Amalan Jimat Masa Waktu Berpuasa

Tips dan amalan jimat masa waktu berpuasa, yang Shai amalkan setiap kali ramadan nak mai.

Sebab kalau dengan Shai, apa-apa yang dibuat seboleh Shai pastikan ia menjimatkan masa dan tak memerlukan kena buat 2x. bukan sebab malas pun (adalah sikit) tapi sebab dah cukup banyak kerja yang memang kena buat berulang-ulang seperti basuh baju sampailah ke basuh pinggan yang rasanya tak perlu tambah tugasan lain lagi kot.

Lagi-lagi bila puasa, sebolehnya nak low-key sikit untuk banyakkan zikir n solat sunat sebab banyak kebaikannya, jadi tips di bawah ini sentiasa diamalkan, dan harapnya membantu mommys di luar sana juga. 😀

amalan jimat masa waktu berpuasa, mudah puasa, urus masa ketika berpuasa

Amalan Jimat Masa Waktu Berpuasa

Membuat Stok Makanan Untuk Sahur Dari Awal

Ini antara tabiat baru yang Shai amalkan yang telah diperkemas sistemnya dengan optimum sekali. XD. Lagi-lagi bulan pose Shai tak kuasa nak bangun dan baru nak masak sahur. Sebab lambat sikit warmup, jadi mamai2 ini terus buka api, panas air, sambil tu cuci muka dan gosok gigi lepas tu panas elok lah air dan lauk untuk dimakan.

Jika lebih rajin, peruntukkan satu hari dalam 4 hari sebelum mula puasa untuk masak lauk pauk untuk dimakan ketika sahur, dan disejuk bekukan siap-siap ikut portion satu keluarga makan. Lauk biasa-biasa sudey; ayam kicap ka, ayam masak merah ka (resipi campak-campak ada di sini, senang dan siap dalam 30 minit ja), atau ikan goreng dengan kuah kicap gitu.

Jadi sehari sebelumnya keluarkan bekas untuk sahur esoknya dan simpan kat bahagian bawah peti, waktu sahur panas lah balik, dengan nasi dimasak siap semalamnya. Setel.

Standby Dengan Satu Telur Papan, Roti Gandum Dan Peanut Butter

Telur satu papan dengan roti dan peanut butter/jem/kaya sebagai makanan standby, lagi-lagi jika terbabas sahur. Malah telur tu boleh buat lauk tambahan; kalau tak cukup lauk lain boleh topup dengan telur dadar telur rebus ka. Setel.

Yang ni memang item sebati dengan hidup Shai haha

*biskut weetameal atau hi-fibre pun sangat-sangat ok.

Sediakan Stok Makanan Untuk Berbuka

Stok makanan untuk berbuka boleh dari lauk-pauk special yang ingin dimakan, atau yang sentiasa ada ketika berbuka macam kurma lah. Tak payah beli berulang-ulang atau lagi sadis, masa nak berbuka tinggal sebijik je untuk keluarga 10 orang.

Rancangan Lauk Pauk Dan Kuih Sepanjang Berbuka

Yang ni amat membantu untuk keluarga (bukan untuk ibu je, anak dan suami kena ikut sekali lah baru adil). beberapa hari sebelum mula puasa atau pada minggu pertama, rancang lauk dan kuih yang ingin di makan sepanjang 30 hari ni.

Lauk dekat bazar rotate2 sama jugak dengan juadah standard mesti ada. Jadi ambil pendapat keluarga untuk pilih nak makan apa yang mengidam waktu bulan puasa, dan beli ikut senarai tersebut, dan jika ada teringin, adjust untuk hari keesokkannya jika mengizinkan. Setel.

Maklumlah beli time perut yang dah kosong 14 jam semua benda nampak sedap hehe..

Kesimpulan

Amalan jimat masa waktu berpuasa yang biasa Shai amalkan ini tak lebih sebagai cara nak menjimatkan masa, serta nak elak buat kerja 2,3 kali. Semoga membantu mommys ya, sebagaimana ia membantu Shai, alhamdulillah.

Untuk tips kesihatan, bagaimana korang tak cepat lembik masa bulan puasa, klik sini.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge