Pemilihan Pelembab Ikut Jenis Kulit, Dan Contohnya Sekali

Dengan banyak produk pelembab yang ada dekat watson/guardian/aeon ni, bagaimana nak pilih pelembab ikut jenis kulit kita ni? Sebab kalau tak sesuai dengan kulit, rasa terlebih kering atau berminyak tu satu hal; kalau tak serasi tu ada sampai naik jerawat dan kulit mengelupas. Ada sapa-sapa pernah kena tak macam tu?

Sebab nak memilih pelembab ni bukan main taram asal boleh nampak perkataan β€˜pelembab’ tu ja dekat bekas tu; nak pilih pelembab ikut jenis kulit, dan ia perlu serasi dengan kita sendiri. Dan tips yang Shai sendiri gunakan, Shai kongsikan dalam post ini, jadi takdalah kebarangkalian nak tersalah beli nanti, inshaa Allah.

Jenis-Jenis Pelembab Yang Ada

Paling asas, terdapat tiga jenis pelembab yang boleh digunakan untuk kulit. Yang paling asas ialah jenis losyen, yang mengandungi air yang tinggi, menghasilkan tekstur yang ringan dan nipis, serta mudah diserap dalam kulit. Biasanya losyen ni, boleh pakai dekat muka dan badan sekali sebab formulanya tak berapa pekat.

Yang jenis krim pula, yang ni biasanya separuhnya air, separuhnya lagi minyak atau emollients. Sebab air dalam formula ini kurang sikit, dia lebih pekat dan sangat tinggi kadar moisturizing dia. Berbanding dengan losyen, tepek sikit krim ni dekat tangan dia duduk situ ja kan, berbanding losyen sat ja dia turun merata-rata.

Formula skin ointment ni yang paling pekat dengan 20% gitu ja airnya, selebihnya minyak. Yang ni punyalah pekat dan khusus untuk orang yang mengalami masalah kulit kering yang ekstrim. Yang Shai perasan juga, pelembab dalam kategori ni packaging dia mesti ala-ala doktor.

Contoh pelembab yang wujud, ada seperti dalam infografik ini:

Sumber: pinterest.com/maxmylooks/

Jenis Kulit Yang Ada

Sebab kat dunia ni ada beberapa jenis kulit yang ebrbeza, jadi make sense lah nak pilih produk (even benda yang nak makan sekalipun) kita pilih yang sesuai dengan kita. Lain jenis kulit, lain peel dia sikit.

Seperti contohnya kulit kering yang datang dari bawah lapisan kulit yang kureng hasilkan kelembapan dan minyak (sebum) yang secukupnya, kulit ni biasa rasa macam kering semacam ja, sapu2 kat pipi pun macam debu.

Macam ni gamaknya kulit korang..Pedih woo..Sumber: 123rf

Kulit kering ni, kalau tak cukup minum air masak kesannya lagi nampak berbanding kulit lain; kes serius sampai ke tahap kulit tu mengelupas dah luka pedih.

Kulit berminyak pula, berbeza 180 darjah dengan kulit kering; terlebih berminyak dan berkilat muka macam kena sapu dengan highlighter jadinya. XD

Lain pula dengan kulit jenis kombinasi, dia macam kombo 2-in-1 dengan berminyak di hidung dan dahi, dan kering di bahagian pipi.

Test kulit korang dengan gunakan tisu, seperti dalam infografik ini:

Sumber: buzzfeed

Bagaimana Nak Memilih Pelembab Ikut Jenis Kulit?

Untuk kulit kering, sebab kulit korang asyik haus dan kering, sebaiknya dapatkan pelembab yang dipenuhi dengan minyak (yang ada perkataan oil-based atau cream-based dekat botol tu, atau emollients, atau oil dekat senarai bahannya). contoh minyak/emollient yang sesuai untuk kulit kering ni macam shea butter, cocoa butter, malah minyak zaitun dan kelapa sekalipun.

Contoh pelembab yang sesuai untuk kulit kering, macam dalam post ini Shai review Body Shop Vitamin E, atau yang macam cocoa butter ni, Shai pernah guna tapi sebab dia terlebih greasy, guna untuk kulit kering macam lutut, siku gitulah. Kalau kulit muka yang kering sangat sesuai, dan dia bentuk losyen jadi ringan sikit nak pakai. πŸ˜€

Sumber: watsons.com.my

Untuk kulit jenis berminyak, sebaiknya elak pelembab yang jenis banyak minyak juga: terlebih-lebih minyak atas kulit tu nak buat apa, salad dressing ka. XD kulit berminyak sesuai dengan pelembab yang jenis berasaskan air (cari yang ada perkataan water-based, atau water dalam senarai bahan yang pertama) atau gel untuk sesuaikan kelembapan yang optimum untuk kulit, tanpa bagi kulit berkilat2 bila tengah hari nanti.

Kalau yang kulitnya kombinasi, yang ni biasanya kulit dia berminyak dekat kawasan dahi dan hidung, dan bahagian pipi boleh jadi samada biasa2 (tak kering, tak minyak, elok2 ja) atau kering ya amat.

Formula yang sesuai untuk kulit jenis ini adalah samada korang beli 2 jenis pelembab untuk kulit berminyak dan kulit kering, atau kalau serasi cari yang jenis water-based atau gel-based untuk berikan kelembapan dekat bahagian kering, tanpa tambah minyak terlebih-lebih dekat hidung bersinar korang.

Untuk yang jenis berminyak dan kombinasi ni, contoh pelembab ni yang macam Clean & Clear, umumnya ia sesuai untuk kedua-dua jenis kulit ni sebab formulanya ringan.

Macam ni, dan juga range C&C yang lain. Sumber: https://www.watsons.com.my/

*nota: untuk kulit spesel seperti yang jenis sensitif ni kena berhati-hati sebab silap sikit memang pedih lah muka korang. Umumnya, kulit jenis ni kena guna produk yang jenis selamat tanpa sebarang pengawet etc dalam senarai bahannya.

Namun pada pandangan Shai secara peribadi, kulit sensitif boleh cuba test sikit2 produk yang khusus untuk kedua-dua jenis kulit berminyak dan kering, dan test dekat bahagian leher, mana pelembab yang serasi, dan berapa banyak kulit korang boleh terima supaya kulit korang terjaga dan cantik lembut.

Ada kulit sensitif tak boleh terlebih minyak, ada yang tak boleh jenis gel; jadi korang kena cubajaya sampai jadi.

Kesimpulan

Okeh, korang dah tahu jenis-jenis kulit yang ada serta memilih pelembab ikut jenis kulit tersebut, korang boleh klik link ini untuk buat kuiz, kenali jenis kulit korang. Kuiz ni boleh dipercayai, Shai dah test dah. πŸ˜‰

Pakat-pakat share di fb korang, untuk sama-sama dapat manfaat. Mana tau, lepas ni duit korang tak terbazir lagi sebab beli pelembab yang tak serasi kan. πŸ˜€

Sumber: 1,2,

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge