10+ Movie Inspirasi Untuk Wanita

Movie Inspirasi Untuk Wanita, wahm

Movie yang disenaraikan di sini adalah Shai kumpulkan dari pelbagai senarai movie inspirasi wanita yang ada, Shai tengok sendiri, dan Shai ulas serba sedikit. Enjoy!

Dan serius, movie2 ini lah yang Shai tengok berulang kali jika datang mood lemau tak nak kerja hehe. Korang boleh bookmark post ini atau share di fb sebab kalau ada apa2 movie best yang sama temanya, Shai tambahkan di sini untuk rujukan korang.

10+ Movie Inspirasi Untuk Wanita

Devils Wears Prada

Movie popular yang Shai tengok daripada zaman U lagi dan sedikit sebanyak sangat relax untuk mata dengan menggunakan warna warni dan terang temanya. Movie ni tentang seorang perempuan yang namanya Andy Sach nak cari kerja, dapat pula sebagai pembantu untuk orang kuat majalah fesyen.

Dari rupa selebet kepada stylo, Andy belajar macam mana rushing kerja dalam dunia fesyen ni, dan secara tak langsung terbuka matanya dari sebelum ni perlekehkan tentang orang-orang dalam dunia fesyen, dan akhirnya sampai dia buat pilihan sendiri lepas nampak apa berlaku, downside dalam dunia fesyen.

Kurang asam giler boss ni. Main campak handbag tu (RM10k +++ kot)

*movie ni berdasarkan kepada novel, yang diolah sedikit dari kisah benar. Orang kuat yang dilakonkan ikut novel tu, Anna Wintour lah, editor Vogue. Hehe..

Julie & Julia

Movie ni Shai tengok masa tengah dalam mood tengok movie berkaitan masakan (jangan tanya kenapa XD) tapi Shai rate movie ini sebagai 8.5/10. Ia gabungkan dua kisah benar dalam satu movie, yang bertindan serba sedikit sebab berkaitan dalam dunia masakan.

Julie baru pindah dan baru nak kenal dunia blogging, tak tahu nak blog apa sehingga suami dia cadangkan untuk buat blog tentang masakan (menggunakan buku masakan popular dari Julia), 1 resipi dalam 1 hari, sampai setahun. Banyak yang di belajar, sambil memasak dan blogging, nak uruskan rumah, kucing, dan kerjayanya (belum kira dia kerja biasa2, tapi kawan dia semua kerja besar2), sampai blog dia mendapat perhatian dan siap masuk surat khabar, sampai dapat offer tulis buku (yang akhirnya jadi asas kepada movie ini).

Julia pula, suri rumah yang ikut suaminya stationed di Perancis, ambil kelas masakan Le Cordon Bleu (ni kelas Chef Wan pernah tulis review ni) dan seterusnya buat kelas masakan sendiri dengan 2 kawannya, yang akhirnya dapat peluang untuk buat buku masakan sendiri. Buku masakan tu jadi bestseller 1 dunia tak silap, dan sentiasa ulang cetak sampai hari ini.

Julia tu, Julia Child, personaliti chef yang popular dari buku tu. Ada kata dia spy jugak sekali, yelah, masa tu masih zaman perang hehe.. Tapi best movie ini, relax untuk tengok.

Tengok trailer di sini ya

Legally Blonde

Movie kelakar tapi inspirasi juga tengok ni. Ia menceritakan bagaimana Elle Woods ni asalnya stereotaip anak orang kaya yang rambut blonde2 ni, dapat masuk sekolah perundangan Harvard (yang susah kot) untuk nak dapatkan balik tunang dia (yang dah set nak masuk politik lepas habis pengajian Harvard).

When people ask her how she get into Harvard..

Last2 Elle menang kes (walaupun masih bergelar pelajar) dan percaya kebolehan dia boleh jadi peguam serius (dengan warna pink dan glitter dia). XD

Mulan

Antara Disney movie yang Shai suka, sebab asasnya Mulan ni lawan sterrotaip dan expectations kepada perempuan zaman tu – kena sopan, kena kawin awal etc. Sebab tak nak ayah dia yang sakit pergi perang, dia gantikan tempat ayahnya dan menyamar sebagai lelaki.

Happy ending, menang perang akhirnya.

*even ketua tentera Mongol pun mengaku Mulan ni bijak dalam perang, bukan sebab dia wanita.

 

Gravity

Okeh, movie ni boleh buat sakit jantung sikit sebab tak sampai 10 minit cerita dah mula konflik dia (tu Shai susun tajuk ni bawah sikit, nanti korang tak terkejut sangat). serius, lepas satu, satu lain pulak datang. Dah habis movie tu, baru lah stop konfliknya hehe..

Tapi personally Shai suka sebab ia tunjukkan bila korang takda tempat lain nak pergi, dan kena bergantung pada diri sendiri, korang boleh capai target yang korang nak. Memang kena resourceful, kena alert, dan kena keep faith.

Movie ni best kalau tengok dengan speaker, dan bergelap sikit bilik. Baru layan dekat angkasa gitu. πŸ˜€

The Help

Movie ini pula, berkisar tentang zaman 1960-an, waktu racism sangat3 kuat dekat Amerika, khususnya di negeri2 selatan depa, di mana orang kulit hitam (masa tu dipanggil sebagai negro) di tindas teruk dengan gaji kurang, pengasingan, penafian hak dll. Sampai ada orang persoalkan kenapa sistem tu berlaku (sebab tahun 1880-an gitu peraturan nak tindas2 ni dah lama mansuh, depa ja tak nak ikut).

Dan orang tu, wanita kulit putih dipanggil Skeeter, komplot dengan pembantu kulit hitam yang akhirnya ramai2 kongsikan cerita mereka bekerja sebagai pembantu rumah (yang baik dan buruk) sampai satu Amerika tahu cerita sebenar.

Sebab pada Shai ia inspirasi, kalau ikut waktu tu, orang kulit hitam silap sikit dengan orang kulit putih akan dibantai, ditoreh, digantung (lynched), tak kira tua muda. Ala-ala macam kena dekat penentang penjajah, macam Tok Janggut jugalah.

Hidden Figures

Yang ni pun, sambung tema wanita, bagaimana wanita kulit hitam yang dipandang rendah akhirnya diterima secara baik di tempat mereka bekerja iaitu NASA. Akhirnya salah satu wanita yang namanya Katherine, tugasnya untuk buat kiraan kompleks tu dapat kepercayaan astronot yang nak naik ke orbit bumi (belum sampai bulan lagi), dan juga ketua jabatan, dan kakitangan lain.

Berdasarkan kisah benar; Katherine akhirnya dapat pangkat tinggi dari presiden Amerika (idoklah trump tu) dan makin ramai orang tahu kisahnya (dengan kawan2 wanita lain yang kena tindas sekali).

Karakter yang lakonkan orang sebenar. Sumber: https://www.technologyconcepts.com/

Erin Brockovich

Yang ni lakonan Julia Roberts ni memang evergreen (macam Pretty Woman jugak). dan movie ini berkisar tentang ibu tunggal 3 anak yang tak cukup duit, baru lepas kena langgar kereta, sampai kena muka tembok paksa bagi kerja dari pejabat guaman yang handle kes dia.

Lama kelamaan dia diterima kerja dan seterusnya handle satu kes guaman yang lead to multimillion lawsuit, sebab dia percaya benda yang betul untuk kebenaran kena buat untuk orang yang tak tahu apa cerita sebenarnya, punca mereka sakit pelbagai jenis kanser.

Sebab air tercemar ni, buatkan satu kampung kena kanser

Dari kisah sebenar ni tau. Agaknya company yang kena saman gila2 tu malu lah setiap kali movie ni orang tengok.

Molly’s Game

Movie ini juga berdasarkan kisah sebenar, bagaimana otai skier dari kecil dilatih ayah dia (profesor psikologi)yang sedikit sebanyak buatkan dia memberontak nak belajar hidup sendiri. Dari belajar hidup sendiri ni dia pandai cari duit, kerja keras, sampai dia boleh buat bisnes sendiri.

Sampai waktu bisnes dia lingkup sebab ada mafia rusia buat hal (dia terbabit sama) , dia masih nak jaga rahsia pelanggan sebab tak nak keluarga pelanggan2 tahu, khususnya anak2.

Tak, dia tak buat apa2 dengan pelanggan tu, profesional semata. Sebab bisnes dia babit bab arak jadi pelanggan dah mabuk, semua cerita keluar hehe..Jadi korang kena tengok cerita ni sebab akhirnya, apa yang dia buat untuk jaga kerahsiaan dan kebenaran, terbayar balik.

Miss Sloane

Movie dalam aspek politik ni, bagaimana lobbyist (dia macam PR/agensi marketing untuk mana-mana ahli politik yang bayar depa) fight untuk kebenaran yang ahli politik lain cuba burukkan nama dia, tentang ubah perlembagaan depa sikit untuk sekat penjualan pistol sebagai usaha nak kurangkan orang kena tembak (kan banyak kes macam tu dekat sana kan).

Tapi lobbyist ni pandai, ada plot twist dengan agendanya tersendiri.

Joy

Okeh, korang nak tengok movie ni, kena β€˜makluman’ sedikit dari Shai, sebab ia boleh buatkan korang sakit jiwa tengok. Bukan dengan karakter utama dia, tapi orang keliling dia yang jenis berkira, pentingkan diri, manipulasi keadaan dsbg, biasa berlaku di kalangan orang kita.

Tapi nak jadikan cerita, karakter tu sabar telan ja semua sampai satu tahap, dia punya idea tu dipatenkan dan, progress untuk jadi perniagaan, dan dia jadi kaya selepas tu, hasil banyak idea2 dia (sebab dia dari kecik memang suka buat kraf/kreatif something untuk digunakan).

Movie ni sangat motivasi, lagi2 kalau korang WAHM sebab banyak sangat pengajaran daripada movie ni. Tapi tulah, sakit jiwa nengoknya. Dari kisah benar tau.

Kesimpulan

Ada movie baru yang sesuai, Shai akan tambahkan di sini. Share di fb korang, supaya tak hilang post ini ya. πŸ˜‰

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge