6 Bahan Kecantikan Dari Dapur Yang Mudah

Seronok nak berkongsi tips kecantikan, dan Shai jadikan bahan-bahan yang ada di dapur sebagai bahan kecantikan, selain untuk buat masak. Alang-alang ia dah terbukti, serasi dengan kulit sendiri, danย jimat belanja, apa salahnya kita amalkan ya kan?

Tip nya, lepas beli barang dapur tu asingkan satu dua kuantiti untuk kulit anda.

6 Bahan Kecantikan Dari Dapur Yang Shai Amalkan

Cuka Epal

Cuka epal yang Shai guna ni jenama Heinz, memang guna sejak azali untuk bagi kick tambahan pada resipi (ia komponen wajib untuk masak2 resipi campak. Klik sini untuk baca ya).

Cuka ni juga Shai gunakan buat toner muka (kalau toner yang sedia ada dah habis), dan juga sebagai treatment lepas syampu – membantu untuk buang keluar baki2 produk rambut yang kita letak, termasuklah syampu.

Jadi kalau yang selalu guna minyak rambut, hairspray, rajin2 lah guna ya. Lebih berkesan daripada clarifying syampu, setakat yang Shai guna. ๐Ÿ˜‰

Tomato

Bahan ni kaya dengan precursor vitamin A untuk mata, dan juga antioxidant lycopene ni, sangat2 bagus untuk kulit tau.

Untuk rawatan kulit, boleh ja sambil potong tomato tu makanlah sepotong dua sambil memasak (basuhlah dulu), nak gentel2 dekat kulit muka sewaktu mandi pun boleh, nak blend buat smoothie pun boleh, atau blend tomato tu dan tepek dekat muka buat masker.

Kuncinya, tomato tu sebijik2 samada dimakan atau ditepek, itulah yang kita dapat manfaatnya.

Santan

Santan ni Shai guna buat lembutkan rambut, sebab kat rumah takda conditioner hehe..tak beli pun sebab boleh guna santan terus.

Hanya ambil sedikit serbuk santan dan larutkan dengan sedikit air suam supaya ia jadi larutan pekat dan lumur dekat rambut, kemudian basuh selepas seminit dua gitu.

Jangan tersilap ambil dengan serbuk kari naya ja bau lauk kepala tu. XD

Minyak Zaitun

Antara top item untuk beauty Shai, sebab minyak ni boleh dipakai dari hujung rambut hingga ke hujung kaki – dari melembapkan rambut yang kering dan gugur, bagi kulit satu badan anjal, serta melembutkan tapak kaki. Lumur je dan biar semalaman sebab minyak ni tak hydrolyzed seperti minyak kosmetik lain, jadi molekul dia beso sikit nak diserap masuk.

Minyak ni wajib untuk Shai kalau pergi berjalan-jalan di luar yang memerlukan stay mana-mana, jadi tak perlu bawa berbondong-bondong krim muka di samping elok untuk kulit anak kecil juga (kulit Naz. Kulit umminya inshaa Allah elok juga XD). Klik sini untuk baca senarai packing Shai yang mudah ya.

Soda Bikarnonat

Ni pun satu lagi top item. Sebab boleh guna untuk rumah dan juga untuk diri – dari hujung rambut ke hujung kaki. Digunakan untuk membuang lebihan produk di rambut, memutihkan gigi, sebagai skrub lembut untuk muka dan tubuh, dan mencerahkan ketiak.

Telur

Shai gunakan putih telur ni buat masker sebab dia bersifat astringent – bawa keluar kotoran pori-pori di muka. Hanya sapukan terus di muka, biarkan sehingga kering (sampai muka keras tak boleh gerak-gerak) kemudian basuh dengan air suam.

Kesimpulan

Bahan-bahan kecantikan ini inshaa Allah serasi dengan kebanyakan isu dan jenis kulit yang ada. Namun elok cubajaya dahulu sebelum amalkannya tau. Semoga yang baca ni kulit maintain peloless giteww.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge