Pengalaman Orientasi Sekolah PPKI Untuk Naz

sekolah PPKI, sekolah integrasi, autism, sekolah rendah, orientasi

Pertama kali ada pengalaman orientasi sekolah untuk anak. Berdebar juga sebab tak tahu nak bawa apa, melainkan mesej whatsapp yang cikgu penyelia ppki sekolah hantar, hanya anak perlu pakai baju seragam sekolah ja. Dan dokumen/keperluan lain akan dibuat selepas itu.

Haruslah, kita yang planner addict ni, planner harian tetap dibawa untuk standby catat nota. πŸ˜‰

Take note ya, prosedur orientasi sekolah mungkin tak sama ikut sekolah masing-masing; harapnya post ini boleh bagi gambaran pada korang untuk dapatkan idea what to expect. Lagi-lagi kalau anak sulung hehehe..

Hari Orientasi Sekolah

Hari orientasi tersebut diadakan pada 28/12/18 hari tu, dna bermula pukul 8 pagi. Ah sudah jugaklah sebab Naz bangun lambat (gatal sangat tidur lambat) tapi tu lah, nasib dia lah kalau macam tu. Kurang-kurang hari tu ummi dia bangun terlalu awal boleh lah duduk sat sementara nak siapkan dia.

Ke ummi dia yang terlebih excited sampai bangun awal? XD

Apa-apa pun, kitaorang sampai disekolah tanpa kelam-kabut, lancar perjalanan dan vibe pun semangat happy2, alhamdulillah. πŸ˜€

Hari orientasi bermula dengan pendaftaran dengan yang aliran perdana diorang semak nama anak dekat senarai, manakala yang PPKI ada kaunter khas dia. Dan juga penyediaan dokumen untuk di isi (refer tajuk seterusnya) yang kalau boleh hari tu jugak setelkan lah. Kalau tak, masa hari pertama sekolah pun boleh ja.

Masa taklimat permulaan dengan ucapan guru besar, cikgu HEM dsbg, ada lepas tu murid semua kena beratur ikut kelas/program depa. Naz being a bit extravert, suka lah ramai-ramai ni boleh buat kawan. Masa depa kena pergi kelas masing-masing, cikgu pimpin tangan Naz while the parents sambung dengar taklimat.

Naz pelik tengok kenapa cikgu pegang tangan dia tapi kita buat gaya takda apa, just cakap β€œgo, go dengan cikgu sat. Don’t worry”. Tak boleh lah muka cuak sebab nanti Naz panik.

View this post on Instagram

That’s me going to class with a teacher during orientation session yesterday. The parents need to go on the other section for briefing and naz just look at me questioning like what’s going on? I just nonchalantly said just go for a while, don’t worry to avoid him going panic mode. He’s about to cry when I met him an hour or so afterwards like saying why i leave him like that. Even taking my hand and holding it to his cheeks like a comfort gesture. I told him not to worry as this is the place for him to learn, to count, and make friends. No big deal here. He just being quiet silently πŸ˜… Ummi not going to be next to you (physically) all the time. But you know I’m always hovering over you from a safe distance, catching you and guiding you (and cubit you) if needed, so you can be independent and learn to survive on your own. πŸ₯°πŸ₯° The comfort, safe haven that you need is always here. But you got a world to conquer.

A post shared by Naz Ryan (@lifeofnazryan) on

Dah lah masa taklimat cikgu peringat jangan risau sangat, cikgu2 orang lama boleh handle budak2. Terasa woo XD Bukan apa, cuma tak nak susahkan unnecessarily cikgu2 ja. πŸ˜›

Lepas habis taklimat tu cari dia kat kelas sat dan Naz cam takut2 tarik tangan kita. Sebik sampai menitik air mata cam nak marah kenapa tinggal dia sorang-sorang. Umminya pujuk ja lah takda apa, yang ni school kita coloring, campur tolak sini.

Dia dekat taklimat dengan aura sekolah habis dia recite lima campur dua berapa, tujuh tolak tiga tinggal berapa aiyoo.. XD

Lepas tu ada serba sedikit sesi kenal mengenal dengan cikgu-cikgu. Lepas tu balik ja πŸ˜€

Dokumen Yang Perlu Di Isi

Cikgu sediakan beberapa dokumen untuk diisi antaranya (Shai tulis ikut nama setiap dokumen yang ada):

  • Senarai dokumen/keperluan untuk ditanda, cikgu sediakan untuk kita πŸ˜€
  • Kad hijau Perkhidmatan Pergigian (sama ja kad tu dengan apa Shai dapat masa sekolah rendah)
  • Surat kebenaran untuk rawatan pergigian
  • Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi
  • Borang elaun murid bekeperluan khas (EMK)
  • Buku dokumen pendaftaran murid berkeperluan khas (kena tampal IC ibu bapa, IC anak, Kad OKU, even slip keputusan peperiksaan depa sekali)
  • Senarai semak bayaran: pembayaran untuk fail peribadi murid, tag nama, dsbg

Persediaan Ke Sekolah

Untuk persediaan tambahan (rujuk post persediaan ke sekolah di sini), untuk Naz yang masih takda lagi kemahiran urus duit (dia tau duit tu buat beli hot wheels ja -.-). Shai rekomen sediakan bekal yang cukup untuk anak siap sudu etc untuk senangkan kerja cikgu. Masa kat rumah pun praktis dengan bekas tupperware makanan etc, jadi masa kat sekolah dia pandai handle sendiri.

Sama dengan ke tandas, Shai stop kat toilet sekolah sebelum balik, tunjuk kat dia satu persatu nak buang air macam mana, step by step. At least bagi dia familiar dulu nanti senang. πŸ˜€

Maybe it’s best untuk tulis siap-siap sekali keyword apa-apa untuk diberikan pada cikgu. Sebab lain family biasa lain cue words dia Shai rasa. Cam nak membuang Naz panggil uk uk jadi bila cikgu tahu senang nak handle.

Kesimpulan

Semoga membantu post ini ya. Kalau ada nak tanya atau nak share idea, komen di post ini ya. πŸ˜€ Boleh kita tukar2 pengalaman.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

  1. macam2 experience tgk kat FB, mak2 yang anak baru mula sekolah..mesti nebes,kan..selalunya mak yg terlebih nebes..it’s normal kot..feeling mak2 kan..

    1. Hehe dari masa pendaftaran online dah nervous. Smpi cikgu kt sekolah tanya ni anak sulung ke?🀣🀣

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge