Tips Kerja Dari Rumah Untuk Produktif

Banyak juga post dan artikel mengenai tips kerja dari rumah yang ada, banyak sangat sehingga kita pun naik keliru jugak. Sat kena buat macam ni, sat kena macam tu, last2 kita frust dan kerja bertangguh lagi hehe.. mungkin lagi satu post tips kerja dari rumah ini membantu korang? Sebab ia dari pengalaman Shai sendiri, dan korang tahu lah Shai ni agak perfectionist sikit hehe..

tips kerja dari rumah, tips jimat masa, jimat masa kerja, bisnes online mudah

Shai senaraikan tips-tips kerja dari rumah ini berdasarkan pengalaman Shai buat bisnes online selama 6 tahun (wow lama jugak ek), jadi being a perfectionist (sampai ke tahap mudarat jugak dulu-dulu) Shai akan sentiasa betulkan sistem kerja sampai sesempurna mungkin dan streamline all the work supaya banyak kerja boleh dibuat pada satu masa.

Sebab jadi ibu dan isteri dan buat bisnes online, kalau tak tangkas dan multitasker alamatnya banyaklah kerja yang tertunggu.

Jadi harapnya tips di bawah ni boleh ringankan beban ibu-ibu di sana, serta bantu untuk kita lebih produktif.

Tips Kerja Dari Rumah Untuk Produktif

Tentukan Waktu Dalam Blok

Yang ni paling utama dan paling asas sebab aturan tugasan yang kita kena selesaikan (aspek rumah, diri, keluarga, dan bisnes) ada pecahannya tersendiri, jadi make sense untuk tentukan waktu tersebut dalam blok masa.

Lagi-lagi untuk yang ada anak kecil, nak tak nak blok masa tersebut dipengaruhi bila waktu anak kita tidur dan berjaga kan hehe…

 

Jadi tentukan blok masa ikut kriteria berikut. Lagi baik, catat terus.

Antara kaedah blok masa yang boleh digunakan. Biasa Shai gunakan Pomodoro sebagai asas, dan boleh buat kerja sampai 50 minit ++

Bila Kita Aktif Untuk Kerja Kreatif Dan Kerja Pasif

Pada Shai yang bisnes online dalam kerja kreatif ni (ayat mat salehnya creative works) ni nak tak nak ada pasang surutnya. Tak dan lah untuk kerah otak dapat idea 24 jam beretrusan kan, jadi ada masanya idea mencurah-curah masuk, ada masa lemau ja.

Jadi kenal pasti bila otak kita aktif dan cekap buat kerja, dan masa kita lemau; bahagikan tugasan ikut blok tersebut.

Contohnya waktu otak kita aktif tu yang sesuai untuk kerja-kerja berat dan menggunakan tenaga otak, manakala waktu kita pasif sedikit boleh gunakan untuk kerja-kerja ringan seperti uruskan rumah, beli barang dapur ke, buat solat sunat ke, urus kerja rekod bisnes ke, atau bergomol lah gusti dengan anak (atau suami hahahaha).

*untuk kerja yang memerlukan kita ‘on-call’ sepanjang hari seperti handle mesej customer ke apa, tu nasiblah. Rezeki hehe..

Ni, Shai jumpa 50 jenis tips pengurusan masa yang mungkin sesuai dengan korang. Mana satu yang sesuai?

Antara quick productivity tips yang boleh korang amalkan, hanya pilih yang sesuai dengan situasi dan diri, dan adjust dalam tugasan harian korang. Masa terhad kot

Bila Anak Betul-Betul Memerlukan Perhatian Kita

Waktu ini pula, waktu krtikal untuk anak contohnya waktu dia bangun kena tukar lampin, suap makanan (untuk anak kecil) atau sediakan makanan dan hantar anak ke sekolah/tadika ka, nak tak nak kita perlu ada dengan anak waktu tu (melainkan suami boleh tolong sekali lah).

*ini bukan bermaksud anak kena kelepet dengan kita 24 jam sampai satu kerja apa tak boleh buat ya, sebab ada masa depa boleh duduk sendiri lepas ‘hutang’ perhatian tu dipenuhi (macam kucing lah jugak tu).

Catatkan waktu tersebut (tak kira spesifik atau umum) dan susun tugasan lain keliling waktu tersebut.

Bila Suami Di Rumah Dan Dikira Sebagai Waktu Bersama Keluarga

Yang ni pun krtikal juga, di mana waktu suami berada di rumah. Sebaiknya urusan kerja stop sekejap (melainkan benda kritikal seperti customer mesej ke apa) dan beri masa untuk layan keluarga dahulu.

Tak kira tok laki kerja makan gaji atau berniaga juga, set satu blok masa khusus untuk keluarga ikut kesesuaian.

Ikut korang lah, sejam dua sehari ka, atau satu hari solid untuk berjalan-jalan dengan keluarga dsbg sebab rutin ini akan pegang keluarga rapat-rapat.

Bila Perlukan Masa Untuk Sendiri (Termasuk Waktu Solat Dan Solat Sunat)

Yang ni pun penting juga sebab kalau takda boleh buat gila kot. XD

Masa untuk diri sendiri meliputi waktu peribadi (macam mandi, solat fardhu n sunat), dan juga waktu khusus untuk self-care sedikit seperti melukis ke, baca novel, mahupun tengok drama.

Sebaiknya, tentukan waktu tersebut selepas waktu blok sebelum ini telah ditetapkan, dan maklumkan kepada ahli keluarga yang berkenaan “ini me time saya, jangan kaco sat”, just to catch your breath.

Tak perlu lama pun, takat sejam sehari jika dan pun cukup. Cam Shai buat, self-care meliputi waktu petang sebelum maghrib untuk workout, tengah hari lepas masak+buat kerja bisnes untuk rehat lepas solat zuhur, dan sebelum tidur dengan journaling dan main game sikit hehe.. tolak tambah campur solat2 pun adalah 2 jam ja (itupun tak sampai sebenarnya).

Waktu Kerja Rumah Pula?

Aspek ni memainkan peranan besar dalam hidup perempuan, dan pastinya bertambah bila dah jadi bini, dan berganda bila bergelar ibu. Jadi untuk mudahkan korang membuat tugas-tugas rumah ini disamping berbisnes, harapnya panduan di bawah membantu korang dengan syarat:

Jangan harapkan kesempurnaan

Susun Kerja Rumah Ikut Jadual Dan Bila Urgent

Kalau satu hari kena buat kerja overhaul berulang-ulang mau penat dan semestinya tak praktikal. Jadi solusinya adalah bahagikan tugasan rumah mengikut hari dan ikuti jadual tersebut (lagi baik masukkan ahli keluarga sekali untuk buat, since kita ni bini dan ibu bukannya bibik).

Bahagikan kerja yang perlu dibuat harian, mingguan, dan bulanan, dan set waktu tersebut. Jika korang dah reach point sebegini elok adakan satu planner untuk elakkan terlupa, samada melalui dekat hp atau planner dengan sistem bullet journal seperti yang Shai kongsikan di sini.

Contoh macam Shai buat, seminggu sekali basuh baju dan akan dibasuh pada pukul 6 pagi siap2 dan terus sidai dan sementara tengah mesin membasuh tu kita buat sarapan, sapu sampah dll yang perlu (idokle aku tengah makan roti sambil tuang soflan dalam mesin basuh). Bakul penuh tak penuh, hari tu ja basuh.

Macam contoh senarai ini, bahagikan ikut tugasan harian, mingguan, bulanan, malah tahunan sekalipun. Tugasan ini juga boleh digunakan sekali utnuk beri otak masa berehat, sambil mengemas rumah 😀

Siapkan Keperluan Rumah Dahulu (Masak Nasi, Lauk Semua Siap)

Pagi-pagi sebelum apa-apa sebaiknya siapkan dahulu keperluan rumah seperti lauk pauk, bekal makan dsbg sebelum memulakan kerja. Untuk lebih memudahkan, pilih satu hari yang rilek untuk korang masak lauk sekaligus dan bahagikan ikut portion yang biasa 1 rumah makan.

Resipi lauk campak-campak yang sedap ada di sini.

Hari ahad ni adalah hari planning dan siapkan stok lauk yang siap di masak hehe

Skill Multitasking, Khususnya Untuk Kerja Rumah

Skill ini jadi wajib, di mana korang buat kerja lain sementara tugasan lain masih berjalan. Contohnya masa goreng ayam tu bolehlah cuci sinki ka, sapu sampah ka manakala waktu mesin basuh tengah running pergilah mandi sat, bersarapan, mahupun a quick solat sunat. The kind of multitasking yang membantu streamline kerja dengan cepat.

Asingkan Ruang Kerja Dan Baju Kerja

Tips ini lebih kepada psikologi, di mana mengasingkan ruang dan baju kerja akan membantu korang lebih fokus ketika bekerja dan seterusnya lebih banyak tugasan boleh siap dalam masa yang singkat.

Pengasingan ini juga, sedikit sebanyak beri signal pada ahli keluarga lain yang kita serius ketika buat bisnes ini, jadi membantu untuk lebih harmoni. 😀 Tak perlu beli ring folder sampai 10 pun. Cukup sekadar satu ruang kecil khas, dengan alat tulis dan peralatan yang perlu dalam berbisnes.

Baju kerja ni pula bukan sampai kena pakai blazer pun (if that’s your thing) tapi cukup sekadar baju yang kemas dan cantik, sedikit sebanyak beri signal dekat otak untuk in tune dan fokus ketika bekerja.

Berkat Masa, Tenaga, Dan Wang

All in all, ini yang paling asas iaitu aspek keberkatan masa. Secara peribadi pada Shai, tips ini tak bertahan lama sekiranya kita tak jaga aspek kerohanian untuk keberkatan masa. Waktu solat fardhu dahulukan dulu, amalan sunat ikut korang lah macam mana seperti amalan menjemput rezeki, permudah urusan dll.

Masa itu makhluk Allah juga. He controls time.

Paling penting, jangan buat benda-benda ini. Buang etrus tabiat sebegini

Kesimpulan

Kesimpulan dari post ini juga nak tunjuk, bila isteri buat bisnes online ni banyak benda dia kena korbankan juga dan pastinya sedikit sebanyak membantu lega sikit bebanan suami nak tanggung belanja rumah. Alang-alang sokonglah sikit yek. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge