Idea Untuk Anak Autism Membaca

Dah lama Shai mencari tips untuk anak autism membaca sebelum ini, dalam persediaan awang ni nak masuk sekolah rendah, dan juga sebagai latihan untuk dia sendiri seawal yang mungkin. Tapi tu lah, dengan Naz being mildly autistic this will certainly be a challenge, as most of these kids diagnosed as taking things literally hehe..

Maksudnya kalau kita berkias2 ke, ayat makan dalam apalagi nak perli depa belum tentu faham maksudnya. Bukan bercakap pasal kita, tapi orang lain yang dia kena hadap di dunia luar – tak semua orang alert seperti kita, atau paling teruk tak bagi salam dan tak kenal terus kecam kita (biasa jumpa di komen fb dan ig tuh).

Anyway, mengikut pembacaan Shai dalam budak2 ni membaca, strategi nya kena lain sedikit memandangkan depa ambil ayat dengan maksud terus berbanding ada kebolehan memahami maksud tersirat.

Jadi ye, ada potensi tak skor dekat sastera lah tu anak aku. Hehe.. bior le. Maknya pun minat novel detektif dan komik penyiasat remaja. ^^v

Anak Autism Membaca

Budak autism ni ada kecerdikannya tersendiri; kemahiran yang depa ada tu samarata dan adil ja Allah berikan dengan budak normal, cuma bezanya these kids tend to be on the passionate side, kalau dah minat tu, tu lah minatnya.

Macam yang kecik ni lah. Shai fikir mungkin sebab rotary movement kat kipas tu yang dia suka. Sejuk rumah tu nanti..:D Sumber: Harian Metro

Jadi ada kemungkinan mereka ada keadaan hiperlexia, iaitu mengingati sebutan perkataan dan tahap membaca lebih cepat dari yang seusia tapi….depa kurang faham apa yang dibaca.

As reading off words tu macam komputer yang gunakan nombor binari tu. Tapi takda teknologi heuristik untuk faham apa dan bagaimana

Canggih explanation aku. Tapi secara analoginya, begitulah. Pemahaman takda sangat.

Idea Untuk Anak Autism Membaca

Jadi strategi dan tips untuk melatih mereka ada kemahiran membaca (pemahaman tu takpalah, slow2 praktis datang comprehension skills dia).

Iaitu dengan menggunakan arahan terang dan jelas. Setiap kali latihan diterangkan siap2 apa kena buat dan apa yang telah cover latihan sebelum ini, dan keseluruhan silibus dalam step yang logik. Dan apa sahaja ilmu baru perlu diajar satu persatu, tak boleh sekaligus sangat melainkan dia boleh tangkap

Jangan le langkau2 silibus lagi budak tu frust nanti.

Untuk bagi ilmu tu melekat juga sebaiknya menggunakan pelbagai material, bagi dia nampak, dengar, pegang. Contoh cam Shai buat belajar tentang kenderaan (topik Naz suka gilerrrr), ada masa jalan2 tu Shai tunjukkan kereta/bas ke apa dan suruh dia pegang.

Standby juga tengok anak kita (normal not not) jenis visual, audio, atau kinestetik. Tak semua orang ada cara input dia solid (selalunya bergabung) jadi mana input dia cenderung, kat situ kita tekankan.

Pembahagian 3 kategori utama pembelajaran. Ada lagi 4-5 sebenarnya yang lebih spesifik. Sumber: https://matteroffactsblog.wordpress.com/

Cam Shai lebih kepada visual dan baru2 ni ada skill audio alhamdulillah. Jadi nota2 I sume kaler2 le.. Untuk budak jenis kinestetik, kena sentuhan/tangan jadi material seperti playdoh ka membantu lah.

Jadi bergantung kepada budak2 ni, kita ajar ikut kat mana depa cenderung sedut input, sambil ambil inout cara lain sebagai (imo) whole-reounded approach

Macam mana Shai sendiri ajar Naz?

Idea Shai Buat Untuk Naz Membaca

Dan untuk Shai sendiri, memandangkan tahu Naz ni lebih kepada literal (iaitu lebih kepada style coding n binary) dan tak kuat sangat grasp in reading between the lines (maksud tersirat, apalagi kalau ummi dia berkias2 sampai ke perli heh heh), jadi Shai jadikan rutin membaca lebih kepada apa yang berlaku, sambil secara halus ajar dia aspek sastera dan maksud tersirat untuk dia faham konteks dan seni cerita sendiri.

Takpalah, nampak Naz ada rupa kepada bidang sains, published scientific papers and journals, I’m happppyyy!

Jadi rutin membaca Shai buat seperti gini:

  1. Lakukan rutin setiap hari. Ini wajib untuk dia sentiasa ingat rupa dan sebutan perkataan tersebut, ke memori dia. Tak peduli dia mengamuk nak mainan ke apa, baca buku dulu, sekurangnya sehari sekali

Rutin membaca disertakan sekali dengan gambar sebab Naz ni visual sikit (macam omaknya), jadi kalau material bacaan yang takda gambar, Shai buka sekali google images, ada benda Shai tunjuk di google, jadi dia tahu rupa perkataan tu macam mana (kalau boleh variasikan benda tersebut untuk dia nampak ada kepelbagaian untuk sesuatu objek. Contoh kalau tunjuk almari, tunjuk lah macam2 design almari tu)

Janganlah takda variasi boring anak tu kan. Anak minat bola, hari2 cerita pasal bola XD
  1. Rutin membaca yang Shai tumpukan kepada apa yang berlaku hari tersebut dan apa yang dia minat – kereta, selain topik lain untuk bagi dia nampak perkaitan apa dia minat dengan bidang/topik lain.
  2. Dan Shai tak gunakan buku sangat, hanya dengan microsoft word sahaja. Dengan new document, Shai taip apa yang dia buat, mula dari bangun pagi sampai ke waktu rutin membaca ni.
    Macam ni lah rupanya. Basically apa yang dia buat dari bangun pagi sampai waktu dia tengah praktis membaca. Ayat simple dan warna2 ni, serta teks berbeza setiap hari, bantu Naz fokus dan kaitkan ayat2 ini dengan pengalaman dia lalui gitu, dan expand vocab dia.. Ye anak aku kalau mandi memang banjir depan pintu toilet tu

    Seperti buku kanak-kanak, Shai gunakan ayat mudah dan berulang-ulang untuk dia mudah ingat, dan kaitkan perkataan tu dengan apa yang dia buat untuk konteks. Bagi lah comey sikit dengan font budak2 n warna-warni sikit
    Dan Shai highlight sekali perkataan yang berulang2 tu untuk mudah ingat, dan eja setiap perkataan yang dia tak kenal (yang dah kenal dia baca terus ja). Adalah dalam 1 perenggan gitu panjang, untuk keep his medium attention span (lagi panjang dah dari sebelum ini alhamdulillah).

Kesimpulan

Inshaa Allah idea membaca ini membantu korang sebagaimana ia membantu Shai. Lain anak lain pesen dia jadi ibu2 (dan bapak2) yang lebih kenal cara anak dia belajar n design strategi yang sesuai.

Bonusnya cara Shai ni, tak perlu belanja banyak sangat untuk buku, melainkan perlu (untuk cost effective) dan cara ini juga membantu untuk anak kenal perkataan yang berkaitan dengan apa yang berlaku dalam hidup dia. πŸ˜€

Share post ini di fb korang ya, kot2 ada yang anak lambat sikit kemahiran membaca ni, sebab tips ni pun boleh ja gunakan dekat yang normal < Shai assume lebih cepat kesannya.

Baca juga post berkaitan: Cara Shai ajar Naz potty train, dan juga prosedur untuk daftar sekolah integrasi untuk autism kids.

*and no I’m not a ticer. I just have a passionate to share and educate, as well as the love for learning. πŸ˜‰

Sumber: 1,2,3

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Ulasan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge