7 Cara Untuk Surirumah Untuk Banyak Masa Dan Setel Banyak Kerja

Apakah cara untuk surirumah banyak masa? Suri rumah jika ditanya tentang tugas mereka mesti mereka akan jawab “takkan pernah habis”. Mana taknya, baru ingat dah setel semua kerja rumah ada pula benda lain nak kena hadap; baru 5 minit dah kemas ruang tamu kejap lagi anak sepahkan mainan di situ. Haha..

Jadi Shai kumpulkan tips yang paling top dalam website2 ibu-ibu yang ada ni, untuk bagi kita idea bagaimana nak setelkan urusan rumah dengan teratur, dan banyak masa, serta setel semua kerja, pada hari ini.

cara untuk surirumah banyak masa, mommylotte, jimat masa, produktif

Surirumah Je? Yang Kami Ibu Bekerjaya Ni?

*Nota: post ini bukan semata-mata nak highlight suri rumah aja: mana-mana wanita/isteri/ibu yang ada rumah pun dikira juga kerana tipikalnya, dekat rumah siapa yang kena urus dan masak semua?

Perempuan kan.

Jadi tajuknya menjurus kepada surirumah adalah tidak lebih untuk highlight stigma yang dialami, seolah surirumah ni setakat bibik jaga rumah, orang gaji, tak berduit, bau hanyir, dan kerjanya nak membawang je.

Bawang ni tak lebih kegunaannya dari dipotong dan dicincang untuk masakan ja

Sikit je populasi bawang tu, yang lain surirumah dah moden ok. ^^v

Maka selagi kita perempuan selagi tu lah kita kena hadap rumah nak diuruskan (*cue muka pasrah). Ada kerjaya ke tidak, masing2 ada sibuknya yang tersendiri, ikut minat/tanggungjawab serta keizinan Allah bagi.

So, back to the topic. Apakah cara dan idea yang boleh bantu surirumah lebih banyak masa dan setel banyak kerja?

7 Cara Untuk Surirumah Untuk Banyak Masa Dan Banyak Setel Kerja

Jadi Minimalis

Konsep minimalis ni makin trending sekarang ni kerana sebabnya: anda hanya gunakan apa yang perlu sahaja (yang perlu tu yang guna hari-hati, bukan hanya waktu kenduri). mana yang hari2 hadap, serta guna untuk cukup seminggu lebih diletakkan di tempat utama, manakala yang tak perlu dibuang atau diasingkan dalam satu tempat (dalam kotak ka, dalam stor contohnya).

Sebab lain orang lain keperluannya, konsep ini agak subjektif jadi korang yang surirumah tu, tentukan sendiri benda apa yang guna hari-hari dan simpan benda lain tanpa rasa sentimental (ni yang biasa orang perempuan lemah hehe..banyak memori. Shai gitulah juga haha. Nak kemas pun dekat 2 jam. Sejam tu habis nak ingat balik kenangan je).

Korang boleh checkout konsep simpanan minimalis seperti KonMari Method (yang ni superb pada pandangan Shai, kerap digunakan dalam organize barang2 mekap, buku, dan baju) dan juga idea capsule wardrobe, seperti yang Shai kongsikan di sini. Serius, sangat jimat masa basuh/lipat baju n masa nak pilih baju sekali.

Gunakan senarai ini untuk cuba konsep konmari. Senang giler

Dan kelebihan jadi minimalis ni, rumah nampak lapang dan tak banyak lah benda nak kemas hehehehe…

Adakan Satu Sistem Untuk Aturan Rumah Yang Ahli Keluarga Semua Kena Ikut

Sistem perlu ada untuk tak bagi suatu organisasi berterabur dan prinsipnya pun sama di rumah juga. Cuma idoklah nak sediakan SOP, meeting bagai dekat rumah dengan baju formal. Cuma sistem rumah ini, sebagai peraturan untuk setiap ahli keluarga ikut agar aturan rumah teratur dan tak bebankan surirumah yang jaga dan urus rumah 24/7 ni.

Secara tak langsung, peraturan ni juga membantu untuk setiap ahli keluarga hormat dengan ‘tuan domain’ tersebut iaitu ibu/isteri kita, sebagai seorang ibu/isteri.

Takda kebebasan? Ambil satu ruang dan buat ikut suka hati sahaja dekat situ. Nanti kalau ada barang hilang jangan ditanya mak ko nanti kena piat nanti. XD

Untuk surirumah, adakan sistem yang cover aspek utama rumah seperti:

  • Sistem kemas rumah: iaitu hari apa untuk kemas apa (contohnya jumaat malam basuh baju sekolah anak n kasut depa dulu, sabtu pagi baju biasa; seminggu sekali barang dapur dll)
  • Menu plan: menu untuk jimat masa supaya tak termenung fikir nak masak apa dan memudahkan penyediaan lauk2. Pelbagaikan setiap 2 minggu supaya tak bosan melainkan anak beranak tak komplen.

Untuk idea resipi ayam dan lauk simple campak2 yang Shai buat, klik kat link dia tu.

Multitasking Mana Yang Perlu

Orang kata multitasking akan lemahkan fokus kita, namun pada Shai amat perlu bila kita jadi surirumah, cuma kita pilih dengan bijak.

Shai gunakan konsep parallel processing (ni konsep dalam memori komputer, tapi sama prinsipnya dan bunyi pun canggih sikit); mana yang boleh buat sekaligus, Shai longgokkan dalam satu batch.

Contohnya pagi Shai akan angkut baju masuk mesin basuh sampai full loading.

Sementara dia running tu Shai solat subuh dll, buat quick breakfast dan buat stretching pagi sambil dengar podcast ke apa; ataupun masa Shai buat lauk sekaligus untuk makan 3,4 hari kan benda tu ambil masa lama kan, sambil2 tengok2 lauk berkuah tu masak, Shai buat kerja lain: sapu sampah ka, kemas rak buku ka, mainan anak, ajar Naz baca buku dll yang dalam 5 minit ja setel. Macam tu lah, asal boleh nak multitasking, Shai buat.

Anak Dilatih Untuk Kemas Rumah Ikut Umur Yang Sesuai

Yang ni lagilah, amat-amat membantu: dari kecil, anak dilatih untuk mengemas rumah sesuai dengan umur dan kekuatan mereka, sedikit sebanyak ringankan tugas ibu. Bio le awal2 tak cantik, lipat baju pun tak align lama-lama dia mahir lah tu.

*ya, ada isu di mana sebahagian ibu2 yang nak buat semua: mungkin mereka tak nak rasa bersalah, atau simply mahukan anak itu fokus pada belajar dahulu. Cuma tu lah, pandangan ini tak berapa relevan seperti dulu kerana:

Selain kelihatan sneaky sebab ibu boleh lepas tangan sikit hehehe..sebenarnya melatih anak buat kerja2 rumah ni dari awal akan buatkan dia rasa bertanggungjawab dan rasa dekat dengan rumah (secara tak langsung, manja dengan maknya), selain boleh melatih berdikari sekali.

Setidaknya, takdalah lagi luahan krt kata suami tak tolong bla bla bla ye dok. Zaman dulu boleh lah yang perempuan di tekannya untuk urus rumah dan yang lelaki di bio, la ni laki tak boleh bawa diri dekat dapur memang ketinggalan trend lah engko.

Boleh gunakan senarai ini, dan tanda mana anak yang dah mahir

Senaman

Boleh kedengaran bunyi mengeluh haha.. sebenarnya senaman yang dimaksudkan ini bukan yang memerlukan kita kena drive ke gim atau beli alatan bagai untuk bermula. Maksud senaman di sini adalah sebarang aktiviti yang membantu kita keluarkan peluh dan tingkatkan stamina. Ideanya:

  • Jalan kaki jauh sikit masa nak ambil anak dari sekolah
  • Petang2 jogging dengan anak atau window shopping berjalan laju (boleh fat burning sekali ni)
  • Seminggu sekali overhaul rumah dalam 2 jam (instead biasanya orang buat sebulan sekali)
  • Kalau ada anak yang bawah setahun, jadikannya sebagai weight seperti ini

Adakan Satu Hobi

Yang ni agak jauh perkaitannya namun ikut pembacaan Shai, ada kesan positif bila kita ambil suatu hobi yang kita minat untuk dibuat. Ya, terbukti dengan kajian saintifik sekali.

Sebab hobi ni, selain buat kita seronok ia juga akan perbaiki sistem dalam otak kita untuk sentiasa aktif dan cekap bila nak buat sesuatu. Takdalah blur memanjang hehe..

Pilih aja, hobi yang kita kreatif (melukis ke, buat kek/biskut ke, masak resipi baru ke) dan satu hobi yang kita boleh tambah ilmu contohnya ilmu perubatan herba, mekap ke, skin care, malah sejarah nusantara atau enjin kereta pun tak apa. Sebab lain orang lain minatnya, jadi tumpu pada minat tersebut dengan mendalam, untuk latih dan ‘awet mudakan’ otak kita.

Dan tak perlu lama (nama pun hobi), hanya 10 minit sehari pun cukup.

Serius. Cuba ja seminggu mesti rasa lain.

Solat Awal Waktu Dan Doa Spesifik

Dan yang pasti, semua ini takkan berlaku kalau Allah tak izinkan juga. Jadi awal hari boleh kita minta sungguh2 dekat Allah untuk mudahkan kerja kita hari2 supaya lancar smooth ja tanpa gangguan, dan berkat masa dalam seharian.

Boleh juga doa untuk minta kesihatan dengan optimum, supaya tak sakit atau sekejap ja demam kebah terus. Yelah, maknya demam 3,4 hari, habis terabur satu rumah kalau anak suami tak boleh lagi buat kerja rumah ikut standard ibunya. XD jadi bersedialah sebelum tu.

Tip ini juga mama yang kongsi, untuk tak sakit sepanjang jaga 4 anak dalam 20 tahun ni. Demam sehari tu standard lah, tapi jarang2. And it helps sebab dalam peti ais pun supplemen penuh macam dekat farmasi… XD

Kesimpulan

Tips yang Shai kumpulkan dan kongsikan ini pun, ada yang Shai amalkan sendiri juga (jadi jangan kata aku cakap tak serupa bikin pula haha). korang ada tip tambahan yang bantu korang buat banyak masa? Cer share di komen ya.

Btw, sebut surirumah ni sebab ikut sebutan bahasa melayu ja, bukan untuk kita dikaitkan dengan duduk rumah ja (seolah tak tahu apa) dan pastinya kita bukan kawin dengan rumah. ^^v

Ya, kita adalah permaisuri

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge