Prosedur Pendaftaran Sekolah Untuk Anak Autism

Post ini untuk ibu-ibu (selalu ibu yang sibuk benda macam ni hehe) yang nak tahu pendaftaran sekolah, khusus untuk anak autism. Sebab agak berbeza sikit ikut kategori, jadi Shai kongsikan apa yang Shai tahu dalam post ini.

pendaftaran sekolah, prosedur pendaftaran sekolah, daftar online, autism, pendidikan khas, integrasi

Pengalaman pertama katakan. ^^v

Memang kalut juga Shai nak buat sebab agak konfius dengan prosedur dia. Sampai Shai terfikir ingat nak buat surat ke Jabatan Pendidikan Negara untuk minta tangguh Naz selama setahun untuk dia catch up.

Shai call kepada sekolah yang paling dekat (5 min ja jalan kaki), dia kelas biasa ja yang takda kemudahan untuk isu Naz. Jadi sekolah boleh ja terima, cuma kita fahamlah takut ada kekangan sebab nisbah kan 1 cikgu dengan 35-40 murid. Kesian pula dekat Naz.

Telefon ke JPN pula, rezeki Shai dapat direct dengan ketuanya terus, dia maklumkan yang untuk Naz sebab dia mild autism tak perlu spesifik ke apa sebab ada pilihan samada nak ke sekolah pendidikan khas, atau sekolah rendah integrasi. Tak perlu der nak tangguh2 ke apa. Tu hanya untuk isu2 serius cam kena terbaring kat katil ke apa ja.

Hehe..memang kena call nak confirmkan semua butiran sebab bila google susah nak jumpa. Dan tambahan maklumat juga Shai search dalam grup rasmi untuk autism di sini.

Prosedur Pendaftaran Sekolah Untuk Anak Autism

Pemilihan Sekolah

Sekolah Pendidikan Integrasi

Yang integrasi ni, ada kelas asing untuk budak2 dengan isu ni (autism, ADHD, dyleksia dll), dan untuk certain subjects dia include sekali supaya budak2 terbiasa with each other (yelah, isu dengan condition ni pun, sebab nak bagi biasakan as normally as they can ja).

Jadi maklumat yang Shai dapat daripada JPN ni, kena sekolah yang under kawasan Bangsar/Pudu, boleh terus dapatkan maklumat melalui PPD kawasan tu untuk tanya sekolah mana yang sesuai. Untuk yang berada di kawasan KL/Selangor, korang boleh check sekolah mana under PPD mana di sini ya (negeri lain Shai tak jumpa, korang call di Jabatan Pendidikan Negeri masing2 untuk tanya, atau terjah ja terus).

Khusus untuk kawasan Wilayah Persekutuan, senarai sekolah yang ada ppki (integrasi), korang download dekat sini 1 dan 2. Shai tak ingat jumpa di mana, save ja dalam dropbox just in case.

Sudahnya, tinggal satu sekolah yang paling dekat dengan rumah, dan ada integrasi (nanti Shai bagitau dekat mana, bila dah confirm Ogos ini hehe). Jadi lepas jalan-jalan sekejap dekat sekolah tersebut dan puas hati, baru le boleh daftar online dengan senang hati. 😀

Pendaftaran Online

Untuk daftar online ni, ikut pautan di sini , dan isi butiran untuk register. Ikut korang macam mana anak first ke apa, untuk isikan butiran anak yang diperlukan.

Sebelum daftar sediakan siap2 buku kesihatan anak sebab maklumat perubatan (yang vaksin) semua ada di situ, isikan sahaja sampai rasa lenguh (sebab banyak sangat hehe). Dan isikan sehingga ke last page untuk sahkan.

Bukan ni, klasik giler. Shai punya warna hijau gelap hehe
pendaftaran sekolah anak, pendaftaran online
Ni contoh bukunya. Kredit: http://www.benashaari.com/

Ada dua link biru di akhir page tersebut, right click untuk print kedua2 salinan tersebut. Satu tu butiran yang kita isikan tadi, dan satu lagi pengesahan makluman dari ibubapa/penjaga untuk anak kena inject nanti masa nurse datang sekolah (tetanus dll tu, yang macam kita kena dekat lengan kiri yang buatkan kulit tak peloles lagi huhu).

*ingat tau boleh kemaskini 3x ja jadi kena pastikan betul2 butiran yang ada. Kalau tak sure tak isi pun takpa sebab dia save setiap kali kita ke next page ja (bagus feature ni).

Penyediaan Dokumen Untuk Pendaftaran

Di salinan yang kita print tu, yang salinan butiran penuh anak ada senarai dokumen yang diperlukan untuk kita hantar ke sekolah tersebut. Ada yang kena bawa asal sekali jadi check ya. Tak perlu cari pegawai/ketua kampung untuk sahkan ke apa sebab staf di pejabat nak semak sekali lalu dan confirm kan dokumen2 tersebut.

Salinan Doktor Permohonan OKU

Untuk yang bekeperluan khas ni Shai assume korang dah buatkan kad OKU. Jadi salinan yang doktor isikan untuk dibawa ke JKM tu ada dalam simpanan korang, buat salinan sekali untuk hantar dokumen tersebut. Kalau takda, boleh datang semula ke JKM dan maklumkan kata nak surat doktor untuk pendaftaran sekolah anak. Helpful staff akan print dan cop kan kata ini salinan yang sah dalam database depa untuk ditunjukkan sekali kat pejabat sekolah.

Lepas setel hantar dokumen tersebut, tunggu semakan pengesahan pendaftaran bulan Ogos nanti. Kalau tak dapat sekolah tu, boleh buat rayuan ja.

*boleh standby survey sekolah lain, atau standby surat rayuan terus just in case

Update: Semakan Permohonan Online

Shai baru sahaja semak hasil keputusan pendaftaran sekolah awang kecik ni, sebab ada ja situasi yang permohonan kita ditolak (jadi kalau nak sekolah tu jugak, kena buat rayuan online). cam contohnya ada Shai baca sekolah kat Putrajaya untuk budak2 duk sana ja. Gitulah.

So anyway, nak semak permohonan adalah ikuti langkah berikut:

  1. Gi semula ke pautan ini, yang kita daftar untuk anak masuk sekolah tu. Login lah dengan IC n password korang
  2. Klik semakan permohonan, nanti ada paparan butiran anak dan butang kuning semakan, klik situ
  3. Tengok pendaftaran sekolah sama tak dengan yang korang nak. Kalau ya, klik semakan ke apa entah tak ingat, dia atas perenggan khusus untuk rayuan tu. Nanti dia akan keluar tanda ‘right’ hijau, dan butang cetak surat tawaran
pendaftaran sekolah, prosedur pendaftaran sekolah, daftar online, autism, pendidikan khas, integrasi
18/04/semakan-sekolah-tahun-1-page.jpg”> klik butang kuning ‘semakan’, dan paparan seterusnya seperti di gambar kiri tu ada. Check details dulu, kalau betul sekolah tu korang nak, klik butang di ruangan ‘Sekolah Ditempatkan’ dan cetak surat tawaran. Kalau tak berkenan, butang rayuan merah tu ada untuk korang appeal sekolah korang nak

Surat tawaran adalah seperti di bawah in

[/caption]Surat tawaran adalah seperti di bawah ini. Jadi print lah 2,3 keping ka, set dengan dokumen2 lain, get ready ukur baju anak dan mulalah bershopping baju sekolah anak. 😀


pendaftaran sekolah, prosedur pendaftaran sekolah, daftar online, autism, pendidikan khas, integrasi

Pengesahan pendaftaran sekolah ni dari 1/8/2018 sehingga 30/9/2018 online ya (rayuan punya pun ending tarikh sama). Buat cepat2 sebab ambil masa 10 minit gitu ja. Padan dengan masa  dan populasi budak sekolah kalau nak berkira gov server asyik down hehehe..

Tak lama lagi, kena lalui fasa ni lah..naz besar nanti kena hantar masuk U, atau starts being independent.

That’s what parents do kan? Help them being a survivor in life. 😊

Kesimpulan

Ni panduan secara umum yang Shai dapat dari daftarkan sekolah anak tempoh hari. Semoga membantu ya. Nanti ada apa2 info terbaru Shai akan tambah di sini untuk mudahkan rujukan. 😀

Dalam post ini juga, Shai ucap terima kasih kepada staff di JPN, JKM, dan sekolah, dan blessings to you sebab sangat2 membantu sepanjang kekalutan daftar anak ni. Sampai ada yang tanya “ini anak first ya puan?” hahaha..obvious sangat kekalutan aku. -.-

Korang pun, ada apa2 info komen di sini juga, boleh sama-sama sharing ya.

Untuk pendaftaran online ini, tamat 30 April 2018 ini ya.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge