Mencarik Jiwa Kanak-Kanak

Post ini Shai tulis setelah beberapa hari agak terganggu (dah lama affected sebenarnya) dengan pelbagai facebook status yang tular kebelakangan ini. Tentang budak-budak. Mereka yang tak tahu apa-apa tapi dah buat sesuatu yang lagaknya seperti telah baligh dewasa.

Tanpa kita, anak kita akan tercari-cari dalam gelap

 

Keadaan ini dah lama berlaku pun, hanya kerana ada facebook, ada whatsapp benda-benda mengaibkan ini tersebar dengan mudah. Dikongsi, dikomen (selalunya komen amarah atau doa), di tag pasangan dan/atau keluarga.

Kemudian terhenti di situ sajakah? Pastinya tidak.

Tindakan Yang Sedar Sebenar-Benar Sedar

Pasti iktibar akan diambil, sedar dengan permainan kotor yang dilakukan, ambil tindakan proaktif dilakukan untuk keselamatan dan perlindungan satu keluarga, ambil peduli dengan hal jiran berkaitan isu ini, dan seterusnya semua tindakan dari awal hingga akhir mengikut apa yang Allah suruh – dalam Quran, sunnah, dan hadis.

Itu yang sebaiknya, kan?

Jujurnya Shai harapkan dan berdoa sangat2 kita semua macam ni. Sebab kalaulah anda tahu bagaimana kotor, sadis, licik, dan keji permainan orang2 yang buat semua ni dalam menjahanamkan innocence kanak-kanak sehingga porak-peranda diri itu untuk mudah dikawal, anda pasti faham sangat2 apa yang Shai sampaikan.

This post is not meant to condemn parents on the way they deal with their kids. I’m also a parent, a mother. To an (mildly) autistic son, in fact. I’ve taken care a number of kids (adik, sedara mara), I love kids, a bit maternal, strict where necessary, adhere to strong ethics, and yet can be giddy with joy playing with their toys

Tapi Shai sincerely urge untuk adakan satu kesedaran yang tegar, yang jelas agar segala benda yang tidak elok akan di ambil iktibar secara telus agar terpatah panah2 licik mereka masuk ke minda kita, dan anak-anak kita.

Sebab apabila ia masuk, ia tidak cukup walau sekali. Perlu berkali-kali, dengan nafs dan syaitan akan sentiasa mencucuk menghasut hati. Dan ia masuk sekali, satu titik hitam terhasil.

Kalau berkali-kali? Hatimu akan mati.

Hasil Hari Ini

Kerana kelihatan hasil hari ini, cara apa yang ibu bapa kita lakukan dah tidak menjadi. Tidak relevan.

Sampai bila nak elak isu-isu berkaitan hubungan kelamin sedangkan ia suatu yang fitrah?  (belum kira lagi betapa banyak masalah perkhawinan sebab hasil didikan lebihkan lelaki, strict dengan anak perempuan, yang malangnya zaman kini perempuan dah mampu berdikari, walau dalam fitrahnya mahukan imam yang sejati).

Jangan gelak sinis saudara. Anda diciptakan daripada tanah seperti Nabi Adam a.s juga ya? Bukan daripada contoh ayat Quran (air mani)?

Jika ya, anda boleh henti baca artikel ini, kerana anda pasti orang yang istimewa.

Bila Anak Tanya

Bila anak tanya, bila persoalan itu timbul, ia hasil daripada apa yang dia lihat. Jika tidak dia lihat, kawannya yang lihat.

Dan kebarangkalian besar yang mereka lihat tu yang sumber zina mata sebab content ilmiah berkaitan organ dan hubungan kelamin kecil sangat2 nisbahnya berbanding yang haram tu.

Kerana itu jika anak anda tanya, tidak di elak sebaliknya adakan satu perbincangan dalam keadaan sedar (awareness) agar anak itu tahu, benda2 itu memang normal, memang wujud, memang fitrah, memang hak, dan memang halal mengikut apa yang Allah dah tentukan, sesuai dengan umurnya, dengan kasih sayang padanya.

*kalau tak tahu sangat nak explain boleh ja minta yang arif macam cikgu kaunselor ke apa..Usaha tu pun dikira dan pasti Allah akan mudahkan juga.

Ia Sesuatu Yang Normal

Ia sesuatu yang normal. Jadi mengapa perlu dicerita senyap2 dengan penuh nafsu dekat orang lain? Berkongsi pengalaman? Berapa ramai dah main? Serentak? Bangga ya?

Tujuan Shai tulis sebab nak bagi ia ada di depan mata. Agar kita sama-sama sedar dan saling ingatkan dan nasihatkan.

Berpesan, dengan niat peringat, niat nak kebenaran, tapi kena pelan-pelan sabo

Sebab benda2 sebegini, ia melarat dengan bahaya, sebab kita tidak kongsikan secara sedar walaupun benda2 cuci zina mata berlambak merata-rata.

Tak main dah MTV macam dulu (tu pun kena tapis), kat YouTube klip video tak bertapis sampai video separa lucah guna karakter kartun/kanak-kanak.

Buktinya ada di sini. Anda boleh tengok. Sickening.

Apa Yang Berlaku

Apa yang berlaku ini, adalah salah satu komponen dalam oversexualization of young people. Tak perlu letak porn dekat saluran perdana (gila ko tv3 nak letak benda-benda tu), tapi letak je benda berdikit2 dekat episode/program yang biasa keluarga tengok.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit ek?

Sikit-sikit lama-lama jadi biasa la. Tak heran.

“Biasalah tu..”

Ibu-ibu, bapak-bapak, ayat “tak apalah” “biarlah..” “biasalah” tidak boleh digunakan lagi..

Mengapa Ia Berlaku

Sebab ia dari permainan strategik dan licik oleh orang yang bertuhankan syaitan (khususnya mereka sembah dajjal lah). Mereka ni ada cenderung pedofilia serta bernafsu akin to sick people, maka merosakkan dan melemahkan orang awam adalah caranya, melalui media.

Nak perang direct dah tak menjadi sangat, maka taktik halus digunakan. Sebab tu banyak negara Islam satu persatu jatuh.

Perasan tak?

Sebab tu, jika ada benda2 ini kita kebanyakannya macam mengelak, kerana kuncu-kuncu syaitan secara halus mencucuk kita. Kalau beriya pun takat sekali cakap, sekali share dan komen lepas marah dan kecewa, dan terhenti di situ. Kalau benda2 hiburan, bersungguh-sungguh share, diskus and follow thread. Kan? Hehe..

Shai pun ada begitu. Pastinya kita semua juga begitu. Tapi sampai bila nak berserah dan biarkan saja? Membiarkan pun akan disoal di sana nanti, sebab kita ada kelebihan/kekuatan/peluang untuk hentikan yang tak baik, dan ganti yang baik ikut Allah.

Sebab ia skrip yang sama diguna pakai oleh syaitan sejak zaman dulu.

Dah fine tune SOP sampai ada ja skrip untuk reaksi manusia yang tertentu untuk menghasut manusia. Syaiton ni kan dia lalu dalam pembuluh darah kita.

Tujuan dilakukan ini agar rosak bahagian aura kita yang paling asas di bahagian root (di kawasan peranakan), dari situ ia akan rosak bertingkat-tingkat sehingga ke minda kita. Dan lagi awal lagi muda rosakkan lagi baik. Runing the innocence.

Hasilnya? Selain hati hitam, otak juga mati. Senang sangat ikut yang tidak baik dan lalai. Senang dikawal mereka dengan media sahaja.

Nota

Ni bukan bajet alim kot. Tak nak ia sesuatu yang berlaku walau di belakang kita, ia akan jadi terlalu banyak sehingga semuanya terbiasa.

Post ini juga bukan untuk condemn pada mereka yang tersasar, atau yang jadi mangsa termasuk paksa rela.

Shai, korang, kita semua hamba. Dapat peluang sama denganNya. Kita minta ampun sungguh2, dan bertaubat tahap serius mesti Allah ampunkan kita, selagi pintu taubat masih terbuka. The efforts, intention (nawaitu), dan the process of doing it all accountable by Him. 🙂

Bukannya ko taubat sambal belacan lepas tu perasan kebal ko buat apa2 pun banyak nikmat/rezeki masih dapat tu memang mintak kena hanguk dengan malaikat kat sana nanti, mampuih le ko nak cari alasan n negotiate. -.-

But you know..takkan kita mahu keturunan kita buat macam tu..Kalau terkena pada anak cucu sendiri bagaimana? Cukuplah, dengan statistik yang ada hari ini, kita stop dan kurangkan sehingga takda terus nanti.

Sebab tu hukum Allah amat jaga nasab ni. Nak pilih jodoh pun ikut keturunan kan. Sebab kaitan dengan DNA. Kalau dah terjadi, tak apalah. Boleh perbaiki dengan extra effort don’t worry.

Bukan Kerana Paranoid

Fikirkan semua itu bukan kerana paranoid, bukan kerana menghukum, apalagi nak pandang enteng mereka yang telah berdosa. Tidak sekali-kali. I’m talking the ones that still in the sin, still out there looking for victims.

Banyak Sudah Kes

Banyak sudah kes, suri rumah kena siflis/HIV dengan suami yang berpeleseran dengan pelacur. Tak kasihankah?

Banyak sudah kes, anak lahir luar nikah main campak dalam jamban, tepi jalan, main tarik kaki tu keluar sampai tercabut kepala sebab dia songsang.

Ingat lagi tak kes budak perempuan darjah 6 dan 2,3 kali beranak lepas kerap main. Lepas beranak main sorok bawah katil je. Kantoi pun lepas kali kedua dari bau busuk mayat anaknya.

Sampai bila?

Tu anak orang lain ya. Takkan nak kena anak sendiri baru nak sedar? Dan ia bukan babitkan anak kita saja sebab benda-benda gini akan babitkan orang yang buat sama, dan keluarganya.

Kadang2 kita kena fikir, selain tindakan kita nak jaga periuk nasi sendiri, ambil kira juga kesan tindakan kita kepada orang lain, orang luar. Ia tidak sama dengan fikir apa orang cakap, ia bermaksud kaitkan tindakan kita dengan janji Allah, yang membalas hambaNya dengan apa yang diusahakannya. Dengan kata lain, what you give, you get back.

Tindakan

Untuk Anak

Lain orang, lain anaknya. Lain anaknya, lain cara didikannya. Shai pastinya tak boleh pukul rata semua orang, apatah lagi nak mendabik dada kata my parenting skills is the best. Shai baru anak sorang kot.

Tapi Shai harap kita semua ambil iktibar dengan kisah-kisah ini. Sebab hikmahnya kita ambil pengajaran. Pada yang tak pernah kena, bersyukur sebab belum, kita bantu mereka. Kalau yang dah terkena, jangan risau sebab permohonan ampun yang ikhlas mesti Allah perkenankan, no judge at all.

Mana-mana situasi, alatan, atau apa sahaja yang cenderung kepada terjerumus benda-benda sebegitu, kita sama-sama buat tindakan proaktif yang sesuai dan sepadan. Sambil ambil peduli dengan anak orang lain juga. Janji lepas tanggungjawab kita, tak apa.

Contohnya ada adegan tak SX dan PG memang Shai tutup mata anak. G mampos kalau yang kata tak apa sebab masih budak lagi. Serius, itu yang Shai katakan, sebagai seorang ibu nak protect anak.

Programkan minda anak sebagaimana layaknya mereka amanah kita, benda-benda itu hanya sesuai untuk yang berkahwin, dan benda itu sendiri adalah sesuatu yang fitrah dan hak. Islam ada ja bincangkan isu tu yang kita nak eee..eeewww tu apa.

Time kawin nanti kena basuh poo anak, tok laki bila dah tua/terlantar juga nanti pun.

Teknologi Hadkan Untuk Anak

Counter teknologi yang seperti dikuasai dengan anak muda. Kita dah tua tak guna teknologi dan apps trending pun takpa. Tapi kerana anak kita ada gunakannya maka kena juga step ahead dengan mereka. Banyak apps ada, boleh google penyelesaian, pasti ada jalannya.

Contohnya apps Youtube, yang youtube kids ada, siap ada timer. App Curbi untuk hadkan anak menggunakan gadget. Smartphone untuk tujuan yang dipersetujui, jika langgar memang kena ambil, dan ibu bapa proaktif memantau.

*nanti Shai buat post tentang app Curbi ni. Sangat puas hati.

Banyak caranya untuk kawal anak dengan kasih sayang. Shai yakin niat kita nak mendidik mesti Allah tolong. 😉

Sokongan Pada Badan NGO

Bantu juga badan-badan yang memang fokus isu ini. Kita mungkin tidak mampu nak adakan satu sistem untuk selesaikan masalah sosial ini namun dengan public support melalui dana, share status, tindakan sama-sama support dan (semestinya) doa, pasti Allah tolong kita, instead kita dapat bala kerana kealpaan kita. Nauzubillah minzalik.

Ini salah satu yang Shai maksudkan. You know that stuff. Tak perlu tulis. Tapi kena sebut jelas dan terang ikut Quran bila bincang dengan anak-anak, sebaiknya bila capai usia, sebelum mereka bertanya.

*Boleh follow fb puan jelita ini untuk ketahui situasi sebenar masalah yang anak-anak kita sedang berdepan.

Shai doa untuk pada yang membaca, dan saudara kita kat luar, agar tiap masa, ada malaikat Allah bagi untuk jaga hati, mata, tubuh, dan minda kita dari virus-virus ini. Semoga usaha Shai untuk peringatan bersama, jadi asbab anak kita semua terjaga. Amin ya Mujib.

 

*Gambar dari Google dan Pinterest.

Like dan share jika bermanfaat!

MommyLotte

Seorang ibu muda yang ingin menjadi seorang SUPERMOM. Apa-apa sahaja tips multitasking, hack jimat masa, cara tambah tenaga, dan fit sentiasa akan saya ambil, hadam, dan kongsi kepada anda. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge