Notes Dalam Perfume Anda, Yang Mana Anda Suka?

Notes dalam perfume yang dimaksudkan ini adalah notes, iaitu bauan yang ada dalam perfume secara khusus untuk dikenali.

Notes ni bila dicampur dalam satu bauan menghasilkan signature scent perfume tersebut. Dan sedikit info mengenai notes ini penting untuk anda pilih perfume yang betul-betul kena dengan personaliti anda.

Dan Shai teka, notes yang digunakan dalam perfume sekarang korang guna, pasti ada sedikit kaitan dengan bauan yang biasa dibau masa kecil kan?

notes dalam perfume

Pembahagian Notes Dalam Perfume Anda

Top Notes

Macam mukadimah jugalah, bauan yang pertama anda kesan pada perfume tersebut. Dan secara umumnya ia bauan yang paling ringan. Top note ini penting kerana ia memberikan ‘’ dekat bauan tersebut. Dan bauan ini biasa tahan 15 minit gitu.

First impression orang kata. Kalau sekali bau keluar yang tak berkenan, boleh reject lah terus.

Middle Notes

Note pertengahan ini dibau lepas yang top notes tu dah pudar. Dan tahap ini dianggap sebagai ‘body’ kepada perfume tersebut. Tahan dalam 30-40 minit ja.

Base Notes

Notes dalam perfume yang paling bawah dan yang paling lama akan bertahan selepas disembur, kadang tu sampai sehari (jadi pilihlah base note tu teliti sikit agar serasi dengan citarasa dan bau badan sendiri). Boleh tahan sehingga 24 jam bagi EDP.

Pecahan notes serta bauan yang biasa digunakan dalam notes tersebut.

Kesimpulan

Pemilihan notes dalam perfume ini membantu anda bila nak memilih perfume yang lain, namun masih berada dalam tema yang sama. Atau kalau tiba2 nak tukar angin kan, boleh tukar semua notes yang menjadi pilihan selama ini, kepada wangian baru.

Untuk hampir semua notes yang wujud kat dunia ni, klik sini:

Selepas dapat senarai notes yang berkenan, korang boleh memilih perfume berdasarkan checklist ini. Klik sini ya

Rujukan: 1

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge