Tutorial Mekap Cepat Untuk Yang Sibuk

Post tutorial mekap cepat untuk yang sibuk ni, khas untuk korang yang rasa ada keperluan untuk bermekap. Sebab untuk perempuan, nak bermekap itu adalah satu kewajipan, kurang-kurang dengan pakai bedak dan sedikit tinted lip balm pun dah cukup. Bukan apa, tak pakai mekap nanti nampak pucat dan sememeh tak elok pula. Good impression still penting uolls.

Jadi yang bermekap ni bukan sekadar nak melawa dan perabis pelbagai produk mekap ya. Bak kata Bobbi Brown – pengasa natural makeup look masa 90-an:

Makeup should be enhancing your features.

Without further ado; Shai kongsikan tips mekap yang simple, yang Shai juga sendiri amalkan (sebab sibuk dengan kerja, rumah, dan anak kot). 😀

Tips Untuk Mekap Cepat Untuk Yang Sibuk

Penggunaan Pelembap, Primer, Sunscreen

Langkah paling2 penting adalah pastikan kulit dah prepare betul2 dengan penggunaan pelembap selepas cuci muka tu. Pelembap ni berfungsi untuk bagi kulit cukup air dan kelembapan – kalau tak kulit jadi kusam dan kering. Macam kita kena minum air lah, cuma kelembapan ini datang dari luar, dengan kita sapu pada kulit kita.

Rule paling utama, pastikan moisturizer yang korang pakai sesuai dengan jenis kulit korang, dan ratakan pada keseluruhan kulit sehingga serap sepenuhnya sebelum langkah kedua (biasanya dalam 30 saat gitu serap habis lah). Baca post dari Huda Beauty , atau Shai baru tulis tentang pemilihan jenis pelembap yang sesuai ya.

Pengunaan primer bergantung jika perlu iaitu samada ada banyak tanda cela yang jelas atau nak cepat dan sekaligus boleh gunakan primer yang ada sekali formula moisturizer. Suncreen pula amatlah wajib untuk perlindungan dari cahaya matahari; walaupun produk mekap korang ada sunscreen pun, ia tak berapa efektif ya.

Penggunaan Concealer, Bedak Asas

Gunakan bedak asas sebagai bedak seluruh muka. Dan bergantung kepada jenis foundation yang korang pakai, mungkin memerlukan bedak debu sekali untuk lapisan seterusnya (foundation jenis cecair atau stick melekit kot).

Concealer juga wajib, digunakan sebelum bedak asas sebab formula dia lebih pekat (kalau dah kalut sangat nak pakai satu muka pun boleh, tapi kena sapu nipis yang amat lah). jangan risau, yang tutorial mekap yang pakai concealer satu muka, ia salah satu teknik contour ja. Kita nak mekap cepat, tak perlu nak contour2 sangat. 😛

Begitu juga dengan pelembap, wajib gunakan jenis foundation yang sesuai dengan jenis kulit ya.

Tengok setiap foundation ada ciri-ciri dalam formula, mengikut jenis kulit

Penggunaan Alat Berus

Walaupun penggunaan berus macam nampak renyah, tapi kalau nak mekap elok dalam sekali application, elok pakai berbanding span yang tersedia dalam bedak compact tu.

Letak berus2 tu tempat senang dicapai setempat ja, balik baru basuh. 😀

Lain bentuk berus untuk lain penggunaan. Untuk asas dan nak cepat, dapatkan yang nombor 1,2, 5, 7 dari atas tu.

Untuk post lebih terperinci berkaitan penggunaan berus mekap, klik sini ya.

Penggunaan lipstick

Pendapat Shai khusus untuk mekap yang cepat ini adalah penggunaan lipstick yang warnanya sesuai, cukup untuk highlight feature muka dengan quick. Serius, kalau nak cepat hanya swipe sedikit lipstick pun cukup.

Nak highlight feature mata pula makan masa, mana nak sapu base eyeshadow, mana nak pakai eyeliner lagi kan.

Senang, hanya pilih liptsick yang jenis biasa twist tu (berbanding jenis berus2 ambil masa nak buka, pakai, dan simpan), warna yang sesuai dengan kulit dan ikut mood korang dah setel. 5 saat boleh siap.

Alternatif terbaik selain creamy lipstick jika takda, tinted lipbalm adalah yang terbaik. Boleh baca sini resipi tinted lipbalm Shai buat sendiri.

Pemilihan warna lipstick ikut jenis warna kulit

Penggunaan Mekap Lain Seperti Blusher, Bronzer

Untuk tambahan seperti blusher, bronzer, malah highlighter; kalau sempat, pakai lah. Simple. 😀

Practice!

Haruslah, jika ada masa boleh luangkan dalam 10 minit gitu untuk berlatih mekap dan tentukan nak mekap di mana dan cara simpanannya. Masa nak kalut baru nak practice atau cuba sesuatu yang baru tu idok lah, memang tempah nahas namanya XD

Video Tutorial Mekap Simple

Untuk memudahkan korang lagi, Shai kongsikan video mekap yang boleh dipakai dalam 5 minit ja. Shai dah tengok sampai habis video2 yang ada, dan ini antara yang terbaik. Sebab senang dan produk yang digunakan biasa dicari ja (kat watson berlambak).

Video ini cover keseluruhan muka, termasuklah nak kemaskan bulu kening etc sekali. 😀

Yang ni fokus kepada muka ja. Jadi lepas tu calit lipstick kira complete terus dah. 😀

Semoga membantu korang dalam mekap cepat2 ini ya. 5 minit pun boleh setel punya, and still masih melawa. Jangan buat macam gif bawah ni dah lah; melawa bukan main, dalam mimpi ja. XD

Kredit: twitter @annasalmi

Pakat2 share untuk manfaat kawan2 sekerja atau geng yang sentiasa sibuk ya. 😀

Sumber: 1

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge