10 Tips: Wanita Gaya Nampak Mahal, Tapi Jimat Belanja

tips bergaya fesyen, wanita bergaya, jimat bergaya

Nak melawa dengan nampak bergaya (selalu orang kata stylo) tak susah sebenarnya; hanya bijak suai padan elemen tu akan hasilkan ‘look’ yang nampak bergaya atau murah. Serius, sebab dari hujung rambut ke hujung kaki kalau barang branded tapi terabur matching pun nampak macam beli dekat pasar malam jugak. Ish..gurau2.

Prinsip Dalam Fesyen

 

Dan prinsip dalam fesyen ini juga, konsepnya adalah ekspresi kepada ‘look’ yang kita nak tunjukkan – kerana itu ada bezanya fesyen dalam niche ready to wear (baju yang model dok catwalk tu korang boleh rembat dan pakai terus kat luar pun orang tak nampak pelik) dan juga haute couture (fesyen yang orang akan nampak pelik kalau korang pakai di luar. Macam concept car jugak lah).

Ada ke orang nak pakai gini kat luar..nak makan pun susah nengoknya.. This is called haute couture dear. Look it up. Sumber: https://edition.cnn.com/style/article/why-this-matters-haute-couture/index.html

Dan Shai personally, loves fashion (klise giler bunyinya) simply because it expresses who we are, and what we want to tell others in subtle way. Ada orang suka warna sekian-sekian, ada orang suka style gini sebab terserlah sifat lembutnya, ada orang pula suka corak sebegini sebab nampak dia lain dari lain. Gitulah.

Taste handbag korang pun boleh tentukan personaliti korang jugak tau.

Jadi khusus untuk post ini, Shai kongsikan tips bagaimana baju korang yang sedia ada (kena alter sikit2 lah kot) boleh di suai padan untuk kelihatan lawa dan bergaya sikit. Shai juga gunakan tips ni. 😉

10 Tips Untuk Wanita Bergaya Dan Nampak Mahal

Keseluruhan Pakaian Yang Ada

Semak keseluruhan pakaian korang yang ada di rumah (baju kelawar tak kira, melainkan itu yang korang nak pakai dekat MidValley nanti) dan lihat samada ada baju yang masih elok atau sekadar memerlukan satu dua jahitan/butang yang baru. Pastikan berapa helai pakaian yang dikira basic – iaitu stail klasik dan warna asas (putih, hitam, neutrals, biru gelap) yang mudah disuai padan – ni lah cara korang jimat duit jugak bebenonya.

Pastikan pakaian tersebut terletak elok (tak bermaksud ketat) pada tubuh badan korang. Kalau labuh/longgar tak kena tempat, fit kan semula dengan bantuan tukang jahit atau minta mak buatkan atau buat ja sendiri.

Warna Pakaian

Seperti yang disebutkan tadi, warna pakaian juga penting sebab sebenarnya, nak nampak trendy tak perlu warna ribu riban dalam satu outfit. Cukup 3 jenis padanan warna maksimum iaitu warna 1, warna 2, dan juga warna minor pada aksesori.

Contohnya tudung, cardigan dan baju di dalam warna hitam. Seluar jeans warna biru, kasut warna hitam. Jadi warna minor mungkin ikut semula warna hitam atau biru, atau lain sedikit seperti merah cili, kuning, silver, turquoise, dsbg untuk popping effect.

Dulu masa belajar Shai pakai kasut pesen gini, cuma patent leather turquoise, beli dekat kedai nose tu. hehehe..Shai sorang yang first pakai color n style kasut ni. Very simple, yet it pops 😉

Boleh juga untuk pakai satu warna hujung rambut hujung kaki. Akan berikan efek elegan juga. Satu lagi tip jimat duit. Paling senang warna hitam. 😉

Untuk pakaian bercorak, boleh ja asalkan sesuai dengan saiz badan. Kalau badan kecik tu coraknya sedang2 atau kecil, yang saiz besar pilih yang sedang2 dan besar. Yang penting, sebaiknya satu pakaian aja ada corak print, sebab nak layer print ni sangat tricky dan yang pro reti lah.

macam outfit ni, satu badan warna putih (sampai ke kuku kaki dia). aksesori clutch print, dan jam silver (macam putih juga). minimal kan? Tapi clutch tu bagi efek ‘pop’. Sumber: http://www.freejupiter.com/fashionable-all-white-outfit-ideas-for-women/

Ada tips lain juga, untuk pilih palet warna berdasarkan tona kulit kita cuma nanti Shai akan kongsikan sebab agak panjang. Untuk lebih selamat, warna hitam, putih, kelabu gelap, dan biru gelap sesuai untuk semua warna (dan undertones) kulit.

Pakaian Luar (Outerwear)

Pakaian luar ni wajib, lagi2 untuk mudahkan korang yang nak tutup semua – paling senang, jubah lah, sarung 3 saat ja dah setel. 😀

Blazer, trench coat, dan cardigan adalah 3 jenis jaket paling basic korang ada untuk senang suai padan. Blazer akan bagi korang nampak lebih polished (sebab kat bahu ada struktur), trench coat pun ada strukur, cuma efek lain sedikit berbanding blazer, lebih santai; dan cardigan pula kasual.

Macam senarai jaket yang ada, struktur seperti blazer( reefer, pea), trench coat, dan juga cardigan (wrap, swing, cape). Sumber: https://www.thenandnowshop.com/blog/fashion-dictionary/coats-infographic-types-of-coats/

Paling senang, mulakan dengan warna hitam. Tip jimat lagi. Hehe

Pakaian Denim Dan Jeans

Yang baju atau jaket denim bukan keutamaan sangat. Kalau ada, pakai ja. Jaket denim tu tengok lah ada struktur ke tak (selalunya begitu). cuma dalam artikel ini Shai fokus kepada seluar tu.

Paling mudah nak start, mulakan dengan seluar jeans yang hitam dan/atau biru navy classic tu. Paling senang giler nak match dengan semua baju. Tip jimat sini.

Warna dark neutral tu, yang paling99 basic nak start. yang medium wash tu match juga, as in optional extra. Sumber: http://www.thechicfashionista.com/womens-jeans-2.html

*pastikan juga seluar jeans tu fit elok dengan pinggang ya. Tak nak ada perut terbonjol ke apa, seksa nak duduk/makan juga. Dan khusus untuk muslimah jenis yang elok adalah straight cut (ni tricky untuk pastikan ia tak melekat), wide-leg, atau boyfriend jeans < ni jeans lelaki, beli je dekat bahagian lelaki tu.

*kalau seluar jenis lain, contohnya palazzo kalau ada bagus juga kerana efek feminin dan klasik. Warna pilihan pastilah yang asas iaitu hitam, navy, dan kelabu gelap.

Putih tu bahaya nau nau kalau datang bulan karang. XD

Aksesori

Untuk aksesori ni yang tunjukkan personaliti korang, dan Shai kongsikan yang asas nya. Banyak nak cover kalau detail2 ni. Nak mudah, match aja dengan warna asas, cuma tekstur berbeza sedikit contohnya ada kilat ka, material baldu ka dsbg. Setel.

Kalau nak warna lain, pastikan ia harmoni dengan warna 1 dan 2 ya.

*tudung, in one way ia boleh digunakan dalam bahagian utama atau aksesori, jadi nak ikut warna asas boleh (sebaiknya ada warna ni senang nak matching), atau sedikit ‘pop’. contohnya Shai pakai baju putih, palazzo hitam, jadi tudung ada ja pakai tudung bawal satin hitam ka, tudung warna biru, warna merah, atau turquoise. Nampak ya? 😀

Ikut warna skema ni, dengan warna neutral hitam, putih, navy. Setel. Sumber: Pinterest

Kesimpulan

Nak suai padan baju ni memerlukan skill. Untuk korang mudah nak ingat, masa pakai baju dah siap, ambil lah gambar sebagai rujukan as your signature look, atau nak tukar stail lain.

Dan ya, tip jimat ni kelihatan warna hitam ja, sebab ia mudah disuai padan, dan tak cepat nampak kotor berbanding warna putih. 😀 Dan pastinya tip jimat bermaksud gunakan ja apa yang korang ada dulu, nanti ada duit topup lah mana yang shot. Tu cara Shai buat ja.

Pada Shai mudah dah, sebab gunakan konsep capsule wardrobe, semua baju matching walau beberapa helai ja. Serius. Baca sini ya. 😀

Sumber: 1,2, 3

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

3 Comments

    1. Betul sangat2. Secara tak langsung menjimatkan belanja juga. Haruslah ada budak kecik janganlah pakai baju putih 😅😅banyak lagi warna boleh suai padan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge