Cegah Apa Yang Mungkar. Secara Tersusun

Banyak isu trending sekarang ni (penuh feed fb dan ig hehe). dengan yang paling terkini, adalah isu lelaki berpakaian wanita tu. Tak usahlah disebut nama sebab rata-ratanya pasti dah tahu, apatah lagi ada beberapa yang menyebelahi mereka, tak kira songsang mahupun straight.

Pusing lah macam mana pun, ‘tak apa’ kan lah semua itu. Benda itu tetap salah, jangan dipusing di putar belit lagi,

Salah. Dalam Quran kata salah. Allah kata salah. Celah mana nak pusing lagi?

Mengapa nak menyebelahi? Sebab korang pun begitu? Atau korang tak pun dan tak kisah generasi masa depan (termasuk anak; nauzubillah) rata-rata sebegitu?

Coming out kononnya.

Pedulikan kamu, yang lebih penting adalah majoriti antara kami yang masih fikirkan cara sebegitu tetap tak elok, risaukan anak sendiri, takut kepada Allah masih ada walau secebis di hati.

Noktahkan Saja

Dari marah meroyan membawang, solusi yang boleh kita buat adalah ini sahaja.

Membuat statement dengan marah dsbg cukuplah sekali. Kita tag/request yang lebih berautoriti untuk menegur. Mereka ada hak dan kuasa untuk buat begitu. Kita rakyat awam sahaja.

Lepas tu kita jangan peduli. Jangan sokong. Noktahkan saja.

Sebab jika tidak, ia akan buat mereka lebih menggeletis sebab tak semua orang ada pemikiran beragama.

Maka banyak dan increase reaction will possibly increase followers, equals increase chance sponsor dll. Bermaksud banyak duit untuk mereka. Apa dia peduli buat aksi2 sebegini kalau bermaksud banyak duit. Mana ada fikir haram ke halal kalau dah mainkan agama?

Nak bagi spesis mereka ni, duit kita?

Orang yang buat sebegitu, dah tak solat gamaknya begitulah. Ya, tak semua, tapi khusus untuk makhluk sebegitu, sangat2 pelik jika masih solat (tak kisah lah biasa2 saja) sekalipun berani cakap macamtu.

Maaf, ia pedih tapi itu lah hakikatnya. Sebab tu solat tu tiang agama, sebab tu solat dikata cegah kemungkaran. Sebab tu solat tu wajib. Ikhlas tak ikhlas, ada mood takda mood, buat ja.

Jadi, sangat aneh jika masih solat akan mulutnya lancang berkata begitu.

Solusinya Secara Tersusun Buat Kita

Pedulikan, dalam erti jangan ada satu reaksi. Pada masa sama, jika terang2 ada provok depan mata baru lah bertindak. Ikut keadaan.

Post ini bukan nak mengajar..tapi mungkin solusi ini lebih berkesan sebab selama ni netizen banyak meroyan last2 tak buat apa.

Jakim?

Jakim bertindak dengan report. SOP depa begitu. Kita ada report? Kita report akaun ig je lah (ya, ada ja orang report, maksud di sini adalah full-blown public outrage yang orang report, boikot, dan terang2 mengutuk mengecam hingga kerajaan/polis takda pilihan dan ambil tindakan segera).

Tu point saya. Nak against these behaviour setakat di internet tak kemana. Jadi melakukan suatu tindakan secara tersusun lebih bermakna.

Saya ambil contoh mangkuk hayun yang lari ke US tu. Yang kerjanya buat video2 ‘itu’ dan akhirnya lari ke US, selang sebulan tiga begitu dia akan buat suatu statement/gambar di facebook dia untuk provok public Malaysians. Haruslah kita react dan mengamuk usually kan. Sehingga ada seorang ni maklumkan tujuannya adalah semata pihak US berikan perlindungan kepada dia untuk duduk di sana, jadi bila kita mengamuk meroyan bagai di fb ia akan dibuat sebagai bukti yang nyawanya terancam.

Nampak tak permainannya? Samalah prinsipnya.

Pedulikan Mereka

Jadi ignore mereka. Abaikan secara total sebab makhluk ni tak lebih mahukan perhatian kita untuk banyakkan followers dan duit. Tapi ignore, with hidden action. Bila di provok, bila di depan mata ada kemungkaran cegahlah dengan tangan, jika tak mampu cegahlah dengan suara, paling tidak, dengan hati sahaja kerana itulah selemah-lemah iman.

Sebab islam bukan agama pasif. Ada masa kita dibolehkan untuk bertindak seadilnya, sepatutnya.

Sebab apa? Sebab provokasi sebegini akan rile up people, lepas tu lama-lama orang terbiasa. Sebab tu ada yang menyebelahi kononnya takda apa. Sebab dah terbiasa. Itu yang bahaya.

Sampai terbiasa.

Orang sebegini samada akan menyokong atau teriak bila anaknya jadi macam tu nanti. Kita tak tahu. Apa-apa pun, pastinya kita tak nak anak kita jadi sebegitu, nauzubillah minzalik.

Kita tak nak anak kita terjebak, cukuplah mempunyai kekuatan untuk tarik mereka ke pangkal jalan.

Dan pastinya, soal menjaga aib yang kononnya kita perlu lakukan dan tak perlu sebarkan, hanya akan backfired balik kepada masyarakat. Sebab benda-benda sebegini lah yang buat isu makin menular membarah dalam senyap. Aib bermaksud perlu dijaga untuk elak terdedah, untuk yang suka2 terdedah kita perlu tegur berdepan dan secepatnya sebelum ia membarah.

Yang mencanang/bangga dengan perlakuan aib tu, baru kita tegur/sound secara berdepan untuk jadi pengajaran pada orang lain (selalunya budak-budak lah). Calling out the truth.

Dan perasan tak kebelakangan ini makin menjadi-jadi isu songsang berlaku?

Kelihatan sebolehnya huru-hara dua pokok utama dala kehidupan iaitu keluargaan (as in lelaki jadi pemimpin, pentadbir amanah, dengan perempuan fungsi pembantu dan pemudah cara dll).

Dan juga aspek jantina itu sendiri; iaitu yang pertama dah buat dengan perempuan dengan so called feminism yang sampai kena keras kepala dan kurang ajaran atas nama wanita, manakala lelaki kena ditundukkan dan dilembutkan tanpa ada aspek kelakian yang seimbang.

Perasan tak? Jangan tengok sekarang, tapi perhati dari zaman dulu sampai sekarang..contohnya macam dekat US perempuan semua nak mandi dekat pantai/kolam pakai baju renang bertutup elok. Sekarang terbuka habis. Kan?

Tak percaya takpa. Cuma tu lah, pattern kelihatan seolah mengarah seperti dalam gambar ni.

Percayalah, waktu kita rasa ia mustahil dan far fetched, ia juga sama dirasai oleh generasi ibu bapa kita masa mereka yang aww lembut 2 ni mula muncul. Tak percaya.. Tapi sedikit demi sedikit terdedah sampai kita terbiasa, tu yang berlaku hari ini.

Kita tak percaya Tuhan, tapi kita percaya kata2 ‘pakar’ tanpa check ia selari/tally dengan dalam Quran n Sunnah (entah ahli psikologi mana yang dia petik begitu, kita main ikut ja).

Tak percaya lagi? Lihat video ni sehingga habis.

Untuk quote statement dari video ini:

I want to quickly summarize where we are at the moment. According to current research, pedophilia is an unchangeable sexual orientation, just like for example heterosexuality. No one chooses to be a pedophile. No one can cease being one. The difference between pedophilia and other sexual orientations is that living out this sexual orientation will end in a disaster

Ye, gunakan ja ayat ‘according to research’ : kajian yang mungkin dibayar dan kemungkinan besar tak telus ikut agenda tertentu. Atau lagi best guna ja ayat tersebut sebab masyarakat la ni tak kaji habis2 apa mereka dapat, hanya terus share, viral, kecam atau kesian, lepas tu lupakan ja. Kan?

Inagt balik lah surah al-Hujurat, untuk kita verify setiap news yang ada depan mata. Lebih baik penat, kurang-kurang dapat pahala mencari ilmu dan berkongsi untuk manfaat ramai dari dapat dosa berkongsi berita jahanam untuk manfaat ramai.

Jadi, Apa Yang Perlu Kita Lakukan?

Tetapkan pendirian. Tetapkan pendirian mengikut apa yang telah ditulis dengan terang nyata dalam Quran.

Berikanlah alasan dan teori dan penemuan untuk justifikasi yang perbuatan ini dibolehkan, dan Quran terang2 kata TIDAK kita sebagai hamba Dia nak kata apa?

Indirectly jika begitu kita akan kata Allah yang salah.

Ia salah. Noktah.

Justifikasi mereka bernafsu ke arah abnormal ini sama seperti kita justifikasi mereka yang bernafsu dengan budak kecik atau binatang sebab anda sendiri kata kita takda kuasa nak halang orientasi kita

*(paraphrase dari ayat asal oleh Firdaus Wong).

Dan gambar yang atas itu lah yang slow2 halus sedang berlaku.

Tapi, adakah bermaksud kita nak meroyan, membuat muka cengeng, dan memaki hamun?

Ia takkan selesai masalah.

Hanya kita tetapkan pendirian, dan kita tarik mereka kembali ke jalan yang Allah tunjukkan lurus. Dengan lembut2 dan tegas. Ni pun amanah kita untuk kita buat amar makruf juga (nanti kena soal pula jenuh kan nak bagi alasan).

That’s it. Saya tak setuju dengan kamu. Tapi saya takda isu berkawan dan bantu kamu, ikut apa yang Allah tunjukkan.

You guys are human after all.

Alas.

Dan saya lebih fikirkan being islamically-correct, rather than following the herd for politically-correct.

*herd, as in mindlessly following without proper reasoning. Orang buat kau ikut ja.

Maaf, behaviour yang mereka-mereka ini tunjukkan sebegitu, adalah sangat-sangat gampang.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge