Review: Elianto Brilliant Riche Lip Color (Matte)

Asal dapat lip matte Elianto Brilliant Riche Lip Color ni daripada diskaun dalam Digi Rewards tu, itu pun sebab tertekan dekat butang ‘redeem’. kalau tak ambil barang tu kan, dia tetap bil kan jugak dalma bil internet kita bulan depan. Nak tak nak, gigih jugaklah pergi ke Mid Valley semata-mata nak tebus lip matte ni. XD Ok lah jugak, boleh Shai review untuk korang ye dok.Review: Elianto Brilliant Riche Lip Color (Lip Matte), review, lip matte, swatch

Yang menarik dengan trending lip color ni, lip matte dah jadi trend kuat sekarang ni, lebih daripada trend lipstick yang ada glitter/shimmer nak lawan lipstick yang tekstur krim dan satin. Tambahan pula, packaging pun dibuat dalam bentuk botol dengan berus (berbanding yang jenis twist) dengan color yang lain daripada lain (tengok dah Fenty Beauty Mattemoiselle dia?).

Jadi alang-alang Shai nak cuba juga. 😀 Mana tahu kena dengan diri, buat pakai hari-hari (ye, kat rumah pun pakai jugak kalau dan dari terbiar membazir. Lepas tu doa tak sudah2 jangan wuduk terbatal hahaha XD).

Review Elianto Brilliant Riche Lip Color

Dalam banyak-banyak shades yang ada dalam koleksi ni, Shai ambil yang warna oren-brown-terracotta sikit. Sebab tak dibenarkan abe untuk pakai lipstick warna mauves and nudes sebab nampak macam milo basi (apa punya analogi) or dalam beauty lingo nya, washed out. -.- .

Patutlah dia kata kissproof. Memang warna tak tanggal melainkan korang cium menggomol, terbukti dekat pipi labuh Naz muehehe..Kredit: http://farishanadia.blogspot.com/

So the safe color I can wear is the code 03, Blissful, yang dua dari kanan tu.

Review Dan Swatch Yang Dibuat Untuk Elianto Brilliant Riche Lip Color Ni

Dan review untuk korang, Shai buat selengkapnya untuk (inshaa Allah) membantu memudahkan korang untuk decide jika ia sesuai dan berbaloi untuk korang. 😀

Selepas buat persediaan sebelum pakai lip matte ni (sebab lip matte ni kena special sikit pemakaiannya agar tak nampak bercapuk dan buruk ghupenye), Shai sapu lip matte tersebut, macam biasa.

Takda tutorial. Takda kepakaran dan kesesuaian tempat nak buat dekat ig, melainkan korang nak tengok bakul baju bersih bertimbun dekat belakang. XD

Hanya sekali sapu, dah cover secukupnya (boleh tambah sapuan kedua jika nak) dan itu pun pigmen dia pekat dan rata warnanya (haruslah kan. Harga dia RM39.90 kot). solid appearance, holds together nicely and the best is the color have strong hold.

Review: Elianto Brilliant Riche Lip Color (Lip Matte), review, mommylotte

Perbezaan antara cahaya matahari dengan cahaya lampu putih. Nampak pekat sekali sapu ja tu

Serius dia terletak elok ja walaupun Shai minum dekat cawan pun warnanya tak tanggal. Which means jika korang nak tanggalkan kena pakai makeup remover atau gunakan minyak zaitun/kelapa. Tak cukup sekadar wet tissue atau air paip ja ni.

Dan warnanya kekal solid dan terang lepas 3 jam pemakaian juga, dan pada kadar ni, Shai expect ia boleh tahan lebih 8 jam, melainkan korang makan benda berminyak dengan banyak nanti dia tanggal juga sedikit demi sedikit. Dan ada review from blogger ini untuk produk ini juga, untuk korang baca sekali.

Swatch untuk kesemua 6 warna dalam koleksi ni. Kredit: kitty348.rssing.com

Dan kesimpulannya, 6 ciri-ciri yang lip matte ini tunjukkan, semuanya terbukti dengan testing yang Shai buat ini. ^^v

Kesimpulan

Untuk harganya RM39.90, berbaloi juga hasil dari produk ni sebab warna pekat, solid dan kekal untuk masa yang lama (membazir lah kalau tiap 10 minit kena pergi toilet nak touchup. Membazir masa lagi). Untuk Shai personally, pakai time ‘tengah bulan’ kalau tak nak membazir rich, solid pigment from this lip matte, atau doa banyak2 lah jangan terbatal wuduk masa pakai nanti. XD

Sebab time ‘normal’ elok lip products yang jenis cepat tanggal dan/atau boleh hilang sendiri – untuk itu jenis creamy biasa atau tinted lip balm is the best option.

Hey, just explaining the practicalities here dan Shai seboleh-boleh nak apa yang dibeli, biar menang memakai. Realiti kan?

Korang ada lip matte apa yang jadi kegemaran? Pakai hari-hari atau sekali sekala sebab lip matte ni boleh keringkan bibir jugak kan. Jika membantu review ini, share di komen jika ya, atau idea lagi tau. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge