Tips Memilih Perfume Idaman, Tanpa Perlu Keluar Rumah

Tips memilih perfume ini Shai buat untuk mudahkan korang. Nak memilih ni bukan semudah memilih baju; malah ia boleh jadi lebih pening daripada tu. Baca sini, untuk tips straightforward Shai, dalam memilih perfume idaman anda.

tips memilih perfume

Kenapa Shai kata mudahkan korang? Sebab Shai duduk rumah, sibuk dengan kerja dan uruskan anak sehingga takda masa nak belek setiap botol perfume yang ada di kaunter. Jadi panduan sini membolehkan korang goyang kaki survey online ja, dengan kebarangkalian tinggi untuk cari perfume yang serasi.

Macam Shai dapat. Serius. ^^v Shai kongsikan review di sini. Bukan yang DeXandra tu, belum cuba lagi (ada yang bermurah hati nak bagi sample?).

Tips Memilih Perfume, Cara Shai

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Perfume Yang Sesuai?

Biasa dengar kan? Ada orang kata dah jumpa perfume yang kena dengan diri dia, atau terma yang biasa digunakan: signature scent.

Maksud perfume yang sesuai ni, bauan nya kena dengan personaliti diri. Malah sekali bau tu boleh agak orangnya macam mana.

Kalau yang aktif, perfume yang dipilih mungkin jenis kuat, dengan bau buahan. Kalau yang pendiam, dia lebih suka bau lembut dan segar.

Beza tu, jadi lain orang lain pemilihan bauan nya. Dan jika pemilihan bauan itu betul, kemungkinan besar memang tak pilih bau lain lah. Beli tu, ja sampai mati. XD

Jadi bagaimana nak memilih perfume yang sesuai tu?

Bagaimana Nak Memilih Perfume Idaman Yang Sesuai?

Mulakan dengan memilih berdasarkan bauan umum yang anda suka. Contoh mudah daripada bedak, syampu, mahupun losyen; ada ja bauan dia yang anda suka kan (bau bunga, oren, woody, dll). Mulakan daripada situ.

Kebiasaanya, bau yang suka itu boleh jadi bauan yang anda akan pakai hari-hari, atau dengan nama lainnya, sebagai signature scent.

Tambahan pula, bauan yang anda pilih itu juga mengingatkan diri pada personaliti anda juga. Kalau bauan orang pemikir dengan feminine beza sikit.

Jadi berdasarkan bauan itu, pilih ikut kategori seperti dalam gambar ini, yang ada pecahan bauan nya tersendiri.

Contoh pengalaman Shai, minat juga bauan oren tapi lama-lama yang kekal dari dulu sampai sekarang ialah bauan segar, bunga yang lembut (soft florals), dan kasturi. Low-key, chic gitu. ^^v

Bauan-bauan ini disebut sebagai notes, dan korang boleh baca dengan lebih lanjut di sini, mencari notes yang sesuai dengan personaliti.

Contoh perfume yang Shai rasa sepintas lalu kena dengan Shai yang DKNY Pure tu.

Pertama kali bau (masa dapat sampel) terus terfikir, ini perfume yang memang sepadan dengan diri. So me.

Kalau Saya Tak Pernah Beli Perfume Macam Mana?

Tu yang Shai bagi panduan dan tips memilih perfume dari atas tu. Mulakan dengan bauan yang ada depan mata. Chances are, syampu, sabun, malah bedak yang anda beli sedikit sebanyak dipilih kerana bauan yang anda suka.

Melainkan korang suka bau bedak Agnesia…. XD

Bedak Tesco yang susu, dengan mandian budak yogurt tu Shai suka. Gitu lah, sama ja tema dengan perfume yang Shai suka, seperti yang disebutkan.

Bolehkah Guna Tips Memilih Perfume Ini Kalau Saya Nak Beli Dekat Kedai Terus?

Boleh ja, gunakan juga panduan dari atas, pilih 3,4 bauan yang kena dengan anda dan bawa senarai tu dekat kaunter. Minta staf sana carikan untuk anda pilih.

Bau aja di kertas (jangan lah bau sedut macam vakum. Buruk beno ghupenye) sekilas lalu, atau hasil lebih baik, spray sedikit di bahagian nadi dan biarkan seketika untuk perfume meresap sebelum bau.

Nak bau pun kena bergaya gitu..

Sekadar makluman, bauan pertama tu adalah top notes tau. Tunggu lagi beberapa ketika untuk dapat feel daripada middle dan bottom note sekali. Bunyi macam renyah tapi kalau nak dapatkan perfume yang betul2 sepadan dan tak membazir, gini lah caranya. Hehe..

Nak lagi best, tanya ada sampel ke tak dan bau kat rumah selepas mandi. Lagi tepat sebab faktor bau badan, peluh, hormon dan suasana yang anda biasa duduk pun diambil kira. Dan ia akan mempengaruhi faktor pemilihan perfume korang, samada dalam bentuk EDT atau EDP. Baca perbezaannya di sini.

Paling-paling penting, letakkan design botol tu faktor terakhir sekali dalam memilih perfume. Botol lawa kalau buat anda bau tengik pun tak guna juga…

Bolehkah Kalau Saya Beli Di Online Sahaja?

Senang kan online? Kalau pergi kat kaunter takut lama sangat sampai tak selesa, boleh ja order secara online.

Anda boleh cuba dapatkan gambaran bauan yang sesuai dengan kuiz-kuiz ini, yang Shai pun cuba sendiri, untuk cari perfume yang sesuai.

Yelah, nak merasa juga, cuma Shai tak nak beli botol sedebuk beso tu pun. Sekadar pakai di rumah ja. 1 botol sedebuk tu, pakai hari-hari belum tentu habis. Boring jugak pakai yang sama kalau tak kena mood (manjanya aku nih haha).

Kuiz standard perfume

Yang ni dia promot perfume dia, tapi boleh ja kita ambil notes yang tersenarai pada jawpaan kita, sebagai panduan.

Semoga tips memilih perfume ini membantu korang, khususnya ibu-ibu yang sibuk tapi nak wangi sama-sama. 😀

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge