Apps Untuk Self Care Dan Penjagaan Diri

apps self care. minda, ketenangan

Lanjutan dari post sebelum ini, dikumpulkan senarai apps untuk self care yang pastinya memudahkan urusan harian korang, disamping mindset, mental dan emosi terjaga dengan baik.  

Shai ada kongsikan tentang kepentingan rutin penjagaan diri untuk ibu. Sebab dari rutin sebegini emosi dan mindset kita terjaga dalam menguruskan aktiviti harian yang haruslah sibuk.

Sapa kata jadi ibu/isteri ni mudah kerjanya sila klik “x” di atas kanan page ini, terima kasih dan syuh. Yang setuju ibu/isteri ni banyak tanggungjawabnya, teruskan baca ja. 😀

Khusus untuk isteri/ibu yang sentiasa sibuk, pastinya tak teringat benda-benda kecik macam ni (yang kalau dikumpul lama-lama jadi besar pun). Sudahnya tanpa sedar diri jadi letih dan lesu, kulit kusam tak bermaya.

Tu yang kita asyik fikir bila nak kurus tapi tak kurus-kurus memanjang ek? Dan agaknya itulah yang stigma ibu-ibu selalu dapat; dah kawin jadi selebet ja huhu..

Jadi penyelesaiannya, dengan post ini harapnya membantu korang. 😀

Anyway, back to topic dalam apps untuk self care ini, Shai kongsikan beberapa apps yang sedikit sebanyak membantu untuk rutin self care korang, ikut memori hp korang, n feature apps dia yang korang berkenan lah sebab yang paling asas, aspek dalam self care iaitu diari, kreativiti, meditasi, dan reminder untuk rutin ada sekali.

Link download kedua-dua Apps Store dan Play Store ada sekali letak untuk korang download. The Store ja takda..

Apps Untuk Self Care Yang Membantu Untuk Ibu

Apps Diari

Rutin menulis diari (journaling) sangat membantu dan paling asas dalam aspek self care ni. Sebab bila kita tulis semula apa yang berlaku dalam hari tu, sedikit sebanyak kita dapat insight/idea/ilham dengan apa yang berlaku, dan dah tulis terang-terang tu, secara tak langsung kita rasa nak perbaiki lebih baik untuk esok, selain rasa lega sebab kita bawa keluar apa yang kita fikir/rasa dekat kertas tu.

Link kajian bukti di sini.

Idokla tulis satu persatu ikut saat, sampai esok pagi pun tak habis.

Dalam banyak pilihan untuk kita menulis samada dalam kertas atau app, pendapat peribadi masing-masing ada pro kontranya, dengan dalam app, semuanya dalam rekod dan bila-bila masa kita nak refer, hanya search ja dah jumpa walaupun dah setahun lebih entri tersebut, selain dia dalam henpon memudahkan untuk ke mana-mana.

Kalau dalam bentuk buku nota ni lebih kepada terapeutik sebab kita gerakkan tangan untuk menulis, selain boleh decorate sikit buku nota tu. Cuma tu lah, kalau diari tu besar nak bawa untuk setiap hari tulis tak praktikal pula, selain ada kemungkinan orang baca – dalam app ada feature lock sekali app diari tersebut.

Menulis jurnal kesyukuran dalam buku nota memang lawa ya amat dan terapeutik untuk diri sekali. Sumber: Boho Berry

Antara app diari yang Shai suka dan pernah gunakan:

Grid Diary

Antara app diari yang terbaik pada Shai setakat ini, display GUI yang simple dengan kombinasi warna putih dan turquoise – very minimalist n cooling ja tengok. Dalam diari tu boleh set tajuk/prompts yang kita nak (samada 1 ja atau 10), boleh bold kan dan letak bullet dsbg, gambar, dan siap time stamp sekali untuk rekod diari kita.

Video penggunaanya di sini. Even dalam video ni tunjuk app berbayar (kalau kita kena bayo RM23 gitu), feature free dia pun dah cukup bagus. Dan personally Shai berpendapat dengan feature dia dengan harga bayar sekali ja, padan dengan harga macam beli buku nota spesel dah, cuma, ni boleh pakai sampai mati punya. 😀

Website rasmi, Link Playstore takda lagi (huhu..), link App Store

Klik sini untuk diari apps lain, yang alternatif terbaik kepada Grid Diary ni.

Apps Untuk Self Care, Untuk Rutin Penjagaan Diri

Apps yang Shai senaraikan ini khusus kepada set reminder dalam aspek penjagaan diri. Nak gunakan standard reminder pun boleh ja, asalkan boleh ingatkan kita untuk buat self care ni, since bila dah sibuk takda nak ingat benda-benda gini.

Fabulous

App yang Shai gunakan sebelum ni masa pakai Lenovo, then pakai balik dekat iPhone; serius rugi rasa tak download balik sebab ia sangat9999 membantu.

App ni khusus untuk penjagaan diri dengan pelbagai senarai rutin yang boleh kita set (termasuk tempoh dan susunan rutin) dan dibahagikan ikut waktu pagi, tengah hari, dan malam.

Ada juga sekali disediakan template rutin sedia ada untuk korang pilih, ada versi percuma dan berbayar. Dan apa yang Shai suka, layout yang simple dan clear, serta grafik dan audio yang ala-ala spa gitu – soothing je tengok.

No wonder, app ni dapat anugerah app of the year gak ni.

Aesthetic GUI app ini yang nampak tenang, mudah dilihat, dan buat rasa excited nak follow rutin yang ditetapkan. Sumber: https://www.pocketmeta.com/. Klik sini untuk review app ini di page tersebut

Link Playstore (ni app of the year untuk android hokayy), link App Store (rating 27 dalam Health & Fitness), dan website rasmi.

Extra, App Remente

App ini pada pendapat Shai lebih khusus kepada personal development goal, yang dipecahkan ikut kategori (diri sendiri, keluarga, dan kerjaya) dan ada step yang perlu di ikuti ikut goal tersebut, dan tempoh masa ikut goal tersebut juga – ada dari 7 hari ja, ada yang 4 minggu.

Goal yang ada dalam versi free pun sangat membantu dan pastinya kita boleh rangka goal kita sendiri untuk di ikuti (plan siap2 nak setup dalam app tersebut), serta ada sedikit tulisan diari yang kita boleh buat, track mood hari tersebut, dan juga tanda kat mana level kita dalam ‘Wheel of Life’. Review app Remente di sini.

Link Playstore, link App Store, website rasmi 

Apps Bentuk Meditasi

Rutin meditasi ni terbukti untuk tenangkan minda kita dari aktiviti seharian, lagi-lagi kalau kita asyik rushing dan terkejar-kejar (macam ada je benda nak kena buat dan siapkan ye dok). Untuk jangka panjang tak berapa bagus juga sebab ia buatkan jantung dan minda sentiasa dalam keadaan alert dan lambat-laun, penat jugak.

Kita terkejar-kejar nak naik bas dan lepas tu kena berdiri dalam bas tu dan lepas tu kena lari nak kejar sebelum pejabat tutup, tak ke semput. Macam tu juga lah dekat dalaman kita, cuma masa dah nampak penat tu, dah kira teruk juga dan sebaiknya cepat2 betulkan semula.

Malah, by right rutin meditasi dah lama dah kita amalkan, cuma samada tak perasan, atau tak jadikannya sebagai rutin tu salah satu meditasi – masa zikir betul2, dan juga masa solat lah. Masa tu kita tenangkan diri, stay still dan khusyuk, dan berdoa minta ilham dan hajat.

Calm

App of the year nih. Shai biasa guna dalam bentuk desktop dan seriously memang fall in love dengan app ni (nak-nak connect laptop dengan tv, besar nala dia punya view). pelbagai pemandangan dengan audio yang sesuai, serta ada program meditasi disediakan ikut kesesuaian korang.

Nak fokus ka, nak mudah tidur ka, pilih lah ikut suka. Cuma Shai kureng sebab harga berbayar dan free tak padan, di mana banyak feature dia untuk berbayar ja (macam app membaca Blinkist). Still, Shai gunakan app ni dalam bentuk desktop, khusus untuk feature dia tunjuk pemandangan yang besar gedabak dengan audio yang menenangkan.

Untuk alternatif app meditasi lain, klik sini ya.

GUI interface app Calm. Sumber: https://blog.prototypr.io/. Klik sini untuk review app ini, dalam page tersebut

Link Playstore, link App Store, website rasmi/desktop app

Kalau kita solat ja cukup je kan.. Kan Allah kata solat ja kalau ada masalah

Ya betul tu, dalam Quran secara spesifiknya Allah encourage kita untuk sabar dan solat bila ada masalah/situasi yang kita tak tau nak handle.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ – 2:153

Even untuk masalah paling serius yang kalau kita rasa tak boleh tanggung pun kita dibolehkan untuk jumpa kaunselor/doktor pskiatari. Jadi tak salah juga nak gunakan apps sebagai sebahagian kepada rutin self care ini, on top of solat yang kita buat tiap-tiap hari (sekali yang sunat kalau dibuat sekali) ye dok.

Kurang-kurang, dengan bantuan apps (sekali dengan solat-solat dan amalan sunat) ni bantu mindset kita lebih terurus yang seterusnya beri kesan baik untuk emosi dan fizikal kita. Senang kata, overall well-being lah.

Tu yang Shai kata dalam apps untuk meditasi tu, sambil gunakan teknik tenangkan diri, boleh zikir sekali dan doa, tell anything dekat Allah. 😉

Harapnya senarai apps untuk self care ini sedikit sebanyak bagi korang idea bru dalam penjagaan rutin diri ni. Takdalah asyik2 ‘retail therapy’ je kan. XD *Retail therapy to shopping.

 

Semoga senarai apps ini membantu korang ya, sebagaimana ia amat membantu Shai sekarang ni. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge