Kecam, Komen, Dan Kritik

Orang kita kalau tak kecam, komen, dan kritik tak sah juga kan. Kalau tak masakan ada hashtag #jangankecam pun boleh ada dalam kebanyakan komen?

Tempoh hari ada video tentang seorang adik yang fasih berbahasa inggeris sewaktu ditemuramah dalam kelasnya. Takda isu dengan budak comey tu, cuma dari kefasihan dia speaking English tu teringat pula waktu kita kecik speaking sebegitu.

Mana taknya, dari kecik tengok kartun pun yang English (particularly from American instead of British) jadi bahasa pun bunyi ikut negara sana juga. Lagi-lagi kanak-kanak ni otak dia macam span, cepat meniru, cepat mengajuk ikut suasana sekelilingnya.

tengok juga Doraemon, Usop Sontorian, Flashman, dan Ultraman tapi bukan ini poin nya 😀

Dalam komen pasal budak tu pastinya disamping yang memuji, ada ja yang negatif. Cuma tu lah, teringat kita yang bila berbahasa begitu pun pernah diejek dikecam sebegitu..

Bila kita speaking dikata action, excited beli buku Harry Potter yang no.5 yang maha tebal tu dikata macam buku tafsir al-Quran. Pakai kasut sneakers yang tapak tebal dikata kasut baling anjing..

Serius ah weii.. tak rasa perbuatan sebegitu toksik ke.

Sakit. Nak2 tu waktu kita alami dari kecik sehingga waktu sekolah. Bila kecik, when you’re proud of something and you want to show only to be stopped and ridiculed lagi-lagi dari yang dewasa, lagi-lagi dari yang dekat dengan kita, masa tu kita terfikir kenapa mesti ejek dan sudahnya jadi pasif tak nak tunjuk apa-apa.

Habis potensi budak tu tersekat dan dia tak nak keluarkan sebab dikecam.

Orang yang kecam, komen, dan kritik puas hati dia lah dapat lepaskan dalam hati dia. Yang orang yang terkena tu macam mana? Dan kalau kritikan dari orang luar, dan keluarga terdekat yang memujuk menaikkan potensi pasti takda apa sangat.

Kalau dari keluarga sendiri pun kecam, komen, dan kritik?

Potensi tersekat dan terhenti. Sedikit sebanyak keluarga (malah sampai ke tahap negara) pun rugi.

Tu kita tak ke mana sangat. Sebab ada ja yang mengecam. Mendabik dada komen berbicara itu ini dengan mindset “sepatutnya…sepatutnya…”

Sebenarnya, ego. Terasa. Mungkin dari kecil pun biasa kena kecam, komen, dan kritik, jadi teringin nak dapatkan benda-benda yang dia kecam tu tapi dia fikir tak dapat, dah terlambat.

Sudahnya marah dengan pengalaman sebegitu. Dia kecam pula dekat orang lain.

Sampai bila nak habis kitaran sebegitu?

Untuk mereka yang terkena

Untuk mereka yang terkena sebegini ketika teruja nak tunjuk kelebihan diri, takda perkataan lebih klise dari “abaikan”.

Serius, abaikan dengan memahami yang mereka mengecam, somehow teringin juga nak dapat benda yang sama jika diberikan rezeki/peluang.

Kalau dia tak nak benda sebegitu takkan dia nak kecam, sebab dia tak terasa.

Pada masa sama yang kecam, komen, dan kritik (sendiri atau sesama dengan orang lain yang sepesen). Udah-udahlah tu.

Dapat puas hati sekejap tu ja, tapi kesan kepada yang kena kecam tu, pahala dekat dia. Lepas habis kecam kritik hari ni, esok berapa orang lagi nak dibuat macam tu baru puas hati?

Bak kata pepatah Inggeris, misery loves company, ek?

Percayalah, orang yang kecam, komen, dan kritik dekat sapa-sapa tak kira di luar mahupun di media sosial, takdanya dia berbicara dengan penuh positif dan ilmiah hikmah untuk menaikkan potensi dekat anak, pasangan, kerabat keluarganya, mahpun jiran tetangganya.

Apa yang dikata dikomen sepintas lalu tu biasanya dari minda separa sedar dia juga.

Alah..aku biasa kena dari kecik takda apa pun.

Sungguh ni? Bayangkan lah dulu kalau bila kau dah tua-tua ni balik kampung atau masuk kerja dan kau ada berita gembira yang excited nak share, orang sekeliling dok buat derk apalagi anggap benda tu remeh gila (walaupun pada kau, ia sesuatu yang besar) siap kata “eleh mudah ja tu..kita pun boleh je buat”

Sakit tak? Kena kat kau masa kecik macam tu pun sama sakitnya. Tiada siapa yang suka. Cuma waktu dulu takda pendedahan sebegini impak pada psikologi diri, jadi kita hadap dan telan je lah anggap ia takda apa.

Kalau bayangkan pun rasa sakit, kalau kena betul-betul lagi lah sakit kan?Minta jauhlah. Sebab tiada siapa yang suka.

For the record

Ni sekadar tulisan, untuk beritahu selitan perangai/budaya yang sebegini tak harus diteruskan lagi. Sebab tu Shai menulis banyak dalam bentuk soalan.

Nak sama-sama stop toxic cycle sebegini.

Ya, pengalaman peribadi juga. Tapi Shai terkena sebegitu masa kecik, takkan nak buat macam tu dekat orang lain, apalagi anak sendiri. Sampai bila nak habis macam tu just because kita laluinya dengan perit. Dosa kita tetap dikira kot.

Kecam, komen, dan kritik yang dimaksudkan di sini adalah yang tak berkait dengan isu penting (agama, negara, malah keluarga dsbg), tapi sesuatu yang tak lebih dari kata-kata tak membina.

You get the idea; yang perempuan membawang, yang lelaki sembang, yang terkena rasa dia buruk dialah malang.

Nabi pun kata, kalau takda baik atau berguna untuk dikata, diam.

Boleh baca lanjut pembuktian dan kesan kata-kata negatif terhadap orang di sini, sini.

#jangankecam #takkisahpunsebabkenastopkitarantoksiknikesiankatanakkitajuga #takpenatkekecammengecamni

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge