Tentang Perang

Boleh kata isu perang dah berlaku sejak azali lagi bagi generasi kita – dalam buku teks sejarah pun, temanya hampir sama dalam keseluruhan buku tu: perang. Cuma dalam post ini, Shai fokuskan isu kepada perang di kalangan saudara mara kita, namely di Pattani dan Filipina, Sudan dan Syria, dan pastinya Palestin antaranya.Isunya dengan perang ni

Tentang perang yang berlaku di kalangan negara yang dalam kategori ni umumnya ia isu yang sama iaitu agama. Soal pemerintahan, keperluan revolusi ke apa mostly takda isu yang sampai kena guna senjata atau rampasan kuasa – ia hanyalah proksi.

Sebab utama itulah yang disebutkan tadi: agama.

Tema yang sama antara orang india dengan yang muslim di India, buddha dengan rohingya, kristian dengan muslim di filipina, lepas tu ada sub-kategori lagi dengan berbalah antara fahaman iaitu syiah dan sunni.

Ada buddha dengan hinduism berbalah, in terms of major scale that warrants a news across the globe?

Sebab yang diguna pakai sekadar ayat atas kertas sahaja, sementara yang berbalah tu rasa bangga sebab dapat angkat senjata atas nama jihad (kononnya), yang jadi mangsa budak-budak yang tak tahu apa.

Come to think about it, perang zaman dulu pun dibuat dalam pada pandangan secara personal adalah gentleman: ko setel depan2. ko tak gunakan orang tengah atau proksi nak putar alam cerita harapkan simpati orang. even prinsip perang zaman Nabi saw pun, tak ganggu budak-budak, orang tua, dan perempuan; harta benda (bangunan dll), dan tanaman yang ada. Jadi mereka yang nak berperang setel depan-depan di tanah lapang.

Sekarang ni, total opposite kan? Sebab alang-alang boleh jahanamkan negara dengan lelaki berbalah, boleh jahanamkan perempuan yang ada pada minda dan tubuh dia dengan ‘pembersihan etnik’, dan jahanamkan minda budak-budak dengan kesan psikologi perang.

Dan populasi yang terganggu ini boleh dibawa ke kawasan/negara lain, untuk dikata sebagai punca masalah yang hanya nak instigate perbalahan (chaos orang kata) dan prinsip pecah perintah.

You get the idea. Prinsip sama juga berlaku yang hingga ke puncaknya 13 Mei tu. Seperti Tun M kupas dalam Dilema Melayu; harmoni yang ada tidak betul2 harmoni pun. Jadi bila something wrong happen, ia akan jadi spark dan domino effect kepada yang lebih besar.

Prinsip mudah lain, menantu yang takda standard nak duduk dalam keluarga ipar, tipikalnya apa jadi yang kita biasa dengar kan. Silap menantu sikit habislah kena dibawang satu dunia.

That chaos tu yang diperlukan agar kita tak bersatu dalam erti kata sebenarnya.

Kenapa Shai menulis isu ini

And I’m writing this not because nak tarik orang atau nak sokongan ke apa. I’m writing sebab affected with the kids yang kena lalui yang bukan dia yang minta. But at the same time, takkan nak buat tak tahu, lupakan, dan sekadar komen ‘kesiannya……’ di facebook?

One part, apa yang kita buat akan disoal, tiap saatnya. Kita akan ditanya apa yang kita dah buat pada komuniti/saudara kita. Nak jawab apa nanti bila di sana.

Bukan untuk terus menerus dalam negativiti cerita sebengini, sekadar alert inilah yang realiti, dan buatlah sesuatu tentangnya.

Tak, tak perlu angkat pedang pun. Kita ada senjata lain iaitu doa.

Solusi kita boleh buat?

Selain derma jika waktu tu ada kemampuan (dikira sedekah jadi bagus juga), boleh juga alert dengan situasi mereka, supaya kita tak terikut sekali dengan permainan yang ada.

Zaman ni zaman fitnah, apa-apa pun verify, pastikan dahulu ia sahih.

Dan pastinya, doa untuk mereka. Lagi-lagi pada waktu mustajab. Doa dengan penuh sungguh dan amarah to these people that causes these sufferings to the kids. Agar takda lagi siapa2 nak beri kesan buruk kepada mereka yang tak bersalah ni. Kita doa untuk mereka yang teraniaya ni, kejap ja Allah mustajabkan.

Mungkin anda terfikir adakah ia sangat serius sehingga Shai tulis post muram sebegini. Ya, ia sangat serius. Serius in terms that budak yang melecur kulit 2nd degree kena tahan pedih sebab takda ubat tahan sakit. Orang awam terperangkap dalam bangunan sementara kat luar kena sembur dengan gas fosforus. Budak perempuan/lelaki kena ‘bantai’ n mak bapak dipaksa tengok anak mereka teriak kesakitan.

Dan Shai taknak letak gambar2 mereka menderita sebagai nak tunjuk sebab. Tak perlu.

Banyak lagi. And I’m angry. Dan Shai harap yang membaca ni pun rasa sama sebab anak mereka pun, kira macam anak kita juga. Saudara islam kot.

Negara kita yang tak kena perang lagi

Just because negara kita tak kena perang doesn’t mean kita selamat selamanya. Salah satu sebab utama kita tak kena perang selama ni sebab behaviour umum masyarakat kita mudah lalai dengan hiburan.

Jadi kita disumbat dengan benda-benda tu sampai kita mudah terikut2 dengan apa yang ditunjukkan, tanpa ada pegangan prinsip kuat. Sebab tu banyak kes budak2 yang ‘dah’. Dia rosak ikut saluran tu. Negara sana, mereka strict, jadi sebab tu kena main kasar untuk lemahkan mereka.

A bitter truth. Itu yang noted dalam catatan Frank Swettenham terhadap budaya kita, kelihatan tak berubah mana pun sampai hari ini, melainkan perubahan positif kelihatan sedikit demi sedikit, alhamdulillah.

Jadi apa boleh buat? Dengan sementara kita masih belum dengar dentuman bom depan rumah lagi (mercun tak kira), yang mampu ialah kita doa untuk mereka sesungguh hati. Mana tahu, saat itu juga Allah terima, saat tu juga mereka kat sana rasa selamat macam kita rasa, sampai bila-bila.

Dan pastinya, usaha kita serba-sedikit, memudahkan kita nak jawab bila ditanya apa yang kita dah buat, untuk mereka.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge