Rutin Mekap Dan Penjagaan Kulit Yang Pantas Untuk Ibu

Rutin penjagaan kulit yang pantas untuk kita ni kalau boleh hanya satu produk kita dapat jaga kulit dan dengan mekap full dalam satu minit ja kan? Ha..mimpilah begitu.Β Tengok banyak-banyak mekap tutorial yang ada dekat insta terfikir juga bila lah nak ada masa mekap2 mcm tu. Berapa banyak produk yang digunakan pula, dah berapa lapis untuk pastikan muka takda cela nampak lepas pakai mekap. Flawless gitu.

Apa Yang Shai Buat Untuk Rutin Kecantikan Yang Pantas

Solusi yang Shai buat, adalah pastikan kulit ni terjaga on the first place. Ya, flawless, gebu, takda jerawat ke apa; Shai jaga part tu dengan pastikan rutin skin care Shai amalkan agar kulit muka sihat terjaga. Jadi kalau nak bermekap sekalipun, tak perlu dah nak guna banyak2 produk untuk tutup cela2 tu, yang pastinya bersifat sementara ja.

Contour, highlight semua cukup selain eyeshadow, lipstick, dan kening tu. cuma tu lah..tak sempat!

Kan? Mekap lepas ditanggal nampak balik lah kulit kita semuanya juga. πŸ˜€

Jadi apa yang Shai buat (dan harapnya dengan senarai produk pun membantu, kalau jenis kulit korang sama mcm Shai – combination skin):

Rutin Kecantikan Skin Care Shai Buat Harian

Tiap pagi lepas cuci muka Shai akan pakai krim Fair & Lovely tu. Sebab duduk kat rumah pada kebanyakan hari, jadi tak perlu full-on routine lah. Ambil masa 3 minit gitu ja. Kemudian sapu lip balm buatan sendiri (nanti Shai share ya, tak dan nak ambil gambar hehe).

Rutin ni pun, ulang semula lepas mandi malam punya, cuma tambah dengan toner sebelum pakai krim Fair & Lovely tu. Toner ni kuat sikit namun serasi dengan kulit Shai – memang dia cuci kulit mati sehabis mungkin. Dia ada tea tree oil yang fungsinya khusus untuk buang lebihan minyak kulit dan keluarkan kotoran yang tersumbat dekat pori-pori.

Shai punya dekat hidung berminyak kebanyakan masa. Mujur lepas kerap makan vitamin C tu dah kecut sikit pori-pori tu, tak banyak lah kotoran tersumbat sangat hehe.. Vitamin C dekat sini, setakat ni menjadi!

Cuma sebelum tidur, Shai gunakan minyak zaitun sebagai all-around moisturizer: rambut, muka, bibir, stretch marks, hujung kaki – semuanya berguna untuk dapat manfaat kulit cantik dan awet muda. Korang juga boleh baca tips pemilihan pelembab yang sesuai ikut jenis kulit, di sini sekali.

Amalkan satu sudu minyak zaitun lepas sarapan untuk elak makan banyak tau. Tip ni juga membantu kalau korang gastrik juga.

Rutin Kecantikan Skin Care Shai Buat Mingguan

Untuk mingguan, ada rutin juga ni untuk boost kadar penyembuhan kulit untuk dia rejuvenate, agar segar dan awet muda sedikit. Biasanya Shai akan buat campuran susu tepung dengan sedikit serbuk kunyit, untuk dipakai sebagai mask.

Variasi face mask kunyit. kesan kunyit ni dekat kulit ja, bukan di minda

Waktu rehat tu, baca lah buku ke apa, tunggu mask tu kering baru basuh.

Khusus untuk hidung Shai yang berminyak ni, yang biasa kotoran tersumbat ni, Shai gunakan Vietnam Mask tu. Serius menjadi. Azab juga nak mencabutnya tapi puas hati tengok kotoran blackhead, whitehead semua keluar.

Er..nak kena tunjuk gambar close up blackhead whitehead tu ke? Haha XD

Rutin Kecantikan Skin Care Melalui Pemakanan

Dan pastinya, Shai sangat2 pegang prinsip kecantikan kulit ni daripada pemakanan kita juga. Jadi untuk tu Shai jaga dengan pastikan air masak minum 2.5L sehari kurang2, limit kopi satu mug (bahagia dua, baki simpan dalam peti sejuk kalau mengantuk) dan teh 2 mug sahaja, multivitamin dan supplemen alfalfa tiap hari, dan seperti di atas, minyak zaitun sesudu setiap hari.

Setiap pagi sebelum sarapan Shai minum air kosong dengan perahan limau untuk detoks.

Nasi dan yang minuman bergula Shai kurangkan kerana selain potensi Shai ada risiko pada diabetes (nak cegah sebelum kena, penyakit keturunan ni), nasi dan gula ni pun beri kesan pada kulit dengan glycation effect namanya.

Selain tu sebab nak jaga berat lah hehe.. Shai sampai hari ni masih amalkan atkins fasa 4.

Petang pula teh hijau 1 mug dengan perahan limau kasturi. Tak boleh minum teh hijau sebab tak masuk tekak wehh..

Ni ha effect glycation. Cuak tak? Mcm tu lah kesan gula dekat kulit korang, nampak tua dari usia sebenar. Sumber: Dr. Lori Shemek

Rutin Mekap Shai

Oh ya, kalau keluar tu ada lah juga bermekapnya. Tapi tak sangat pun sebab Shai hanya gunakan BB cream ni daripada Safi (contoh di bawah). Hanya sapu sedikit untuk ratakan dan nampak berseri. Kemudian pakai lip balm bewarna atau lip matte dan siap. 5 minit gitu ja nak bersiap.

*Shai pakai lip matte Huda Beauty tu. Nanti nak cuba Fenty yang Mattemoiselle pula πŸ˜€

Baki 15 minit tu gigih melilit shawl sambil pakaikan baju anak haha.

Secara jujurnya Shai suka sangat range Safi ni. Mungkin lepas habis produk2 kulit ni Shai beli full set range ni dan buat satu review berbaloi ke tak. πŸ˜€ Sumber: Ayue Idris

Baca sini: Aturan asas dalam mekap. Kena pakai ikut turutan ya.

Bagaimana Saya Nak Tahu Rutin Apa Yang Sesuai Untuk Saya?

Ikut langkah ni ya:

  1. Tentukan kulit korang jenis apa, kemudian pastikan atau beli produk yang sama dengan jenis kulit korang. Jangan gatal nak pilih yang salah atau lagi teruk kulit korang atau membazir je beli. Paling utama, pencuci dan pelembab. Toner adalah pilihan. Baca sini untuk panduan penuh ya.
  2. Tentukan rutin pemakanan untuk kulit. Mulakan dengan apa yang ada di dapur dan yang paling mudah. Janji konsisten barulah nampak hasil. :D. air masak mesti cukup sebagai permulaan ya.
  3. Produk mekap pilih yang paling asas di mana BB cream/foundation dengan lipstick warna natural (nudes, mauves). tak perlu nak Naked pallette atau highlighter Fenty, melainkan kalau sempat nak pakai. Produk2 ni kena pakai dengan betul nanti pelik orang tengok hehe..

Kesimpulan

Gitu ja yang Shai buat. Sangat simple sebab kesuntukan masa. Tapi tak bermaksud nak kena abaikan kulit yang kita dapat ni. Jaga sebaik mungkin, semampu mungkin sebab in the end it’s the effort that counts.

Kurang2 kalau tak dan pun beli saja sebotol minyak zaitun dan pakai tu ja tiap pagi dan malam. Sebotol dalam RM9, jenama Basso tu. πŸ˜€

Korang punya skincare/makeup routine pula bagaimana? Biasa boleh setel dalam 10 minit ke lebih? Share lah di sini ya.

Like dan share jika bermanfaat!

Artikel Berkaitan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge