Kebaikan Ritual Pagi Untuk Ibu

ritual pagi, positif, minda, rutin pagi, semangat, motivasi

Banyak artikel berkaitan topik ini dan kebaikan ritual pagi tu tak dapat dinafikan – Shai sendiri buat setiap hari, untuk pastikan kita boleh stay focus dengan pelbagai urusan dan boleh kekal fleksibel untuk apa-apa urusan mengejut.

Jadi mak ni satu hal, anak yang nakkan bantuan dan perhatian bukannya dia faham kadang-kadang tu kalau maknya tetiba sibuk atau nak duduk diam kejap. Nak-nak mak yang ada kerja lain selain menguruskan rumah – samada kerja atau kerja di rumah.

Penat woo.. jadi ada ritual pagi ni sedikit sebanyak membantu untuk minda kita tenang sekalipun kerja melambak depan mata.

Rumah terbako pun steady je ek

Apakah Itu Ritual Pagi?

Ritual pagi ini secara mudahnya adalah rutin tetap yang kita set sendiri sebagai benda pertama yang kita kana buat sebaik sahaja bangun pagi, dan rutin ini bertujuan untuk set kan minda kita agar maintain fokus dan well-aware dengan diri.

Kadang-kadang kita buat kerja dan tanggungjawab kita seharian adakalanya boleh buatkan kita rasa lost juga, jadi ritual pagi ini sedikit sebanyak membantu, untuk kita rasa ‘grounding’ sikit.

Dan bestnya, ritual pagi ni takda set yang fix; korang boleh buat ikut kesesuaian, kesukaan, dan keutamaan, asalkan ia membantu kita untuk fokus dan positif pada permulaan hari. Korang punya rutin boleh sependek 15 minit sehingga 1 jam pun boleh. Mark Fesbuk pun rutin pagi dia 90 minit kowt.

Antara manfaat ritual pagi untuk kita yang ibu-ibu ni:

Manfaat Ritual Pagi, Khususnya Kepada Ibu

Ritual pagi membantu untuk set minda kita untuk lebih positif dan ceria(ye, klise sangat bunyinya, tapi itu fakta). Takdalah nak bangun nak terus mengamuk2 n frust sebab penat hari-hari sebelum ni tak setel lagi. Sekurangnya ia membantu kita untuk sedar masalah yang ganggu kita tu ada, dan kita dapat idea untuk buat sesuatu tentang masalah tu.

Kalau setakat meroyan meraban pun tak jadi jugak. Baik meroyan jap lepas tu ambil tindakan.

Membuka pagi untuk menarik rezeki dan rahmat. Yang ni Shai include sebab pastinya ritual pagi kita termasuk sekali dengan solat subuh. Dan tip yang Shai dapat adalah mulakan hari dengan rutin ini agar hari kita mula dengan berkat2. insha Allah lancar masuk rezeki dan berkat tiap rezeki dan urusan kita hari itu.

Rutin yang dimaksudkan adalah solat tahajud, solat taubat (kalau tak dan buat malam sebelum tidur), zikir2 ikut suka dan tujuan korang, solat sunat sebelum subuh, dan baca surah yasin, serta apa sahaja amalan untuk menjemput rezeki.

Selain rutin solat dan doa ni, antara idea ritual pagi yang korang boleh ambil dan cuba:

Idea Ritual Pagi Untuk Ibu

  1. Minum minuman panas samada kopi, teh o, mahupun teh hijau untuk segarkan badan, dan serta jamu dan supplemen untuk permulaan hari
  2. Regangkan badan (stretching) satu badan untuk kelegaan dan buang angin2 sikit. Nak bersenam all out pun boleh
  3. Buat/rujuk senarai apa yang perlu dilakukan pada hari ini. Tip ini penting untuk ibu-ibu yang ada pekerjaan tak kira di luar atau di rumah namun Shai personally fikir buat to-do list ni terpakai kepada semua orang walau sekadar suri rumah dan uruskan anak-anak ja: sebab ia membantu untuk kita lihat apa yang kita buat tiap tiap hari sebenar-benarnya. 😀
  4. Mandi untuk segarkan badan, pakai baju baru untuk lebih bersemangat
  5. Journaling: idea berguna untuk tuliskan apa yang ada dalam fikiran ke atas kertas, dan ia boleh dari mengarang cerpen sendiri, senarai apa yang kita bersyukur, senarai apa yang kita nak beli (wish list) dan pelbagai lagi.
  6. Meditasi samada 10 minit mahupun 2 minit sahaja, meditasi membantu untuk minda kita lebih fokus dan ia berguna untuk dilakukan sekali dengan rutin journaling.

Antara idea bagus untuk ritual pagi, seperti gambar ini:

Sumber: http://www.simplicityavenue.com/wake-up-with-joy/

Don’t worry, dapat asing 10 minit (tolak solat subuh etc) pun dah cukup. Buat meditasi waktu tu dan setel.

Shai share Shai punya untuk korang dapatkan idea lah ya. Bangun pagi (dengan mamai) lepas cuci muka etc buat tahajud, zikir mengaji etc sampai habis solat subuh, dengan surah yasin lepas tu. Then since mamai lagi Shai refer dekat planner kerja domestik apa kena buat jadi buat lah waktu tu. Basuh baju, masak nasi n lauk ke apa, sambil dengar video/audio inspirasi/motivasi (no..not Gary Vaynerchuk. Too much mencarut for mornings XD) untuk sumbat sebanyak mungkin otak with positivity, sambil jugak stretching pagi.

Sebab kita ni night person, jadi nak warmup ambil masa sikit. 😛

Then a proper breakfast. And since mornings I get creative, pagi tu khas untuk kerja-kerja kreatif ja seperti penulisan, marketing. Henpon sebolehnya tak usik melainkan kerja dan game Harry Potter hehehehe..

That’s it! Keseluruhan rutin ini start bangun pagi sehingga mula kerja umumnya 5-730am. 2 jam setengah, termasuk urusan rumah sekali dimasukkan untuk tubuh gerak2 (Shai sebolehnya banyak kerja nak multitasking. Senang sekaligus).

Lebih kurang juga menggunakan tips seperti ini. Kredit: Lifehacker.com

Tip Untuk Adakah Ritual Pagi Yang Sesuai Dengan Diri

Ikut koranglah, nak hasilkan satu ritual pagi ini memerlukan sedikit perancangan dan bajet masa yang boleh kita asingkan khusus untuk rutin ini sebab tu ramai mencadangkan agar bangun berganda awal dari anak-anak biasa bangun untuk dapatkan masa senyappp ja. 😀

Cari berapa lama masa boleh korang spare SETIAP PAGI, dan senaraikan apa aktiviti yang senang nak dibuat, membantu untuk hidup korang, dan tak memerlukan belanja banyak apalagi menyusahkan.

Amalkan untuk beberapa hari dan cubajaya jika memerlukan sehingga jumpa yang paling perfect dan serasi, sampai korang boleh ingat sendiri dan ia dilakukan naturally.

Ikuti juga tips ini sebagai panduan ya. Sumber: https://blog.bufferapp.com/

Kesimpulan

Cubalah buat ritual pagi satu untuk korang, mesti rasa best untuk go through the day. Hidup ni memang dah stress dah pun, kurang2 dengan ritual pagi ni kita boleh jadikan stress tu sebagai cabaran (tu yang Shai masukkan sekali dengan amalan solat sunat) instead satu halangan.

Sumber:1,2,3, pengalaman sendiri

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge