Bila Orang Luar Menyibuk Rumah Orang Lain

Post peribadi tentang apa yang berlaku sekarang ni. Porak peranda yang takda alasan kukuh, tapi sengaja diada-adakan. Perasan tak?

Ketua kepada amanahnya

Adat di rumah dan keluarga masing-masing, ada ketuanya dengan ahli yang diamanahkan kepadanya.

Biasanya, yang ayah jadi ketua, yang ibu akan assist, dan yang anak-anak di rumah.

Jika tiada ayahnya, ibu yang akan ambil alih dan uruskan rumahnya.

Tiap-tiap rumah begitu, masing-masing uruskan amanah masing-masing, ikut kebijaksanaan, keupayaan, dan kemampuan masing-masing. Yang penting, asalkan amanah. Sebab nanti ketua akan kena disoal dekat sana, kan?

Tak dapat jawab bila disoal, habis lerr..

Kepimpinan yang ketua perlu buat, walau dalam rumah sekalipun. Sumber: shutterstock

Dan take note, kebolehan kita jawab ni berdasarkan amalan yang kita buat, dan anggota kita yang jawab.

Bukan kita dan akal kita menerewang panjang mencari alasan.

Apa lagi masa tu, depan2 Dia kita ‘konon’ nak exercise kita punya hak sivil nak upah lawyer.

Even if you are a lawyer. No matter. The mechanism is the same as others; keupayaan kita menjawab ikut amalan kita.

Anyway, kembali kepada topik asal.

Intipati amanah ini sangat besar sebab kita sedikit sebanyak menguruskan hidup orang2 bawahan kita. Apa-apa nanti, terletak di bahu kita, ikut kemampuan kita dan kesesuaian kita mendidik tanggungjawab kita.

Bila orang luar menyibuk rumah kita

Jadi bayangkan, kalau ada orang luar datang melawat rumah kita, dan takda angin takda ribut dan takda adabnya, terus persoal rumah tangga kita macam-macam.

Perabot buruk.

Lauk macam orang miskin makan katanya sebab simple sangat.

Kereta tak lawa. Malu dekat orang sebab suami tak mampu.

Lepas tu canang dekat orang ramai yang keluarga dia lawat itulah yang paling teruk perangai, anak tak terurus, miskin, kedekut nak melayan tetamu bla bla bla.

Agaknya kata-kata begini memang minta kena penampar ja kan? Dengan takda adabnya kecam lepas tu buat cerita dekat orang ramai yang simpang jauh kona betul dari kebenaran. Sedap ko membawang ek..

Macam makcik bawang. Jaja hal dalam kain orang kat luar. Sumber: facebook

Analogi dengan situasi sekarang

Itu yang berlaku dengan situasi sekarang ni. Macam sengaja diada-adakan. Ketika waktu orang tak fikir apa melainkan nak baiki kehidupan dengan nak tambah income rumah melawan inflasi (harga barang kan sentiasa naik), tak fikir apa melainkan stay positive, biasa bercampur dengan pelbagai orang dan bangsa, isu ini datang.

Dan dicanangnya dekat orang luar macam dia lah kena tindas level kasta terendah seperti di India.

Sungguhkah begitu?

Sungguh tak boleh hidup sampai masa hari keagamaan pun kena berteleku dekat rumah ja, dan bagi kami ja yang sambut hari perayaan? Sungguh sampai dekat sekolah, universiti, malah pejabat gomen tu penuh satu bangsa ja?

Dihalau macam rohingya? Ditembak dengan sniper macam palestin? Tasered and shot macam dekat US?

Sungguh sampai macam ni? Sumber: cnn.com

I’m saying this generally to anyone yang rasa ditindas katanya. Sungguh ka kena tindas?

When Tun M masa dia jadi PM ke-4 pun buat DEB, sementara nak tolong bangsa sendiri, polisi dibuat untuk open arms to other races, even from other country. Ironically when that PM tu lah yang orang ejek namanya dengan nama kaum tersebut (cariklah sendiri, tak elok disebut).

Tu, kalau betul lah kena tindas.

Cerita dekat orang luar, kena tindas macam asal keluar rumah ja kena point shotgun. Macam kena aniaya, dihunus keris dsbg. Macam bangsa majoriti ni ahli KKK?

Sungguh?

Porak peranda jadinya

Orang ramai suarakan pendapat masing-masing. Masa ni lah, doktrin/mindset yang di ambil (kebiasaanya mengikut sahaja; parroting) dari ibu bapa masa kecil dikeluarkan semula.

Masa ni nak mengungkit cerita lama, masa ni nak canang apa mereka dah buat pada negara etc.

Jujurnya, sampai bila pun tak habis macam tu.

Ambil lah yang baik dari masa lepas, dan betulkan apa yang tak kena dari masa tersebut. Nak bertelagah tentang bangsa, kencederungan suatu kaum dah tak relevan sebab zaman sekarang makin ramai orang dah bercampur berinteraksi sesama bangsa dah.

Takda nya yang melayu di kampung atau pejabat gomen, yang cina di lombong, yang india di estet. Takda dah pecah perintah stail british dulu-dulu.

Hormat dan toleransi. Perbaiki apa yang kurang dan husnuzon sesama sendiri.

Sebab dalam buku Dilema Melayu, Tun M sendiri noted yang harmoni sesama kaum secara totality tak pernah berlaku; akan ada sedikit kekok dalam environment. Ia expected, sebab hasil dari pecah dan perintah, dan nature manusia instinct berhadapan orang baru. Berwaspada orang kata.

*buku tu di kampung, Shai nak ambil untuk snap dan upload sini.

Cukuplah takat situ. Sampai bila nak bawa perangai lama?

Sudahnya kita bertelagah dekat sosial media; potensinya akan bawa dalam dunia realiti – masa berbalah nanti semua keluar sampai bila tak selesai juga.

*Dan ada sedikit kepelikan di sini..ada orang yang sama, sentiasa ada babitkan isu-isu yang akan buat orang sensitif dan berbalah. Apa tujuan sebenarnya? To me personally, a bit suspicious

Polisi orang luar

All in all, icerd tu sesuatu yang orang luar nak masuk dan dictate bagaimana kita nak uruskan rumah sendiri. Kononnya rumah kita yang berbilang kaum ni porak peranda kena tindas aniaya semata-mata, walhal ia tak berlaku.

Atas kertas memang cantik, membicarakan soal kesamaan hak antara bangsa but we know coming from outside of that country, we know the game played – tengok Libya, Mesir, etc. Apa jadi pada mereka pasca propaganda?

Sungguh, ia datang dari orang tesebut yang ironinya menteri perpaduan , yang jaja cerita tak benar langsung dekat dunia luar. Minta simpati. Jujurnya, ni satu perbuatan yang vile, yang trechearous.

*yang further ironi, orang di jabatannya pun satu bangsa; celah mana perpaduannya? Orang tak bising sebelum ni ya? Sebab you start this issue, kan?

Dalam ayat Quran juga menunjukkan:

Sumber: https://tafsirq.com/10-yunus/ayat-69

Cerita benda lain yang jauh menyimpang dari perkara sebenar, ke orang luar. Bermaksud ada-adakan kebohongan kan?

Jadi menteri satu hal, video tersebut yang naik semula tu, statement tak ditarik/diperbetulkan, apalagi nak minta maaf. Bererti dia sendiri mainkan soal kaum.

Orang yang main isu kaum macam ni, bukan rasis ka?

For the ones yang menyibuk with the paperwork. I don’t see any Hispanics fighting for their native language as national language in your constitution, right? Despite being spoken dekat 1/3 populasi sana. Apatah lagi tanah America tu asalkan diduduki Red Indians/Native American sana.

No, hangpa yang asimilasi orang sana ikuti budaya hangpa. And you nak menyibuk orang lain pulak.

Ada 300 jenis bahasa di sana, dengan Bahasa Inggeris bahasa utama/kebangsaan. 1/3 pula bahasa Spanish . Sumber: wikipedia

Please, take your paperwork to other countries yang lagi teruk aspek kesamaan hak antara kaum. Palestine contohnya yang terlalu kritikal sejak 1948. Perlembagaan kami, rumah kami, biar kami setelkan sendiri. Orang luar tak usah sesekali menyibuk macam ni. 

Caption says it all. Cuma ni bawang tahap sampai risiko jahanam negara. Sumber: http://www.dermalene.com/

Konklusi

Berwaspada dan ambil peduli adalah jalannya. Lihat tangan-tangan yang hasilkan suatu isu itu adakah bermanfaat atau sekadar nak buat kita terjerat? Mereka tak perlu cakap flatout depan-depan apa tujuan mereka; tapi secara halus, secara senyap, secara licik untuk kita takut tak tahu siapa kena ikut, siapa kena turut.

Sebab orang yang tak ambil peduli, tak mahu fikir, rasa tak bernilai pendapat diri, apatah lagi takda pegangan, itulah yang di inginkan oleh mereka yang sengaja cari pasal buat porak peranda di negara ni. Simple. 

Malaysia ni, lubuk duit. Buying power tinggi. Hasil banyak. Rakyat pun kebanyakan easily entertained (maaf, ini hard truth). Itulah yang ‘mereka’ nak.

Sungguh, ada masalah/kekurangan dalam rumah, setel dalam rumah. Tak perlu babitkan orang luar tak bertempat, betul tak?

Apa pendapat tulisan ini bernilai? Sekadar ibu yang ada anak (autisme pulak tu) yang bersuara hal ni, tak padan dengan tempat kononnya.

Well, saya warganegara, saya pegang IC Malaysia, saya ada anak yang juga warganegara.

Saya ada hak untuk bersuara.

Kan?

 

Dah, jangan menyibuk. Negara lain yang lebih kritikal, setelkan dahulu.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge