Weightloss Workbook: Panduan Kurus Mudah Dan Lengkap

Sejak Shai memulakan blog ini banyak dan kerap juga Shai dapat whatsapp dan pm dekat fb tentang isu kurus/turunkan berat badan ni – mana tak nya Shai dah lama berkecimpung dalam bidang kesihatan/kecantikan ni dekat 7 tahun dah kot – jadi pelbagai masalah yang dialami Shai bantu bagi penyelesaian yang terbaik untuk kurus2 ni.

Yelah, lain orang lain isunya, jadi nak bagi penyelesaian pun kena yang betul-betul sesuai dengan masalah orang tu. Mana boleh pukul rata (lagi-lagi yang ada masalah kesihatan yang berat seperti kencing manis, gastrik, sakit lutut dsbg).

Pelbagai Cara Yang Ada Untuk Kurus

Sebab tu ada banyak pilihan disediakan untuk dapatkan berat badan yang di ingini kan? Ada yang all-out terus dengan fitness trainer (yang selalunya digabungkan dengan doktor pemakanan sekali) atau melalui program weightloss yang ada (yang London2 tu), ada yang melalui fb grup kurus yang ada, ataupun melalui support grup kurus melalui whatsapp untuk sama-sama kurus (grup support tu ada bila-bila masa, yang wanita sahaja, kalau nak sila ke sini ya, standby untuk pengumuman

Antara sebab biasa mengapa kita tak dapat capai berat target sampai hari ni. Yang mana korang ada dalam senarai ini, ertinya dah tiba masanya korang ambil tindakan segera untuk buang lebihan berat tersebut

Yang penting kita sendiri ada komitmen dan fokus untuk dapatkan berat badan ideal, serta ikut pilihan yang kita pilih, fulus untuk sediakan program kurus tersebut.

Kalau tak commit, alamatnya bukan sahaja masa terbazir, duit pun sama walaupun ilmu yang dapat, tapi tak digunakan pun takda makna juga.

Menggunakan Weightloss Workbook Sebagai Cara Untuk Kurus

Jadi sebab-sebab sebegitu, dalam blog kesihatan yang Shai sediakan khas untuk korang di mommysado.com, Shai sediakan sekali panduan kurus Weightloss Workbook Series untuk memudahkan korang untuk kurus.

Apa itu Weightloss Workbook Shai?

Weightloss Workbook ni satu panduan kurus yang Shai sediakan selepas pengalaman konsultasi dalam aspek kurus ini, Shai kumpulkan dalam satu panduan mudah yang lengkap, untuk bantu korang kurus.

panduan kurus
Judul terkini yang ada dalam Weightloss Workbook Series ini

Dekat beribu-riban jugak Shai konsult untuk korang dalam kurus ni (sampai tak menang tangan jadinya haha) dan Shai dapati ada isu yang sama berulang-ulang yang korang alami yang menyebabkan korang tak dapat-dapat nak buang lebihan berat badan tersebut.

Dengan kata lain, diet ku kelaut sekali lagi……

Mengapa Panduan Ini Membantu. Apa Kelebihan Untuk Saya?

Antara isu yang biasa korang alami ialah masalah tak tahu nak makan apa ketika berdiet, tak tahan godaan nak makan (lagi-lagi ketika makan di luar atau balik rumah mak – mak pulak masak sedap-sedap), dan frust tengok berat yang ditimbang tak berubah-ubah.

panduan kurus, cara cepat kurus
Antara isi kandungan dalam Weightloss Workbook | Kerja. Tebal dan penuh dengan info, jadual, dan gambarajah untuk korang ikuti dalam proses kurus ini. Tak main separuh-separuh beb!

Masalah itu antara yang kerap Shai dengar aduhai..bukan korang je, Shai pun macam tu lah dulu kot. *cue lagu kita serupaaa…

Jadi untuk selesaikan masalah tersebut, dengan panduan ini Shai harap akan selesaikan masalah yang korang alami dalam proses kurus ini, sebab menu, panduan dan tips, rutin senaman, dan pelbagai alatan disediakan dalam satu rujukan sahaja.

Jadi tak perlu cari merata-rata, semua dah tersedia dalam panduan ni sahaja, refer ja dekat dalam handphone korang.

Dan panduan tersebut yang Shai sediakan tak terhad kepada ibu menyusu ja; lelaki dan wanita, yang bekerja, yang pelajar pun ada disediakan. Dan sekarang Shai tengah sediakan panduan yang khusus untuk orang yang nak kawin/tunang sekali. 😀

*untuk makluman, Ebook Atkins untuk Ibu Menyusu telah digantikan dengan Weightloss Workbook | Ibu Menyusu dengan isi kandungan yang lebih banyak dan semestinya lengkap. Baca sini ya.

Weightloss Workbook Pasti Menjadi Ikhtiar Terbaik Untuk Anda

Jadi, selepas beribu-riban konsultasi dan masalah yang dialami Shai kumpulkan dalam satu panduan, Shai yakin panduan kurus ini menjadi ikhtiar terbaik untuk korang, sebagaimana ia telah membantu yang lain.

Korang boleh baca testimoni dari ebook yang lepas, bagaimana approach Shai untuk kurus membantu yang lain sebelum ini.

Waktu artikel ini ditulis, kalau nak guna sekali dengan berpuasa pun boleh juga, malah hasilnya lebih cepat inshaa Allah, sebab panduan ini boleh dijadikan sebagai booster dalam berpuasa sekali.Takdalah nak mentedarah masa berbuka dengan 50 jenis kuih nanti XD

*psst..korang boleh dapat rebate balik sampai RM20 tau, kalau korang ikuti syarat dalam Weightloss Workbook tersebut. Untuk bermula, klik sini dan cari panduan kurus korang yang mana yang sesuai.

 

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge