Harapan Baru

Berakhir sudah penantian, bangun pagi pun terasa seolah ada harapan. Korang pun rasa begitu tak?

Mungkin sebab tu di namakan Pakatan Harapan? Sesuai sungguh. XD

Debaran sejak seminggu lalu memuncak malam pengiraan undi tu, sampai satu Malaysia lewat tidur tunggu keputusan (dan marah2 SPR sekali tu sebab lambat sangat ;spekulasi tak payah cakaplah, ada tanya kalau2 ada sibuk beli mesin shredder malam tu).

Harapan Baru Untuk Generasi Baru

Bukan kita ja berdebar malam tu;satu dunia dok perhati kita. Orang luar terkejut tengok peralihan kuasa yang berlaku.Tenang dan damai ja. Takda apa2. Semua orang dah puasa hati sebab bertukar, jadi hanya buat kerja seperti biasa, sementara mereka yang diamanahkan tu, buat kerja mereka.Syukur juga ada mesej forward2 yang menyatakan untuk bersedia dan berjaga2 kalau ada rusuhan/provokasi. Ada cubaan pun sebenarnya. Tapi orang dah tak peduli. Orang dah penat. Orang nak cari duit untuk keluarga dan anak sekarang ni.Dan ia adalah satu taktik basi. Cukuplah, orang muda tak sibuk2 pasal perkauman dan agama. I respect you, I acknowledge the weaknesses, I’m aware that healing the weakness will take me further in my goal.

Khusus untuk orang kita, nak laungkan ketuanan Melayu pun tak kemana kalau takda duit nak bagi makan dekat anak kita.

Mereka2 yang dok hunus keris laung kedaulatan Melayu, takat mana kita waktu tu. Banyak mana duit rakyat mereka sapu.

Lebih baik kita jaga budaya Melayu kita sebaik mungkin, sambil fikirkan cara terbaik nak angkat diri kita setinggi yang mungkin.Agaknya ini yang dikatakan sebagai harapan. Hope. Having faith that everything works out fairly and squarely.

Sebab orang, by right dia tak marah bila hidup susah, asalkan ada harapan, asalkan perspektif tak sempit. Kalau hidup susah dan sempit memang buat orang jadi gila jadinya.

Orang, by right tak marah kalau pemimpin merasa jet mahal kereta besar asalkan buat kerja. Ni perhabis duit bagai nak rak lepas tu suruh rakyat ubah cara hidup, atau teruknya dia kata duit itu candu, amboi mulut..kami yang susah payah ni fikir anak, orang tua, dan keluarga juga.

Orang, memilih asasnya kerana prinsip. Kalau orang yang dipilih cakap tak serupa bikin memang akan ditolak tepi.

Kini tidak lagi, alhamdulillah. Harapnya lepas ni hidup kita berubah baik bila kita usaha dan tawakal sepatutnya,ikut sunatullah, instead fikiran dan perspektif kita disempitkan dengan pelbagai kekangan yang ada waktu dulu. Serta perubahan perspektif dan attitude kelas pertama, seiring dengan kerajaan baru.

Dan kita tahu, kita ada kuasa

Kita Balik Semula Ke Masa Lalu

Kita balik ke semula ke masa dulu. Kita balik ke waktu Tun Mahathir dengan team dia yang power (on the way tunggu Anwar pula) memerintah negara.

Kita lihat balik bagaimana Tun angkat sumpah jadi Perdana Menteri, sama seperti mak ayah kita lihat dekat TV3.

Kita balik semula. Dan kita sama-sama bina negara. :_)

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge