Beli Perfume Online. Bagaimana Beli Tanpa Bau Dulu?

Nak beli perfume online ni memang tak pernah terfikir. Yelah, benda ni kita kena pergi dan bau dulu sebelum beli kan. Ni bukan macam nak beli soflan kot. Jadi mungkin pengalaman Shai boleh membantu korang pula. 

Beli Perfume Online

Kegusaran Shai ginilah. Teringin nak beli perfume tapi……………………….

Panjang beno tapinye. Banyak pun sebab yang buat Shai berkira-kira sebelum nak pergi kaunter wangian tu.

Shai ni perfectionist sikit, nak pilih perfume boleh makan masa sejam (belum kira kalau nak beli baju ke apa, kalau tak research dari awal memang akan sangat lama..pilih sebab tak nak membazir. Sebab nak pakai lama ye).

Macam mana lah nak belek selama sejam dengan anak di sisi. Dah lah botol-botol perfume ni bukannya plastik atau PVC. 😛

Sudahnya Shai terpaksa beli secara online, berpandukan pengalaman dan citarasa bau sebelum ni. Tawakal ja lah.

Jadi harapnya pengalaman Shai ni membantu korang yang mungkin mengalami masalah sama dalam membeli wangian yang ada.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sebelum Nak Beli Perfume Online Ni

Pilih Dan Buat Senarai Umum Bauan Yang Anda Suka/Nak Beli

Contohnya Shai suka bauan yang boleh dipakai hari-hari. Yang boleh naikkan mood, dan haruslah, wangi. Setiap bau tu ada terma nya tersendiri, dan gunakan terma tu untuk research perfume yang ada bauan tersebut.

Contohnya Shai suka bauan yang segar dan matang, jadi DKNY adalah pilihan.

Boleh juga gunakan kuiz yang ada di online untuk tahu apakah personaliti bauan kita secara umum.

Kemudian cari lebih kurang sama feel/tema dengan bauan tersebut. Untuk itu Shai suka ke website ini, sangat senang nak cari dan pilih.

Siap! Boleh mula shopping dengan senarai nama perfume dalam tangan.

Untuk panduan penuh, korang klik sini tau. Shai buatkan panduan siap-siap.

Untuk pemilihan notes yang sesuai, korang boleh klik sini. Serta perbezaan antara EDT dan EDP, ataupun terus ke checklist dan panduan pemilihan perfume. Tips ini Shai buat agar mudah korang memilih, tanpa perlu keluar rumah. 😉

Bagaimana Kalau Saya Nak Beli Perfume Untuk Orang Lain?

Gunakan ja panduan yang sama, tapi tukar dengan apa yang mereka suka lah. Contoh mak suka bauan floral, jadi pilih perfume ikut spektrum tersebut.

Rujukan: 1

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge