Potty Train Anak Yang Mild Autism: Pengalaman Shai

Isu potty train untuk anak yang mild autism ni lama diperkatakan. Kerana banyak dan berbagai cara penyelesaiannya. Dan kerana itu saja Shai nak berkongsi sebab banyak come across pertanyaan mengenai potty train, khususnya untuk anak yang ada autism. Tekniknya pada pandangan Shai adalah sama seperti kanak-kanak lain; cuma perlu lebih penekanan dan kawalan banyak faktor sebab wiring mereka lain sikit.

Haruslah mak nya yang lebih ketahui wiring anak daripada orang lain. 😀

Tentang autism ni, sebab banyak faktor dan spektrum jadi Shai tak dapat cover semua dalam satu blog post ini, apatah lagi bukan kepakaran Shai juga.

Sekadar nak kongsikan apa yang Shai buat untuk latih anak pandai urus diri dan kencing membuang semua tu, mungkin sedikit sebanyak membantu korang juga, dan ubahsuai cara mana yang perlu. 😀

Bagaimana Shai Bermula Latih Potty Train Anak Yang Mild Autism

Programming

Shai mulakan dengan programming dulu (bunyi macam konspirasi lah pulak) minda anak, dengan dedahkan dia dengan konsep potty ni. Tak tahulah korang, tapi perkataan yang kami gunakan untuk buang air kecil dan air besar tu sebagai kencing dan uk uk. Hehe.. jadi perkataan tu banyak digunakan masa latihan potty train ni.

Shai tunjukkan dengan video youtube, tunjuk kanak-kanak sebaya dia membuang dekat jamban. Shai gunakan gambar real, sebab bagi Naz sedar yang ni yang dia pun boleh dan sepatutnya buat juga.

Oh ya, masa nak mula ni, kena pastikan anak faham arahan. Anak autism ni ikut peel dia juga; dan Naz faham ja cuma dia tak boleh cakap (output lah senang cerita) ja. Jadi Shai ulang-ulang tunjukkan video2 tersebut, tekankan pada dia ‘kencing uk uk sini only’.

Boleh juga download interactive app yang ajar anak potty tu. Namun pada pandangan Shai ia sebagai extra bantuan ja sebab kurang realistik. 😀

Senarai yang sangat bagus untuk kenalpasti anak kita bersedia dah ke tak. Penting lagi-lagi kalau dia speech delay

Latihan Amali

Lepas lama-lama anak dah faham. Shai bawa dia pergi ke toilet dan ajar dia cara duduk, basuh dll ikut video tersebut. Jamban tu luas lah untuk muntut kecil macam dia jadi Shai sediakan jamban plastik budak tu dan juga alas yang letak atas jamban tu.

Seminggu juga, secara berturut-turut Shai latih Naz pakai boxer di rumah, dan tanya Naz nak kencing ke tak dalam sela masa tertentu: mula-mula setiap 15 minit, kemudian anjak 30 minit, dan anjak ke sejam sekali. Jenuh jugak nak mengingat dia hehe..siap guna timer set untuk kerja ni.

Waktu dia pergi duduk kat toilet tu, berulang-ulang berikan cue words dia “kencing sini only”. XD. Ada juga kalau video2 budak terkucil tu kita beritahu lah Naz “ini no” jadi dia tahu ni tak boleh.

Peringkat Awal

Peringkat permulaan, hanya ketika waktu tidur dan bila nak jalan-jalan di luar Shai akan pakaikan pampers (tak berani lah nak ambil risk). kemudian dalam 2 minggu juga, baru berani bagi dia tidur free will ja, itu pun dekat tilam sendiri alas dengan kain batik (senang kerja nak membasuh kalau terkucil jugak masa tidur).

Dekat 3,4 minggu juga , sehingga Naz sampai dia tahu asal rasa nak kencing/membuang dia terus pergi sendiri ke toilet dan basuh sendiri barulah kita berani tak bagi dia pakai pampers di luar (standby juga kadang2 tu).

Sampaikan kalau dia terkucil sedikit masa tidur pun Naz terjaga terus pergi toilet sendiri, walaupun waktu 4 pagi. Alhamdulillah.

Nota: untuk memudahkan korang agar tak perlu jenuh memikir dan mengingat, buat sahaja jadual siap2: jadual waktu kencing harian, setiap jam dengan makan/minum yang diambil, selama seminggu untuk tengok pattern kencing dia tu dan pattern bila dia terkucil.

Ada Tak Anak Terkencing Kat Luar?

Tipulah wei kalau takda. Ada ja Naz tiba2 terkucil, kalau waktu dia minum banyak sangat atau over aktif sangat tiba2 tup basah kerusi XD.

Bebel2 jugalah Shai, tapi sekadar nak tekankan kat dia yang tak boleh dah nak kencing2 kat luar ni. Yang penting dia progress sampai pandai urus sendiri.

Dan Shai juga suruh Naz lap sendiri sepah dia. Takda geli-geli. Lap cantik-cantik ye

Hasil Potty Train

Sekarang ni, Naz dah fully tak pakai pampers. Kalau dia nak kencing/membuang tu dia pergi sendiri toilet dan basuh sendiri (takda geli2, banyak cantik). kalau di tempat lain dia akan beritahu siap2 nak kencing/nak uk uk untuk Shai temankan.

Pernah juga pakaikan pampers sekadar nak standby. Sudahnya balik rumah pun suruh buka pampers sebab tak biasa. Hehe..

Kesimpulan

Sekarang ni alhamdulillah Naz boleh uruskan sendiri. Agak lambat juga sebab Naz waktu latihan awal potty tu dia tak boleh nak sebut sangat jadi Shai kena agak juga bila dia nak kencing/membuang tu. Takpalah, otak dia masih terima maklumat jadi Shai sumbat siap2 ja. Takda hal.

Semoga membantu korang ya dengan pengalaman Shai ni. Potty2 ni lah paling asas dan paling cikgu tadika/sekolah tanya dulu untuk anak-anak wiring lain ni haha.

Nota: Isu potty ini dan juga berkaitan pendidikan anak ada Shai save dalam board Pintrest ini, di sini, korang kalau ada Pinterest follow lah board ini ya. Semoga membantu. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge