Buat Slime Dengan Playdoh Tepung Daiso

Resipi cubajaya, tak sangka nak buat slime dengan playdoh tepung Daiso ni menjadi pula. Dan ini adalah post cepat sebab Shai tulis laju-laju sedikit jadi minta maaf dulu jika post ini terabur; Shai akan perkemaskan bila ada kesempatan nanti ya.

Resipi Slime Dengan Playdoh Tepung Daiso

Resipi ni saja-saja buat ja, memandangkan beli selalu playdoh tepung Daiso ni sejak 2 tahun lepas lagi sebagai satu part untuk Shai latih motor halus Naz (mildly autistic ni) untuk dia menulis, makan dengan sudu/tangan, atau butang baju dll.

Alang-alang umminya pun boleh main sama. Muehehe..

Cara Membuat Slime Dengan Playdoh Tepung Daiso

Resipi ni Shai buat secara tak jangka (dah macam big discovery pulak haha), dan ikut pengalaman Shai buat dan adjust slime2 yang ada sebelum ni. Jadi korang pandai2 lah adjust sendiri sukatan ikut panduan/info yang ada ni ya. Janji hasil akhir, slime tersebut bergumpal setempat sendiri tanpa melekit dekat jari (tu yang buat bersepah tu).

  • larutkan tepung playdoh tersebut dalam air (nak cepat guna air suam, nak rosak, guna air didih XD) dan kacau2 sehingga larut. Shai guna separuh daripada satu tiub warna biru tu. Jadi dalam sejam jugak nak larut habis, air separuh dalam bekas playdoh itu juga (sebab warna lain dah entah ke mana seperti biasa)
  • Tambah gam (tak kisah clear atau yang putih asalkan bukan gam gajah) secukupnya. Dan part ni, bergantung kepada jenis slime korang nak. Kalau nak yang jiggly2 nisbah air kena lebih 1 1/2 dari gam. Shai buat sedang2 ja maka gam uhu yang panjang tu, 3/4 Shai guna.

 

  • Kacau sehingga larut campuran ini. Dan tambahkan activator – Shai gunakan larutan serbuk basuh baju (1 sudu kecil dengan secawan air suam) – dan tambah sedikit demi sedikit sambil kacau laju2 slime tersebut, sehingga dia bergumpal cantik.
slime dengan playdoh tepung daiso

Gini rupa slime masa nak bagi kering sedikit

  • Mula nak biarkan ja tapi sebab dia likat dan melekit lagi, Shai tambahkan tepung jagung dan bedak sedikit demi sedikit sehingga boleh sentuh tanpa melekit, biarkan dalam bekas rata untuk keringkan sedikit bawah kipas, baru uli

Setel dalam sejam juga. Tu pun bukanlah sejam tu terduduk depan kipas menguli slime tu hehe..

Agaknya sebab dah ada campuran tepung jagung dan bedak, playdoh asal warna turquoise jadi warna robin’s blue dah. Cantik juga. πŸ˜€

Selamat Ke Slime Ni Shai?

Tepung playdoh tu selamat ja, dibuat dengan tepung, pewarna makanan, garam dan air (boleh ja buat sendiri di rumah dengan bahan sama) tapi slime tu takat selamat dimain sajalah, bukan untuk dimakan. πŸ˜€

Yang penting, penggunaan slime ni dah jadi rutin dalam rumah untuk melatih jari jemari Naz (baca lanjut di sini) dan so far so good!

*Shai tambah tisu sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur butter slime. Ye, tisu je, tak perlu daiso clay tu. πŸ˜€

Kesimpulan

Semoga membantu perkongsian ini untuk korang, khususnya siapa-siapa yang perlukan idea untuk latih fine motor skills ya.

Btw, korang yang dah tua-tua ni, ada beli slime sendiri tak? Slime apa korang dok main. πŸ˜€

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge