Minta maaf

mommylotte, kifarah, hablun minannallah, hablun minannas

Post peribadi, berkaitan dengan kawan yang ada meluahkan tempoh hari.

Asalnya takda apa sangat melainkan baik-baik ja (sikit-sikit ada masalah tu normal lah tu), cuma takda angin takda ribut, dia datang meluahkan masalahnya, spesifiknya perniagaan yang sedang ada isu.

Isu yang berat, sebab dari elok bertambah naik perniagaannya sekali dup tiba-tiba jatuh. Banyak benda kena cut off loss juga, staff kerja pun dah macam kerja secara percuma, dan sub perniagaan kena tutup. Bank dah calling2, makan kena bercatu dsbg.

Kita yang mendengar pun perit. Apatah lagi yang tengah melalui.

Not surprising sebab ia after effects dari terkumpul sejak 3,4 tahun lepas, lagi-lagi selepas GST dilaksanakan. Perniagaan tempatan banyakkkk sangat kena tutup (perasan tak dulu banyak butik kena tutup?) dan belanja banyak kena minimum.

Even tahun ni lepas pemerintahan baru pun ada sikit tanda-tanda promising untuk perniagaan berkembang sepadan; kesan tahun-tahun lepas ada lagi tak selesai lagi tu.

Sekarang ni orang sedang perhati tengok perniagaan mana yang kena tutup dulu. Ekonomi tak berapa kondusif untuk memulakan bisnes (kecuali cara bootstrap ja)

Nak dijadikan ceritanya, itu lah yang sedang berlaku dekat kawan ni. Dari raut muka mata memang nampak letihnya. Terdesak juga sebab dah macam kais pagi makan pagi jadinya.

Agak terdesak sekarang ini. Ada bahaya kereta kena jual

Minta solusi, berikan idea satu dua perniagaan dikatanya tak jadi sebab dah dibuat sebelum ini.

Tanya tentang tips menjemput rezeki yang biasa kita dengar, ada diamalkan ka..dah dibuat katanya..tiap-tiap hari.

Kredit: https://arnamee.blogspot.com/. Klik link untuk buka ke post blog ini

Ditanya ada minta mak ayah doakan, sudah juga.

Last kita tanya (walaupun dah tahu juga, dari tulisan fb dia), ada pernah buat salah dekat siapa-siapa waktu berniaga?

Terdiam.

Maksudnya, buat salah dalam erti kata bercakap dengan pekerja, deal dengan sesiapa saja.. salah cakap, salah niat, salah perbuatan, anything yang constitutes yang tak patut dibuat kepada orang lain.

Hablun minnannas orang kata

Terdiam lagi.

Kita explain, maksud hubungan sesama manusia ni interaksi dan niat kepada mereka. Tak kisahlah sekalipun ia kelihatan kasar, asalkan dalam realm niat baik dan tak melampaui batas, ia tak salah dalam agama. Dan seiring dengan hubungan dengan Allah sekali.

Cuma tu lah, ada buat tak?

Macam contohnya, tentang keperluan marah staff sampai ke tahap menjerkah dan mencarut. Ada buat kan? Dijawab lain dengan defensif pula, itu mentor yang suruh dalam kelas business dia.

(nak ja kata, ni ikut membabi buta ka kalau dijawab macam tu).

Jadi selama ni bila bercakap memang maki jerkah je lah dekat staff? Dianggukknya perlahan, kebanyakan masa katanya, bila diorang tak buat kerja as expected.

Mungkin dari situ masalah berlaku. Staff dimaki hamun diarah dengan kasar, pasti depan-depan orang lain yang jadi mengaibkan dan jatuh air muka dia (tahu dari tulisan status fb nya juga).

Mentor yang dikatakan suruh sebegitu, memang ikut bulat-bulat tanpa fahami konteks keseluruhan? Atau kalau itu yang disuruh, dalam Islam ada suruh gak ka.. kita ada pilihan untuk tak ikut kot, nak salahkan orang lain sampai kat ‘sana’ tak valid argument sebegitu.

Sebab kita dah biasa dengar dan tahu dengan kebenaran ayat-ayat karma, kifarah, what goes around comes around.

Because it happens all the time. Semua orang kena. Semua orang dibalas ikut apa yang dikerjakannya dan tak akan dianiayai sedikit pun (paraphrase ayat Quran).

Kredit: https://bacaalquranterjemahan.blogspot.com/. Klik gambar untuk post blog tersebut

Kadang kita tak sedar, apa yang orang buat dekat kita adalah pantulan cermin kepada apa yang kita buat dekat orang lain.

Orang sailang kita. Kita buat tak macam tu dekat orang lain?

Orang khianat dan burukkan kita. Kita buat tak macam tu dekat orang lain?

Serabut fikir masalah sampai rasa nak pecah kepala. Kita buat tak macam tu dekat orang lain?

Usaha bangunkan perniagaan rasa sia-sia penatnya sampai nak hancur tutup. Kita buat tak macam tu dekat orang lain?

Kalau nak gunakan hujah ayat Quran sekalipun yang kita boleh balas seimbang dengan apa yang diperlakukan, ayat seterusnya adalah caution yang Allah beri : kalau tak, memaafkan adalah lebih baik. Ayat caution betul2 selepas ayat tu sebab nak ingatkan kita there’s always a risk yang kita akan termelampaui batas dalam membalas. Sebab setan sentiasa hasut kita kot.

*tu yang kes curi pisang je pun terbantai sampai terbunuh orang. Aduhai..

~Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. Kan?

Perniagaan lain pun kena tutup gak. Takkan sama kot.

Mungkin ya, mungkin tidak dan kita tak tahu unless kita ditunjukkan what’s going on. Cuma kita maklum yang hidup kita menyeluruh dan apa kita buat dalam satu aspek akan beri kesan dekat aspek lain, cam contoh ibubapa yang mengadu anak sangat2 teruk dsbg, ustaz tu kata check sumber rezeki datang dari mana, tak pula dikata suruh salahkan cikgu/normal budak2 jadi liar sebab remaja kan?; takda dinding solid untuk sekian-sekian isu, sebab tu seolah-olah nak kata Allah takda kuasa nak campur dalam urusan aspek tersebut pula. Itu sekular namanya.

Tapi yang pasti, apa kita buat akan beri kesan nanti. Cuma tak tahu bila dan dimana. Itu fakta.

Islam kan menyeluruh.

Jadi apa kena buat?

Minta maaf. Pergi lah jumpa orang yang kita dah buat salah dan minta maaf. Minta maaf dengan sebetulnya sampai dia maafkan. Sebab jika tak, hukum alam ni menentukan kita akan rasa balik apa yang dia dah rasa.

Dan alam ni kan kepunyaan Dia.

Dan bukan semudah minta maaf sekali ja. Kena sampai dia maafkan betul-betul sepenuhnya.

Lelah lah nak minta maaf macam tu..

Nak buat macam mana. Tu lah kelebihan Allah bagi sebab dia dianiayai. Doa orang teraniaya/dizalimi kan makbul sekalipun dia bukan Islam.

Dan dah tau, then jangan lah buat on the first place. Bukan tak tahu tu salah kalau dah diamalkan perangai/pesen macam tu dekat bertahun. Empati pada kedudukan orang lain sebelum buat apa-apa pilihan.

Kalau tak suka kena balik kat diri sendiri, jangan lah buat. Simple.

Sebab aspek ini pun boleh jadi asbab ada bocor/lompong/sempit dalam hidup, yang biasa kita katakan tentang rezeki.

Sebab berapa banyak dan tinggi amalan kita sekalipun, kalau masih ada dosa dengan orang (dalam konteks yang kita terang-terang buat salah, apatah lagi kita tahu itu salah tapi masih buat lagi), pun tetap kena hold untuk settle sebelum nak lalu kat titian sirat tu. Hubungan manusia dan dengan Allah kena seiring.

By right, orang yang betul-betul jaga hubungan dengan Allah, dia takkan berani cabul hak-hak dan hubungan dengan manusia.

Nah..kata-kata Rasulullah tentang aniaya orang semata-mata untuk jaga reputasi

Masih menonong. Masih defensif riak mukanya. Masih fikir apa hujah nak counter balik.

Terpulang nak ikuti atau tak idea ini. Ada part ada kemungkinan juga pihak lain salah, sebab tu kena ‘fast to fast’ nak tahu mana silap mana nak betulkannya. Dok menonong dalam hujah sendiri, itu delusional. Cuma tu lah, kalau ada masalah yang berlaku tu, pasti ada mesej tersembunyi yang Allah nak sampaikan, cer fikir balik, buang filter ego tu sikit.

ego, rasa betuk
Filter ego yang dimaksudkan, saiz bergantung kepada saiz ego yang ada. Masing2 ada filter/bentuk tersendiri, terpulang kita nak gunakan filter tu tak untuk cari penyelesaian.

Dan for consolation, kalau kita ikhlas dan betul-betul sedar salah kita, Allah ambil kira effort tu dan inshaa Allah jadi asbab hati dia lembut nak memaafkan.

Who knows? Belum cuba belum tahu.

Jadi pergilah minta maaf, ketepikanlah ego rasa betul tu.

Disclaimer: post peribadi ini, tulisannya mungkin kena dengan apa yang korang sedang lalui. Jika tak applicable, boleh saja abaikan dan ambil iktibar ja instead. Takda masalah. Semoga membantu ya

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge