10 Senarai Makanan Berangin Yang Elok Dielakkan

Bergantung kepada orang juga, senarai makanan berangin ni mungkin patut dielakkan, atau sekurang-kurangnya sebagai langkah berjaga-jaga. Banyak Shai dapat whatsapp tentang isu ini, khususnya berkaitan sakit gastrik yang dialami. Baca lanjut di sini.

Ini kerana makanan yang kita sifatkan sebagai berangin ni datang daripada bakteria baik dalam usus kita, akan hasilkan gas bila dia cernakan makanan tersebut.

Secara tak langsung, buat Shai terfikir juga, boleh kata gas yang kita dok prut tu, bukan salah kita pun, tapi sebab bakteria tu punya kerja lah. Hahaha XD

Okeh, back to topic. Take note untuk senarai makanan yang suspek tinggi dalam menyebabkan badan kita berangin, sebab ia bukan sekadar prut tu, tapi angin tersebut boleh juga membuatkan kita loya nak muntah, lenguh2 dsbg – mereka yang alami isu pencernaan seperti gastrik lali dah kena simptom2 ini. Jadi counter dengan senarai makanan di sini ya.

Take note juga, senarai ini adalah senarai makanan yang biasa kita perhati menyebabkan kita berangin, namun ada orang boleh je bedal makan sebahagian makanan tersenarai ini, dan masih takda apa-apa. Jadi gunakan senarai ini, sebagai panduan untuk bermula dan pastikan, makanan mana yang memang problem dengan perut korang.

10 Senarai Makanan Berangin Yang Elok Dielakkan

Makanan Bersusu Atau Produk Tenusu

Isu ini berlaku kepada sesiapa yang takda enzim laktase untuk pecahkan protein susu kepada molekul lebih kecil untuk penyerapan, dan seterusnya menyebabkan gas terhasil. Sesiapa yang takda/kurang enzim ini, dinamakan sebagai lactose intolerant.

Jadi apa sahaja produk yang mengandungi susu (ataupun sekadar protein laktosa/lactose) tu, korang boleh makan sedikit sahaja, atau kalu sensitif sangat, elakkan terus ya. Atau amalkan makanan alternatif ini untuk korang yang mengalami lactose intolerant. Boleh merasa juga susu2 ni ;D

Alternatif untuk korang yang mengalami lactose intolerant. Boleh merasa juga susu2 ni

Kekacang

Kekacang juga antara jenis makanan yang menyebabkan angin (dan juga alahan; sampai kena senarai dalam mana-mana produk makanan kan?), kerana ia mnegandungi komponen rafinosa/raffinose dengan sangat tinggi.

Jadi raffinose ni dicernakan oleh bakteria dalam usus kita, menghasilkan gas metana selain gas-gas lain. Gas tu yang buat kita berangin hehe..

Kalau nak juga makan kekacang ni, selain tahan kalau kena prut, rendam kekacang tersebut untuk sedikit sebanyak mengurangkan gas tersebut dihasilkan.

Ni memang masyuk punya bau..hehe..Kredit gambar: https://redmart.com

Bijirin

Makanan dalam kategori bijirin ini juga mengandungi komponen rafinosa dan kanji, yang seterusnya dipecahkan dalam usus dan menghasilkan gas, sama seperti kekacang.

Contoh senarai grains/bijirin

Makanan/Buahan Yang Mengandungi Fruktosa

Gula fruktosa ini juga sama prosesnya dengan kekacang tadi. Dan umumnya, hampir semua produk makanan berproses banyak menggunakan fruktosa ini (lagi2 produk dari Amerika yang gunakan high fructose corn syrup tu). jadi pastikan kalau fruktosa ni yang buatkan kita berangin satu badan ya.

Sayuran

Bukan untuk haramkan sayuran terus tau. Korang still kena ambil, lagi-lagi kalau yang sakit gastrik (baca sini kenapa ya).

Tapi sayuran yang dimaksudkan adalah yang jenis cruciferous macam kubis, bunga kubis (cauliflower; atau Shai saja panggil sebagai bunga kauli hehe), pok choy (adui ni peberet kot), dan juga brokoli yang menghasilkan gas yang tinggi dalam usus tu.

Malah sayuran jenis ini juga mengandungi komponen sulforaphane, yang bila dicernakan menghasilkan gas sulfur, yang agak bau jugak hehe.

Contoh sayuran jenis cruciferous ni. Rutabaga tu apa? -.-

Solusi terbaik untuk mereka yang sukakan/kena ambil sayuran ini, adalah dengan makan dalam bentuk masakan ja. Elakkan ambil sayuran ini segara sebagai ulaman (kurang-kurang celur sat pun takpa) untuk melembutkan serat yang terkandung agar lebih mudah dicernakan oleh usus = kurang sikit prut!

Jenis Makanan Lain Yang Menyebabkan Berangin Seperti

  • Makanan berkanji: tak kira makanan yang diproses mahupun sayuran berkanji seperti ubi
  • Makanan yang diproses; yang ni haruslah, segala nala bahan ada dalam tu yang boleh buatkan perut berangin, algi-lagi yang sensitif/sakit
  • Makanan yang jenis diperam; yogurt, sardin, budu
  • Minuman berkarbonat; benda ni kan ada gas 😀

Kesimpulan

Semoga senarai ini membantu korang dalam memilih makanan yang terbaik untuk perut korang. Lagi-lagi untuk mereka yang sedang alami isu badan berangin, gastrik, atau umumnya lenguh2, elakkan/makan sedikit sahaja makanan yang disenaraikan ini.

Kalau lenguh berangin sampai satu kerja tak jalan susah gak ek. Melainkan korang makan keladi muzik macam doraemon punya tu hehe..

Share di fb/whatsapp korang untuk manfaat kawan-kawan dan keluarga ya. Inshaa Allah membantu 😀

Sumber: 1,2,3,4

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge