Asam Garam Berniaga Online

berniaga online, beli online

Masuk tahun 2019 ada dekat 6 tahun juga berniaga online. Banyak pengalaman yang dikutip, manis dan kurang manis tu haruslah. Asam garam berniaga online kan, dan kedua-dua pengalaman manis dan yang kurang manis itu yang buat kita berpengalaman dalam aspek perniagaan ini.

Well-seasoned orang kata.

Sebab nak berniaga yang dikata 9/10 dari perniagaan, cabarannya pun level takat tu jugalah kan? πŸ˜€

Pengalaman Berniaga Online

Dalam pengalaman berniaga online ni termasuk jugalah ilmu-ilmu yang dikutip yang sama sekali tak sama dengan apa yang belajar di sekolah.

Ilmu nak berniaga ini sifatnya dinamik, sentiasa berubah-ubah ikut overall market dan trend pengguna dan kemudian nak sesuaikan ikut strategi/rancangan bisnes kita. Ada yang target besar sampai masuk IPO, ada yang fikir cukup nak fokus kawasan terdekat, asal lepas belanja rumah.

Tak salah pun sebab semuanya atas diri kita nak decide macam mana. Yang penting kita teruskan belajar dan upgrade perniagaan kita, pada masa sama buku catatan kita dijaga baik-baik.

Dalam hidup ia benda yang asas, cuma dalam perniagaan tu ia aspek yang ditekankan sebab kesannya semacam cepat datang balik.

Mungkin tu asbab rezeki dari perniagaan nilainya 9/1: bigger rewards means bigger sacrifice and bigger the effect in your life. πŸ˜‰

Kalau tak masakan banyak sharing post-post berkaitan zikir atau amalan sunat tertentu untuk menjemput rezeki yang biasanya orang bisnes share? Sebab benda-benda gini lah, nak jaga buku amalan kita (kedua-dua hablun minnallah, hablun minannas).

Supaya kurang-kurang tak banyak rezeki dapat dari perniagaan tu, ia berkat.

Dan bagi Shai sendiri, dari kecik ada talent sedikit cari duit sendiri. Shai lukis komik dan jual dekat kawan-kawan yang minat. Adalah beli buku RM0.80, jual balik RM1.20 (haiyoo..apa punya pricing aku letak), lepas tu kena stop dengan arwah papa sebab nak UPSR. Sempatlah jual 4 buku hehehe..

5A. Lulusan PTS lagi, yang skip darjah 3 ke 5. Ehem.. ^^v

Secara tak langsung bila reflect balik, Shai dapati pesen berniaga Shai lebih kepada one-to-one. Iaitu dalam bentuk kalau orang nak tanya apa-apa permasalahan, Shai boleh tolong.

Dulu biasa pun begitu, menurun dari mama yang kalau kita sakit ke apa tanya kena makan apa, ada je remedy yang disuruh ambil. πŸ˜› dan secara tak langsung, Shai memang minat dalam bidang health & beauty ini, dah lama dah dalam bidang ni pun masa berbisnes secara freelance writer dan kemudiannya tambah pula dengan bisnes shaklee.

So, I know my stuff. πŸ˜€

Pengalaman Baik

Naturally dalam bisnes Shaklee ini juga, Shai study dengan produk yang ada, jurnal kesihatan yang digunakan etc, siap guna sendiri nak test dulu dan dari waktu tu (malah sampai hari ini) Shai berpuas hati.

Lepas tu baru berani nak jual dekat orang lain kalau ada yang nak (yang memang orang nak pun, alhamdulillah). Sedikit sebanyak Shai rasa bertanggungjawab juga bila nak konsultasi kalau apa-apa jadi kan naya aku kena tanggungjawab kot. XD

Dan alhamdulillah ia terbukti dengan feedback dari servis yang Shai berikan, tak kira dari shaklee mahupun freelance writer ni, Shai akan bagi lebih dari apa yang korang bayar. Bukan apa, kadang-kadang benda nak bagi tu berkaitan antara satu sama lain jadi alang-alang bagi je lah terus haha.

Dan ini antara feedback yang dapat saja Shai nak share. Terharu pun ada jugak hehe..

Termasuk jugalah feedback/testimoni dari Ebook Atkins untuk Ibu Menyusu (Finale) dan juga Panduan Gastrik. πŸ˜€

Pengalaman Kureng

Haruslah, macam Shai cakap tadi ada pengalaman yang manis, ada jugak yang kurang manis. Dulu Shai admit, first time kena memang sedih jugak lah. Cara Shai bagi cadangan/konsultasi dll yang berkait sama ja seperti sekarang ini (cuma lebih refine orang kata) tapi lepas dah berapa tahun berniaga, tak sesedih macam dulu.

Berniaga ni buat kita berjumpa ramai orang (dengan online, lagi lah exponential dan lagi cut off, sebab tak berdepan-depan) jadi macam-macam peel yang kita jumpa juga.

Senyap lepas follow up dan dimaklumkan harga itu sudah pasti, yang aneh tu dah letak harga di post sebelum itu pun senyap juga, walaupun by right dia maklum dengan harga item tersebut. Jadi tak tahu apa tujuan dia mesej pada awalnya, lepas tu senyap terus pula..

Ada yang tanya kita macam-macam dekat 2,3 hari dan sampai ke lewat malam tapi last-last beli dekat kawan yang jual lebih murah (ni biasa berlaku). Lepas tu tak jadi, tanya kita semula, atau memang nak kita yang konsultasi pula.

Ada yang expect reply kena dalam sela 2 saat lepas dia tanya, kalau tak dia mesej bertubi-tubi.

Ada yang tanya kita macam kita yang Google pula alahai…

Ada pula yang gatai submit form untuk dapatkan item walhal terang jelas bersuluh kena buat pembayaran dulu baru submit form. Submit form aja tak otomatik dapat item tersebut ye sayang, team Shai akan semak satu-persatu pembayaran dulu.

Serta banyak lagi, yang biasa berlaku dekat seller-seller di luar sana. Shai ni kira amateur lagi ni; ada yang sampai jadi zombie kena hadap peel macam tu.

*Bukan untuk salahkan pembeli semata ja sebab Shai juga pembeli online. Semua seller pasti jadi pembeli online tapi bukan semua pembeli adalah seller online kan?

Jadi pembeli tak tahu juga perkara sebegini berlaku dan dianggap besar juga (nak-nak yang menjual tu dalam keadaan terdesak dan pertama kali beli online, kita tak tahu).

Yang buat macam ni, hentikan ya.

Tak elok dibuat, lagi-lagi kalau kita tak suka diperlakukan macam tu jugak nanti. Yang kebanyakan berniaga online ni mereka nak tambah duit belanja dsbg, sebaiknya janganlah buang masa mereka semudah gitu ja tapi duit tak masuk pula.

Sekadar bertimbang rasa pun memadai sebenarnya. πŸ˜‰

Shai dah kena sebegitu dulu, cukuplah. Kalau nak tanya harga/butiran boleh maklumkan siap-siap agar penjual boleh expect apa yang perlu. Lepas tu decide nak beli atau tangguh dulu. Kalau tanya panjang melata tapi beli pun dekat orang lain sebab fikir lebih murah/ahli keluarga sendiri kesian pula seller tu.

Apatah lagi, tak adil kepada yang telah membeli dari Shai, dapat amaun/attention dalam konsultasi sama seperti yang tak buat apa2 belian/pembayaran lagi.

Kita tak buat macam tu pun dekat doktor di klinik kan?

Okeh, jom ramai-ramai jadi pembeli penjual berhemah lepas ni. Nak bershopping pun rasa happy. πŸ˜€

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge