setiap hari (pagi, tengah hari, malam, dan ekstra contohnya), dan dalam set tersebut boleh letak berapa banyak rutin yang korang nak kena buat.

Dan set rutin ini korang tetapkan alarm dan hari apa nak buat. Contohnya Shai punya rutin untuk kerja, set untuk 5 hari ja lah. Tapi rutin pagi dan malam setiap hari dibuat. πŸ˜€

Haruslah, kalau korang nak upgrade dan beli yang pelan bulanan pun boleh ja; yang berbayar lebih banyak set rutin, lebih komprehensif dengan audio/gambar yang menarik. Harga pelan sebulan untuk iOs punya RM197.90 setahun, iaitu RM16 sebulan. Untuk korang yang perlukan lebih banyak rutin dan lebih spesifik, pasti boleh membantu.

Link download di sini: iOS, dan Android.

Serius, ni review Shai gunakan app ni sejak lenovo tahun 2014, sampai iPhone tahun 2019. Ko rase tak berguna ke?

Disclaimer: review ini Shai buat sendiri, lepas dah beberapa lama menggunakannya.

Sumber: 1,2

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge