Bagaimana Tekanan Menyebabkan Gastrik Dan GERD

gastrik, gerd, punca gastrik, pedih perut, sebu, tekanan,


Baru tahu, selain pemakanan, tekanan menyebabkan gastrik dan GERD datang juga tau. Tau pun sebab anak bergusti dekat perut maknya.

Asalnya Shai ingat dah habis dah isu gastrik yang dialami dan tak datang sejak lama, tak sangka beberapa hari kebelakangan ini datang juga serba sedikit simptom gastrik seperti perut cepat panas dan angin naik ke kepala. Bila check2 baru-baru ini, rupanya tekanan dari luar juga boleh menyebabkan gastrik.

Perhatian dulu ya: yang Shai maksudkan yang isu gastrik dah habis tu, maksudnya Shai rawat ikut pemakanan (natural treatment gitu) dan juga tips alami lain agar gastrik tak datang balik.

Kuman gastrik dah lama bermastautin dalam sistem penghadaman kita pun, it’s just sebab pemakanan kita yang tak berapa betul, yang menyebabkan kuman gastrik membiak dan bermaharajalela dalam perut tu, sudahnya kita yang pening2, pedih dan sebu. -.-

Macam ni lah kalau datang gastrik. Terbakar panas rasanya woo..

Klik sini untuk penawar segera bila gastrik/GERD korang datang

Okeh, balik kepada topik tentang tekanan menyebabkan gastrik dan GERD ni (Shai longgok sekali sebab ia dalam terma umbrella yang sama, seperti juga dengan isu heartburn), Shai dapat tahu yang tekanan dari luar juga boleh memburukkan lagi keadaan gastrik yang dialami.

Nak tau apa dia?

Anak bergusti dekat perut. Halahhhhh….

Punca Tekanan Yang Berlaku Di Perut, Menyebabkan Gastrik Dan GERD

Dari asas, faktor tekanan yang berlaku dekat perut ni (yang buat kita alami simptom gastrik) boleh berlaku ja even kepada yang tak pernah2 alami gastrik, apatah lagi yang dah kena gastrik dan/atau GERD, di mana isu asid berlebihan dihasilkan oleh kuman gastrik dan juga lemahnya otot atas perut (LES: Lower Esophageal Sphincter) yang menyebabkan asid berlebihan tersebut naik ke saluran atas.

LES kalau dah lemah, lagi mudah asid perut nak terlepas naik atas. Sumber: https://medlineplus.gov/

Macam dalam plastik ada air, kalau kita genggam bahagian bawah tu air akan terkeluar dari plastik tu kan, macam tu juga lebih kurang analogi asid perut tu.

Dan faktor tekanan dekat perut yang menyebabkan korang alami tu antaranya:

Makanan yang tak dihadam/dicernakan dengan sempurna berlaku disebabkan kandungan asid yang tak seimbang dalam perut kita, yang biasanya sekali dengan sendawa (yang over tu), pedih ulu hati, dan juga perut sebu. Selalunya kalau p klinik doktor akan bagi ubat ranitidine tu.

Sumber: www.doctoroncall.com.my

Boleh juga kalau pressure tu ada disebabkan dalam usus korang masih ada bahan buangan yang belum keluar lagi. Kalau tak keluar2 disebabkan sembelit, memang seksa lah sikit.

Malah juga faktor tekanan berupa mekanikal, seperti baju ketat dekat bahagian pinggang tu (samada tali pinggang ka, getah seluar ka, mahupun bengkung/korset sekali), postur duduk/tidur yang tak betul sampai penyek menekan bahagian perut tu, melakukan rutin situps (lagi2 kalau korang yang alami isu gastrik yang masih belum selesai lagi), malah faktor obesiti juga boleh menjadi punca di mana lemak yang salut organ tu pun penyek dekat saluran LES tu.

Apatah lagi untuk yang mengandung dan juga korang alami isu gastrik/GERD, lagi lah anak dok penyek saluran perut tu (khususnya yang dah trimester akhir).

Jadi Apa Yang Perlu Saya Buat Untuk Masalah Ini?

Jika tekanan menjadi faktor kepada simptom gastrik/GERD yang dialami, solusinya adalah undo faktor-faktor tersebut agar asid perut yang berlebihan tu takda peluang nak naik ke saluran atas.

Begitu juga dengan korang yang tak pernah alami gastrik, elakkan faktor-faktor sebegini agar korang pun tak terkena macam kitaorang ni. Sakit woo..

Korang boleh mulakan (tak kiralah korang ada gastrik/GERD atau tak)

  • Pakai pakaian yang lebih longgar serta elakkan item pakaian yang akan letakkan tekanan dekat bahagian abdomen tu. Yang perempuan dengan baju/seluar ketat mahupun bengkung/body shaper, yang lelaki pula dengan seluar ketat, tali pinggang, mahupun body shaper tu (ingat laki punya takda ka), buat sementara waktu
  • Amalkan postur yang betul, iaitu duduk dengan tegak dan tidur pula sementara waktu alas dengan bantal ekstra agar asid perut berlebihan tak naik ke atas
Postur duduk yang betul. Sumber: https://www.washington.edu/
  • Amalkan pemakanan sedikit tapi kerap, untuk kurangkan pressure dekat perut sekejap
  • Skip dulu senaman yang korang kena bengkong bend bahagian abdomen seperti situps, bridges, obliques, buat lah senaman lain yang boleh juga kuatkan bahagian core tanpa penyek perut tu
  • Kalau ada anak kecil, jangan lah bagi diaorang bergusti melompat atas perut korang. Azab

Ceritanya Shai Terkena Semula Gastrik

Tu lah yang Shai kena. Elok2 isu gastrik takda datang dah (syukur alhamdulillah) lepas amalkan tips alami berterusan, datang pula gastrik sekejap2, yang disebabkan faktor luaran ni.

Mana taknya, anak ambil lajak lepas tu lompat terjun atas kita, senak perut aku. -.-

Dah kena pantang balik sikit2 -.-. Mujur lah Shai jaga makan dah sekarang ni sejak terkena gastrik buat pertama kali, jadi taklah teruk sampai migraine muntah ke apa.

Klik sini post 5 makanan yang boleh korang amalkan ketika dalam gastrik/GERD

Still, tak nak lah bagi dia melarat, apatah lagi mintak jauh lah jangan kena sampai masuk hospital. Bukan murah bilnya kot.

gastrik, bil hospital, kesihatan, pemakanan
RM10k beb

Semoga membantu post ini ya, memang terbukti tekanan menyebabkan gastrik dan GERD dekat kita. Pakat2 share dekat fb ke wassap ke, kalau korang ke atau tau sapa2 yang ada gastrik/GERD ni 😀

Sumber: 1,2, pengalaman sendiri

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge