[Panduan] Membuat Lip Balm Berwarna Sendiri

Idea membuat lipbalm sendiri ni datang sebab banyak sangat lipstick di rumah yang tak digunakan. Dan tak tahu pula bila nak pakai lipstick semua tu.

Idea Membuat Lipbalm Sendiri

Dan Shai buat bisnes dan blogging pun kebanyakan masa di rumah ja, jadi tak memerlukan nak bermekap ber-contour bagai pun hehe.. tapi tu lah, membazir pula lipstick yang terbiar macam tu ja. Shai fikir lebih baik repurpose semula apa yang ada dan buat sesuatu yang baru.

Jadi itulah asalnya idea membuat lipbalm sendiri hehe.

Cara Membuat Lipbalm Sendiri

Cara-cara nak membuatnya pun tak susah mana, hanya perlukan bekas dan sudu, serta tempat nak panaskan samada dengan dapur gas atau microwave. Dan bahan-bahannya:

  • Biji beeswax
  • Minyak pilihan samada zaitun, kelapa, castor, jojoba. Jangan minyak gamat sudahlahXD
  • Lipstick korang yang nak dibuat sebagai lipbalm yang baru

Hanya masukkan bahan-bahan ini ke dalam satu bekas, dan panaskan sehingga cair dan dikacau sekata. Masukkan dalam bekas (samada nak bekas macam jar atau bekas lipstick, seperti Shai punya, lipbalm mama punya aku pow), sejukkan nya dalam peti ais agar ia mengeras (biasanya dalam 10 minit ja). dan siap! Sedia dipakai.

Cuma yang membezakan di sini adalah kuantiti. Dan Shai tak letakkan kuantitinya kerana ia boleh disesuaikan ikut kehendak hati. Sebagai permulaan, gunakan sahaja nisbah 1:1 setiap bahan dan korang adjust2 lah.

Cuma prinsipnya:

  • Beeswax lebih akan membuatkan lipbalm keras dan susah sikit disapu, jadi minyak yang dicampur akan menjadikan lipbalm mudah dioles cuma tu lah, terlebih minyak karang sapu sikit dah tercabut semua lipbalm tu. Pandai2 lah adjust ya
Shai guna beeswax ni, biji2 senang larut dan cair. Sumber Bulk Apothecary.
  • Minyak yang ditambah lebih sedikit akan menjadikan hasil lipstick yang moist. Dan formula sebegini sesuai untuk yang bibir kering
  • Ni campuran asas sahaja untuk tinted lipbalm. Kalau tak nak ada warna tu, jangan campur part lipstick tu setel. Dan campuran lipstick juga menentukan kepekatan warna tinted lipbalm yang dihasilkan. Dan korang boleh pelbagaikan ikut warna, fungsi, dan perisa.

Hasil Menggunakan Lipbalm Shai

Puas hati hehe.. selain dapat jimat dan guna semula apa yang ada, seronok sebab lipbalm ni buatan sendiri boleh adjust ikut keperluan. Shai punya gunakan minyak zaitun dan castor oil, selain lipstick yang dikerat dua untuk guna.

By right, dengan satu lipstick asal, korang boleh gandakan tinted lipbalm jadi jimat juga hehe.. bolehlah, kalau nak melawa jugak dalam keadaan bibir tengah kering ke apa kan.

Shai lebihkan kandungan minyak dalam resipi ini. Jadi berkilat, moist, dan mudah disapu

Berapa Anggaran Kos Lipbalm Sendiri Shai?

Shai beli beeswax (100g) dan castor oil (100ml) dalam RM20 dua-dua ni, bekas lipstick dalam RM5 untuk 5 biji tu, lipstick pula RM18. Dan untuk tinted lipbalm yang Shai dapat buat dalam 2 unit, guna cinonet dari setiap bahan tersebut koman2 pun RM3 ja hehe..

Jimat kan? Senang kerja Shai dah sebab warna natural mix with any occasion juga. Tunggulah dapat sewa ofis sendiri nanti bolehlah Shai consider nak beli Fenty Beauty. XD *Sephora sponsor untuk review Mattemoiselle plzzz

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge