Bagaimana Untuk Produktif Tapi Asyik Bertangguh

produktif, asyik bertangguh, procrastinating, kerja bertangguh

Pelik kan, bagaimana kita boleh jadi produktif tapi asyik bertangguh juga pada masa sama?

Untuk mereka yang banyak urusan atau sentiasa rushing dalam kerja seharian, ada masa kita jadi produktif dan banyak kerja boleh diselesaikan, ada masanya tidak macam nak minta cuti segera sebulan tak nak fikir. Haha kalaulah boleh begitu. Bukan apa, isu bertangguh atau dalam bahasa inggerisnya procrastinate adalah isu yang biasa berlaku, dan ada sebabnya.

Punca Kita Bertangguh

Isu dengan suka bertangguh ni bukan sekadar nak mengelak saja-saja juga; terdapat satu trigger emosi bila samada kita tak suka dengan tugas tersebut, atau letak standard terlalu tinggi sampai akhirnya kita pula rasa macam terbeban (overwhelmed) pula.

Ah, sudah.

Dan pastinya lain punca yang membuatkan kita bertangguh lain juga penyelesaiannya untuk kita bersemangat buat kerja semula.

http://www.developgoodhabits.com/

Jadi penyelesaiannya:

Bagaimana Untuk Produktif Tapi Asyik Bertangguh

Kalau Rasa Terbeban Kerana Tugas Tu Besar Sangat

Rasa takut itu pasti, di mana kita rasa macam kita tak layak nak handle tugas tersebut (ada ke orang konpiden rasa overhwelmed sebegitu hehe) jadi paling2 mudah ialah pecahkan tugas tersebut kepada yang lebih kecil (ikut kesesuaian samada nak pecah 10 ka, lima ka, dua ka) dan fokus hat yang kecik tu ja.

Nanti dapat momentum dan mood, boleh sambung tugas kecil yang lain. Mana tahu boleh semangat sampai habis kesemua tugas besar tu kan. Yeay!

Untuk Mereka Yang Tak Boleh Tangguhkan Keseronokan (Asyik Nak Main/Enjoy Je)

Yang ni biasanya impulsif (macam sekejap2 nak makan itu lah, beli ini lah tanpa memikir dulu) jadi cara terbaik adalah โ€˜jinakkanโ€™ sedikit rasa impulsif tu dengan pecahkan juga tugasan yang besar kepada yang lebih kecil, dan selitkan reward tu dalam tugasan satu dua yang kecil. Boleh juga gunakan teknik Pomodoro untuk kesan yang sama, habis satu sesi masa fokus dengan tugas, rilek sekejap.

Bolehlah nak check insta ke, sambung cerita korea ke hehe.. yang penting disiplinkan serba sedikit untuk selesaikan tugas/tanggungjawab dulu. ๐Ÿ˜€

https://datlittleblog.wordpress.com/

Untuk Mereka Yang Susah Nak Fokus

Biasanya orang yang alami masalah ini adalah yang jenis sentiasa berfikir (Shai kena selalu ni) maka kena tutup ketepikan dulu apa sahaja yang buat mereka susah fokus, termasuklah browser, hp (silent terus), atau kalau perlu, pakai headphone/earphone sebagai satu signal untuk orang jangan ganggu melainkan ada perkara penting.

Dan juga sekiranya ada apa-apa idea atau baru terfikir suatu tugas yang perlu dibuat nanti, catatkan siap-siap di buku nota/note app di hp untuk ingat semula, setelah siap kerja yang perlu dilakukan.

Chances are, kadang-kadang kita terfikir kena buat itu ini memerlukan tindakan segera walhal tak pun; cukup sekadar menulis agar kita boleh ingat semula nanti tugas tersebut dan cara ini sedikit sebanyak menenangkan minda kita yag kita take note kepada tugas yang baru teringat tu. ๐Ÿ˜€

Kadang-kadang tugas yang kita dok terfikir tu pun boleh je bagi orang lain setelkan, atau dia setel sendiri; tak perlu pressure fikir hanya kita yang perlu siapkan tugas tersebut. ๐Ÿ˜‰

Kalau Memang Saya Tak Boleh Buat Kerja, Macam Mana?

Ni kemungkinan besar simptom korang dah burnout. Dan jika begitu memang tak boleh buat apa melainkan untuk hentikan sekejap rutin dan rehat sepenuhnya, luar dan dalam. Ada beberapa langkah yang boleh dibuat sekiranya korang rasa alami burnout, contohnya:

  • Tutup henpon dan segala mak nenek gajet dan lepak di taman/air terjun. Suasana tempat ini akan โ€˜groundedโ€™ korang punya minda serta membantu mengembalikan fokus dan semangat semula.
  • Rehat dan tengok sesuatu yang inspirasi seperti TED Talks, video motivasi, malah movie yang cerita kepada motivasi (Klik sini untuk review movie inspirasi yang Shai amat rekomen korang tengok)
  • Kemas rumah yang kalau boleh overhaul satu rumah untuk buang apa sahaja clutter yang ada untuk lapangkan fikiran, serta tubuh bersemangat dengan aktiviti ini. Lakukan benda yang sama dekat opis korang. Psst..gunakan teknik KonMari yang tengah trending dekat netflix tu ๐Ÿ˜›

Chup: burnout yang dimaksudkan ni jenis mild to moderate ya. Kalau yang ada simptom teruk atau terlalu berpanjangan, pergi cepat2 kaunselor untuk dia point out apa yang tak kena. Kalau tak lagi lambat kerja tu bertangguh.

Sumber: http://socialworkcoaching.com/signs-of-burnout/

Kesimpulan

Rasa nak bertangguh kerja tu normal lah tu dan langkah-langkah yang dikongsikan pasti akan membantu. I know lah sebab Shai sendiri chronic procrastinator -.-

Tak bangga pun wehh: kerja bertangguh lepas tu panik lepas tu menyesal lepas tu janji tak nak ulang lagi lepas tu langgar lagi sekali, ingat best ke. Rasa frust lagi adalah.

Sebab yang bertangguh ni biasanya dia perfectionist, jadi standard tinggi sangat dan kena semuanya sempurna baru nak gerak, walhal in reality i’s not always that way, kena accepting lah sikit yang dunia ni ada ujian/cabaran dan tak sempurna.

Nak sempurna, syurga tuh ada. ๐Ÿ˜€

That said, once kita2 yang kerap bertangguh ni boleh lawan balik, hasil kerjanya lebih banyak dan berkualiti sebab dia push kerjanya sampai jadi sesempurna mungkin. ๐Ÿ˜‰

Slay giteww

Pakat-pakat share kalau korang atau ada member yang jenis suka bertangguh ni. ๐Ÿ˜›

Sumber: 1,2,3, pengalaman sendiri -.-

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge